Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 16

68 7 1
                                    

Betullah Hud Fared seorang workholic. Semalam petang baru discharge dari wad. Pagi ni dah muncul dekat office. Kot ye pun nak kumpul duit kahwin. Bukan begini juga caranya.

Kahwin dengan siapa? Aku? Hehe..

"Tuan dah makan ubat?" Soalku tanda prihatin. Prihatin ya.

"Tengok kau pun aku boleh sihat. Kaulah ubat sebenarnya." Serupa dialog sang buaya dekat sungai golok. Persis!

"Kalau macamtu tutup je lah semua hospital. Kalau dengan melihat saya boleh menyembuhkan." Nak membalas mesti kena sama padu. Tak gitu?

"Eh..eh! Ubat yang ni untuk aku sorang je!"

Dia punya konfiden tu. Memang tabik..!

"Meeting yang cancel sebelum ni nak reschedule ke?" Baik aku cepat-cepat tukar topik. Kalau tak.. melaratlah jawabnya.

"Boleh juga,sayang. Nanti bawakan dokumen supplier yang pending tu semua. Terima kasih,sayang." Memang takkan serius ya!

"Baik, Tuan.."

Tak tahulah ucapan 'sayang' yang sering disebut-sebut itu ikhlas atau tidak. Tapi setiap kali mendengarnya seakan ada getaran didalam dada. Adakah itu cinta? Perlukah bercinta? Ehehe..

"Cik Yasmin Sayang!" Tegur Kak Noni saat kami bertembung dipintu pantry office.

Itu perli atau betul sayang aku? Haihh.

"Kak Noni cantik rupawan. Selamat pagi." Segaris senyuman turut aku hadiahkan.

"Makin cantik,berseri Cik Yasmin sekarang. Ada apa-apa ke?" Sempat lagi tu.

"Mestilah ada!" Aku kalau bab memanaskan keadaan memang takkan kalah. Hehe

"Tahniah Cik Yasmin!" Sambungnya lagi dengan senyum kambingnya sebelum beredar.

Apa-apa je lah. Sumpah aku tak tahu hujung pangkal. Ye ke tak tahu? Ah! Lantak pi..

Pagi-pagi bersemangatlah juga bila orang dah puji kita cantik berseri. Secawan kopi hitam aku bancuh habuan buat Hud Fared. Kita dah power bancuh kopi laa..

"Enjoy your coffee tuan!" Ucapku saat menyuakan cawan kopi yang aku bancuh sebentar tadi.

Mulanya beliau ushar pelik. Berkerut dahinya memandang aku. Tapi akhirnya beliau hirup juga, mungkin atas dasar menjaga hati? Kata sayang kan?

"Wow,improvement! Kali ni kopi kau tak mengecewakan." Kembang hati aku mendengarkan itu.

"Terima kasih tuan." Ucapku sambil tersenyum bangga. Nampaknya aku memerlukan kata pujian melambung sebelum membancuh kopi untuk beliau. Erk!

"Duduk dulu. Jangan pergi mana-mana." Pintanya. Tak jadi aku mahu melangkah. Aku tarik kerusi dan duduk seperti dipinta. Aku renung muka Hud Fared dengan pandangan penuh perasaan. Tertunduk matanya. Haihh.. Yasmin!

"Lusa aku kena sites visit dekat Pahang. Dalam seminggu macamtu." Ujarnya.

Sepatah-sepatah aku hadamkan percakapan beliau itu. Seminggu? Tiba timbul rasa keresahan dalam dada. Dah kenapa pula nak resah?

"Seminggu?" Tiba terpacul perkataan itu dari bibirku. Aku dapat rasakan riak wajahku sedikit berubah. Beliau terus menjungkit kening.

"Belum pergi takkan dah rindu aku." Tebakkan yang tak mungkin tersasar. Rindu? Mungkinkah terjadi?

"Apa tuan merepek ni?" Aku cuba berlagak tenang dalam gelora.

"Aku ni pandai baca fikiran orang tau. Tengok muka kau pun aku tahulah." Ececeh.. sejak bila jadi dukun pula ni?

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now