Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 13

61 8 0
                                    


"Morning. Sayang!"

"Siapa sayang?"

"Tu, sayang." Telunjuknya diarahkan kepada aku. Tahu tadi takpayah pakai blusher dekat pipi!

"Jadi ke pergi meeting?" Soalku.

"Jadi. Ikut tau!"

Aduh! Malas betul aku nak ikut beliau tu. Baru nak santai-santai buat kerja dekat office.

"Malaslah nak ikut. Awak pergilah. Ajak Azfar ke?" Aku memberi cadangan.

"Aku nak kau yang ikut. Bukan orang lain!" Sambil cakap sambil merenung jauh kedalam mata aku. Kalau boleh tembus,dah lama tembus.

Suka memaksa tau! Nak melawan kang,dikata derhaka pada boss sendiri. Derhaka? Apa-apa je lah..!

"Saya macam nak tukar department lah." Laju beliau menoleh lepas aku cakap begitu. Terus bertukar riak wajahnya menjadi serius. Sangat serius.

"Boleh, nanti aku bagitahu Harraz. Department mana kau nak pergi?"

"Mana-manalah!"

"Fine!" Tegas nada suaranya. Selepas itu beliau terus masuk kebilik officenya. Laju menonong, tak menoleh langsung. Marah ke tu?

Aku gurau je. Hmm..

Hampir dua jam aku tak nampak batang hidung Hud Fared. Senyap,sunyi terus. Langsung tak ada nak panggil-panggil aku. Aku renung pintu bilik officenya  yang terkatup rapat itu. Betul-betul tak mahu keluar nampaknya. Tak boleh dibiarkan ni!

Perlahan aku mengetuk daun pintu. Sayup-sayup aku mendengar suaranya menyuruh masuk. Beliau bersandar ditempat duduknya,pandangan matanya tajam menikam diriku. Tak biasa pula bila beliau berkelakuan begitu. Kembalikan Hud Fared yang tingtong itu..! Isk!

"Dari tadi Tuan tak keluar. Kenapa?" Soalku. Serba salah pula rasanya.

"Dah sunyi sangat hidup kau?"

Aik? Tanya lain jawab lain pula. Tapi apa kena mengena?

"Dah pilih department mana kau nak pergi?" Seriuslah! Tiba sebak pula rasanya.

"Tuan memang nak saya pergi?"

"Kau yang minta tadikan?"

Tak tahu pula beliau menganggap serius perkara tersebut. Apa aku nak jawab ni? Taknak lah! Huaaa..!

"Ermmm.." aku kematian kata-kata. Sambil otak memikirkan department mana aku mahu menempatkan diri selepas ini. Isk!

"Cepat bagitahu aku sekarang! Aku tak ada masa nak tunggu!" Desaknya. Aku hanya mampu menundukkan wajah. Dahi kalau boleh nak cecah permukaan lantai.

Tiba mata aku rasa panas. Perasaan sebak mula bersarang didada. Betul-betul menghalau nampaknya? Tak dapat aku menahan getaran dibibir. Menyampah pula aku melihat beliau didepan mata.

"Nak pergi mana pula tu!?" Dah halau pergi department lain lepastu nak tanya-tanya pula!

Aku tak mampu berkata-kata. Cepat-cepat memusingkan badan dan terus melangkah keluar. Sebak didada sudah tidak tertahankan. Orang dah tak sudi kan? Kita pun angkat kaki lah.

"Yasmin! Tunggu!"

Aku buat tak dengar. Malah semakin laju aku melangkah menuju tujuanku iaitu tandas. Kolam mata yang aku tahan-tahankan tumpah jua. Sentap betul hati aku dibuatnya. Beriya engkau yer!?

'Kau jangan nak buat macam-macam dekat dalam tu sayang. Keluarlah cepat..'

Malas aku nak melayan whatsapp dan call dari beliau tu. Telefon aku tukar kepada mode silent. Nekad! Apa nak jadi, jadilah.

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now