Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 3

105 13 2
                                    

Harini malas aku nak datang awal ke office.
Sepuluh minit sebelum jam sembilan baru aku sampai. Peristiwa semalam terlalu pahit untuk aku ingat kembali. Hehe

Masuk-masuk je aku disambut oleh pandangan mata Tuan Hud Fared yang sedang bersandar dihujung meja kerjaku. Beliau memang suka datang awal eh? Lepastu tercegat dekat situ buat apa? Tunggu aku?

"Hari ni masuk lambat pula? Taknak jumpa momok lagi ke?" Kemain soalan beliau tu ye. Kenapa? Nak sangat aku terserempak dengan dia atau momok?

Guna-guna nama momok pula! Ceh!

"Yang Tuan tu datang awal-awal tu buat apa? Nak order kopi Yasmin lagi ke?"

Berubah air muka beliau bila aku sebut kopi.Siapa suruh perli-perli kopi buatan aku semalam. Sungguh ke kopi aku tu terlalu pahit untuk dikenang? Padan muka dia!

"Harini ikut aku visit kilang supplier." Tuturnya sambil merenung mata aku. Macam nak ajak dating je dia punya gaya. Lain macam.

"Saya ke?" Soalku ingin kepastian. Manatahu tersalah dengar.

Eleh! Suka-suka dia je nak ajak orang! Ajak lah Lily tu. Takpun Hayla. Lagi bagus ajak Si Azfar tu. Kenapa aku juga insan terpilih?

"Ada orang lain lagi ke kat sini sekarang?" Kedengaran kerek jawapannya. Padu!

"Yasmin, tengahari ni lunch sama nak? Kita pergi makan ayam geprek!" Pelawa Lily. Kerja belum dilaksana,perkara makan sudah dirancang seawalnya.

"Entah. Aku tak join rasanya. Sekejap lagi aku nak pergi visit kilang supplier dengan Tuan Hud Fared." Balasku. Sedapnya ayam geprek!

"Lah ye ke? Hati-hati ikut boss baru tu! Kau hutang aku RM10 jangan lupa!"

Tiba je Si Lily ni. Apakena mengena hutang dalam scene ini?  Makin di layan makin merapu karang. Baik aku bersiap sebelum yang sorang tu pula muncul.

"Nak pergi visit kilang je. Beriya pula kau bermekap ye?"

Aku baru nak touch up lipstick dibibir. Jangan sampai bibir dia pula berlipstick ni karang. Semua tak kenalah dengan dia ni! Kenapalah takdir aku punya boss macamni ek?

"Nanti Tuan macam bawa mayat hidup pula." Balasku geram.

Beliau mempamerkan wajah beku. Nak gelak tu gelak je. Nak tahan apa entah. Dia belum kenal lagi siapa Yasmin. Aku penghibur tahu?

"Jum lah gerak." Dia jalan mendahului. Aku mengekor dari belakang.

Sebelum memulakan perjalanan aku membaca sebaris doa menaiki kenderaan. Aku nampak Tuan Hud Fared turut menadah kedua belah tangannya.

"Aamin." Ucapnya setelah habis aku berdoa.

"Jangan risau aku akan bawa kau selamat pergi dan kembali." Sambungnya lagi sambil tersenyum-senyum.

"Betul ke kita nak pergi kilang supplier ni?" Soalku tidak semena-mena sambil memasang safety belt. Perasaanku sedikit kurang enak.

Aku nampak dia tertawa kecil. Lucu sangat ke soalan aku? Aku mahu kepastian sahaja. Risau pula keluar dengan orang yang belum aku kenali sepenuhnya ini.

"Kalau belok kanan ke kilang. Belok kiri ke rumah kadi. Apa yang kau risau sangat Cik Yasmin?"

Aku tergamam dengan jawapan loyar buruk yang dilontarkan. Sudahlah hensem. Pandai pula melawak. Pakej lah awak ni! Hehe

Sebenarnya aku segan. Noktah.

"Tuan! Drive slow sikit tak boleh ke? Macam nak terbang je!"

Aku mula rasa tidak selesa. Macam dalam perlumbaan drift pula aku rasakan. Tapi beliau tetap selamba dengan pemanduannya.

"Momok memang kena terbang!"

Ya! Momok memang kena terbang. Yang momok tu hang bukan aku! Huaaa!

Perjalanan tiga puluh minit betul-betul membuat aku kecut perut. Jantung pula seperti tertinggal dibelakang dibuatnya. Nampak sahaja bumbung kilang. Aku lega seleganya. Balik nanti nampaknya aku mahu tumpang Grab!

Selesai semua urusan dikilang. Masanya untuk kembali ke office. Sekali lagi aku akan menghadap situasi seperti di litar lumba. Kepala tiba menjadi pening.

"Pegang-pegang kepala tu kenapa? Lapar ke?" Soalan bernas dari seorang lelaki kiriman Poslaju. Nice!

Dia tak tahu ke aku sedang menerima isyarat dari pusat pangkalan rahsia?

"Ini tanda-tanda saya nak bertukar jadi Kamen Rider! Bertukarr!!"

"Kau laparkan?"

Aku senyap.

"Sebelum balik office. Kita pergi lunch dulu!"

"Saya nak makan siput sedut masak lemak!"

"Hah!?"

Tak sangka dia bawa juga aku ketempat yang ada menu siput sedut. Aku sebenarnya bergurau je. Atau favourite dia juga?

"Dah tak ada haiwan lain ke nak makan?" Soalnya sewaktu aku meletakkan semangkuk siput sedut diatas meja. Reaksinya pelik.

"Sekurang-kurangnya Tuan kena cuba sekali dalam seumur hidup. Sedap ni!"

Saat santap beliau memerhati aku dengan pelik. Aku sua sesudu, laju beliau mengeleng. Apa yang nak dipelikkan sangat? Sedap apa? Rugi betul. Semangkuk aku bedal seorang. Nikmat tak terkata.

"Terima kasih Tuan sebab belanja saya. Nextime belanjalah lagi." Ucapku. Terharu juga punya boss baik begini.

"Hari-hari belanja pun boleh. Syaratnya kena jadi girlfriend saya dulu." Sahutnya dengan ayat yang membuat wajah aku menjadi 'blushing'. Sementara beliau tersenyum gatal.

Apapun,kenyang perut senang hati. Senyum.

********************

"Yasmin. Engkau tau tak?"

Aku pandang Lily penuh minat. Minat nak tahu apa yang perlu aku tahu. Si Lily ni bukan boleh, ada saja cerita 'hot and spicy' yang dia kumpul. Cerita dipondok pengawal sana pun dia tahu. The real 'makcik bawang'.

"Semalam aku mimpi jumpa jodoh sambil makan sotong bakar dekat Taman Tasik." Sambungnya lagi.

Nice! Tiba teringat keenakkan sotong bakar dari padang pasir. Sotong bakar.... (Bisik macam dalam iklan)

Eleh, nak ajak aku pergi makan sotong bakar tu cakap aje lah. Mimpi konon. Ingat aku simpati ke?

"Bila nak pergi?" Aku dah terbayang sotong gebu dibakar dengan sos rahsia. Pergh!

"Petang ni lah weh!"

"Mesti tukang jual sotong bakar tu jodoh kau."

Manatahu jodoh kan? Setiap hari dapat supply sotong bakar dari Lily. Hehe

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now