Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 8

74 8 2
                                    



"Kau tunggu apa lagi? Cepatlah turun." Bising Hud Fared. Aku menatap kosong kearahnya yang sedang menanti diluar kereta. Kaki terasa kaku mahu melangkah.

Rumah besar tersergam gah dihadapan mata itu mengusarkan hati. Macam-macam perasaan bertaut dalam diri. Manalah tahu kedatangan aku tidak dijemput, rupanya sengaja Hud Fared mengadakan cerita. Bingung!

"Hantar saya balik lah." Sungguh hati aku tidak tenteram.

"Kau dah kenapa? Belum pernah lagi ibu tu telan orang. Tengok aku ni. Hidup je lagi!?" Mungkin beliau dah fed up sehingga berkata begitu. Aku menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Relax Yasmin!

"Hud Fared! Tunggulah!" Panggilku bila perasan beliau sudah menonong  kehadapan. Tergopoh gapah aku keluar dari kereta. Tersadung kaki sendiri aku hampir tersungkur. Mujur Hud Fared pantas mencengkam  lengan aku. Kalau tak..

"Bertenang. Apa yang kau kejar sangat ni? Jangan risau,aku tak kemana. Aku sentiasa disisi kau,sayang." Bisik Hud Fared dengan senyuman gatal. Aku hampir tersungkur,boleh pulak beliau nak bermadah helah. Kena juga ni kang!

"Aduh! Sakit!!" Jerit Hud Fared sambil mengosok lengannya. Diam-diam aku hadiahkan sepit ketam raksasa. Rasakan! Nak lagi?

"Assalamualaikum ibu. Fared balik bawa ketua Kamen Raider ni!'

Aaa..! Kurang asam Hud Fared! Aku punyalah control ayu. Kecil besar je kolam renang dekat tepi tu aku pandang. Ada juga ni karang...

"Waalaikumsalam. Ibu dekat sini!"Sayup-sayup aku dengar suara tersebut.

Di hujung kolam renang aku nampak sosok seseorang sedang melambai-lambai tangan. Itukah ibu kepada Hud Fared? Melihat pada gayanya. Memang sah! Itu ibunya.

"Hud Fared! Tunggulah!" Aku terjerit kecil bila Hud Fared semakin melajukan langkah. Spontan beliau menoleh sambil menghulurkan tangannya. Mengada betul!

"Kau ni terkedek-kedek macam itik lah. Itik pandai berenang dalam kolam tau!" Memang lancang ye mulut beliau itu sambil mata dia pandang kolam kemudian pandang kearah aku. Seolah memberi hint.

Tak aku, dia ni karang yang lencun masuk kolam!

"Ni Yasmin ye?' Sapa ibunya dengan senyuman lembut. Aku menghulurkan tangan mahu bersalaman. Tak sangka pipi aku pula dikucupnya. Aw! Malu kita!

"Er.. ib.. aa.. Aunty.." aduh gugup pula aku dibuatnya.

"Panggil ibu je. Takpa." Balasnya ramah. Senang hati aku mendengarnya. Hilang sedikit perasaan kekok.

Lemah lembut sahaja ibu kepada Hud Fared itu. Walaupun sudah pertengahan usia, raut wajahnya nampak seperti masih muda. Cantik! Tahulah aku dari mana Hud Fared mewarisi hidung yang mancung itu.

"Sini duduk dengan ibu.."  tangan aku diraih lembut membawa aku ke taman kecil dihujung sudut halaman rumah tersebut.

Melihat taman yang indah itu aku dapat meneka yang ibu kepada Hud Fared memang suka menanam. Segar-segar kesemua bunganya. Bolehlah geng dengan mama nanti. Eh?

"Cantiknya taman ibu ni." Puji aku. Ikhlas ya!

"Cantik lagi Yasmin."

Erk! Nasib Hud Fared takda dekat situ. Fuhh!

"Ibu lagi cantik! Sumpah!"

"Ada je kamu ni. Kamu dah sihat? Haritu sakit masuk wad kan?"

"Err.. sihat dah." Haih! Memang tiada rahsia nmpaknya ni!?

"Yasmin, ibu nak tanya boleh ke?"

"Tanya apa tu ibu?" Hah.. sudah! Jantung mula bermarathon.

"Macamana kawan dengan Fared tu?" Soalan yang memang aku sudah agak akan muncul. Muncul jua akhirnya.

"Kenapa ibu? Dia yang suruh tanya ke?"Hehe. Sengaja aku mahu mengusik. Tahulah nanti. Aku suruh mama pula tanya macam-macam. Tak pasal-pasal ek?

"Taklah. Ibu nak tahu je. Fared selalu cerita pasal kamu. Jadi ibu rasa, mestilah kamu special kan?"

Gulp! Tiba muka rasa bahang pula.  Lidah kelu untuk berkata-kata. Apakah tandanya ini? Ceh!

Aku kematian kata-kata. Special? Maksud ibu,apa? Patutkah aku bertanya sebegitu? Aduh! Nak cakap apa ni? Tak senang duduk pula dibuatnya. Manalah Hud Fared menghilang ni!?

"Hud Fared tu okay je. Saya selesa berkawan dengan dia." Setelah berperang dengan otak,itu jawapan yang sebaiknya.

Selesa sangat.

****

"Sekarang ni kerap-kerap dating dengan Tuan Hud nampaknya?"

Sampai-sampai rumah,kena menjawab soalan reporter pula. Cubalah bagi masa untuk aku berehat sekejap ke? Ni tak.. serang terus!

"Dia bawa aku pergi rumah ibu dia tadi."

Terbeliak terus mata Si Lily bila aku cakap macamtu. Memang sengaja aku nak memanaskan lagi suasana. Hehe!

"Wah! Hebat! Laju buat kerja sekarang!"

"Kepala lutut engkau!" Aku tahu apa yang bermain didalam fikiran Lily. Ingat aku ni senang-senang nak digula-gulakan oleh Hud Fared? Tidak sama sekali. Huh!

"Dah jumpa seluruh ahli keluarga nampaknya. Bila tarikh disatukan dua hati?" Dengan senyum-senyum kambing Lily menanyakan soalan cepu emas. Tarikh apa?

Kalau boleh secepat mungkin!

"Lambertt lagik!" Jawabku. Tak semudah itu untuk aku menyerahkan hati yang pernah terguris luka ini. Hmmm!

"Tuan Hud tu okaylah,baik,handsome,kelakar pulak tu. Selalu aku nampak mata dia tu pandang kau. Dengan pandangan cinta."

"Takkan lah kau takda hati dekat dia langsung?" Nampak tak kehebatan seorang reporter? Huh!

"Aku kena ubati hati aku yang pernah hancur ni dulu. Baru aku boleh serahkan hati aku ni dekat mana-mana lelaki." Sedih pula kita kalau bercakap soal hati ni.

Mendengar itu terus Lily merapat dan mendakap tubuhku dengan erat. Aku tahu Lily sangat memahami perasaan aku.

Sebelum ni punyalah bercinta bagai nak rak. Rupanya sekadar menjaga sekejap jodoh orang lain. 2 tahun bercinta, akhirnya kalah dengan orang yang baru dikenali oleh jantan tak guna tu! Dengar-dengar dah menikah sekarang. Semoga till jannah lah korang!

"Aku rasa Tuan Hud tu lagi better."

Sebab tu aku sayang Lily ni. Dia sangat memahami aku. Peluk kuat-kuat. Cayang angat!

"Tapi dia tu betul-betul ke eh? Risau pulak kecewa 2.0" Hmmm!

Betul-betul ke? Kadang macam tak serius je. Ting tong je lebih.

"Korang nampak sempadan. Macam pinang di belah-belah." Kalau bab mengarut memang Lily juara bertahan. Saingannya pula Hud Fared.

"Correction! Sepadan. Sempadan tu tempat lahir kau. Sempadan Golok!"

"Oi! Aku lahir dekat hospital lah!"

Kadang seronok juga ada kawan sengal macamni kan?

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now