Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 19

61 11 0
                                    


Berdebar. Sejuk. Itulah yang aku rasakan saat ini. Didalam bilik ditemani Lily dan Inara. Sementara diluar kedua belah keluarga sedang berkumpul dan berbincang. Tapi lebih kepada gelak ketawa je yang aku dengar sejak tadi. Memang keluarga penghibur ke kami?

"Cantik tak aku?" Soalku. Sengaja bertanya soalan itu untuk menutup debaran yang menghempas didalam dada.

"Cantik. Macam bini Shrek!" Selamba Lily downgrade kan aku. Yang Inara kemain lagi gelak sampai tekan-tekan perut. Seronok!

"Takpalah bini Shrek pun. Asalkan laki handsome." Pasrah je aku disamakan dengan bini  si hijau tu.

Manalah Hud Fared senyap je? Semalam dia kata tak ikut. Takkan sama-sama nervous? Aku capai telefon dan ketik pesanan Whatsapp.

'Assalamualaikum. Ada orang tak!!?'

'Dah sarung cincin?'

Salam pun tak berjawab. Tiba tanya cincin. Huh!

'Belum lah. Lamanya berbincang?'

'Tak menyabar nampaknya nak jadi tunang aku!'

Haihh! Hujung-hujung aku yang kena. Malas aku nak melayan. Isk!

Telefon aku campak ketepi. Aku perhatikan Lily dengan Inara sedang mengintai keluar melalui celahan pintu yang dibuka sedikit.

"Ready.. bakal mak mentua nak masuk sarung cincin tu." Lily memberi isyarat untuk aku ready sambil menutup rapat pintu. Tiba aku rasa gelabah. Tak senang duduk dibuatnya.

Tak lama tu terdengar bunyi ketukkan pintu. Sebaik Lily membuka muncul ibu membawa dulang berisi cincin diiringi mamaku yang tercinta. Rasa nak melompat jantung keluar. Macamni ke rasa bertunang? Heh!

"Assalamualaikum.." lembut suara ibu mengucap salam.

"Waalaikumusalam." Sahutku persis gadis melayu terakhir. Sambil menghulur tangan mahu bersalaman. Hehe..

"Cantik bakal menantu ibu." Puji bakal mak mentuaku sambil mengucup kedua belah pipi aku. Lily dengan Inara ushar panas je dari tepi.

"Terima kasihlah sebab menerima anak gadis saya yang sengal ni jadi menantu." Seloroh mama tiba-tiba. Aku baru nak control ayu. Mama dah bikin spoiled. Eee.. geram!

"Samalah. Fared pun tak kurang sengal juga tu. Kan Yasmin?" Sahut ibu sambil menahan gelak. Eloklah masing-masing membuka aib anak sesama sendiri.

Tak sabar aku nak disarung cincin. Sebab aku sendiri tak tahu rupa cincin tunang sendiri. Hud Fared sibuk nak berahsia. Sanggup dia pergi beli sendiri selepas tanyakan saiz jari manis aku. Suprise katanya. Aku pun layankan je. Tak layan karang, tantrum pula!

Bila tengok ibu  pegang bekas cincin merah baldu jantungku berdegup laju. Risau pun ada. Risau kena prank dengan Hud Fared. Dia tu bukan betul. Tapi sebaik bekas cincin dibuka. Aku lega.

Sebentuk cincin emas berbatu permata putih menjadi pilihannya. Sumpah cantik gila. Aku tak dapat mengawal perasaan saat ibu menyarung cincin tersebut ke jari manisku. Excited. Nak menangis pun ada. Berjaya juga Hud Fared memiliki aku.. Ceh!

"Dengan ini saya maklumkan kepada semua. Saya officially tunangan orang. Hehe!"

"Agak-agak drama lepas tunang ni macam mana pula eh? Dekat office tu dah macam sarang semut dah." Perli Lily. Yang Inara mata dah berair menahan sebak.

Dengki sangat Lily dengan aku. Atau dia sedih sebab tak lama lagi kena cari housemate baru? Huh!

Kami bertunang tak lama pun. Enam bulan je. Hud Fared yang memaksa nak bertunang bagai. Kalau ikut akal waras aku ni. Nikah je terus. Hehe..

****

"Hai Cik Tunang!" Buntang mata aku mendengar laungan itu dari area parking. Happy nampak?

"Oh! Hai Encik Tunang saya!" Sahutku sambil melambaikan tangan kearah Hud Fared dihujung sana.

Semalam lepas habis majlis. Tanggal semua make up, aku terus tertidur tak ingat apa. Penat sangat badan. Sedar-sedar jam satu pagi tu pun sebab bunyi deringan telefon pangilan dari Hud Fared. Tak sempat dia nak cakap apa. Aku marah dia, sebab mengantuk sangat. Kesian dia.

"Sampai hati kau marah- marah aku malam tadi. Aku baru nak ucap selamat bertunang. Huh!" Ujarnya sambil mencebik bibir. Merajuklah tu. Elehh..

"Sorrylah. Orang penat tau. Dia dah lah tak datang.. hmm.." jawabku sambil kami berjalan sama-sama menuju office.

"Biarlah. Barulah orang tertanya-tanya siapa bakal suami kau."

Wah! Statement tak nak kalah!

"Siapa je nak tanya-tanya? Perasan!" Eee.. tak menahan aku dengan keyakinan beliau tu!

"Takde eh?" Soalnya sambil tergelak. Merah habis mukanya. Malu lah tu! Huh!

"Nak kopi?" Soalku sebaik melintasi kafe. Tapi laju beliau mengeleng. Baru nak belanja tunang sendiri. Jual mahal pula.

"Nak kau buat.." jawabnya. Nampaknya kopi buatan aku sudah dapat diterima. Dia tak tahu aku ada jampi- jampi.. Tak lah.. hehe!

"Nampaknya jampi menjadi..." gumamku.

"Jampi?"

Isk! Dengar pula dia..

"Apa..?" Aku buat-buat tak tahu.

"Kau jampi aku yer!?" Soalnya serius.

"Hahahaha! Gila ke? Semua tu syikin!"

"Kau ni bukan betul pun!"

Sukahati dia je kalau bercakap. Tak menjaga hati langsung. Huh!

"Eleh..padahal suka kena jampi." Kalau tak,takkan beliau tersenyum-senyum pula kan?

"Gila tak suka? Lagi-lagi kena jampi dengan engkau,sayang." Dengan mata-mata sekali dibulatkan.

Sah! Otak Hud Fared memang mereng!

"Entah-entah dia yang jampi kita!?"

Manalah tahu kan?

"Kau tak tahu ke muka aku ni memang macam bomoh santet pun!?" Ujarnya dengan muka serius. Bencilah!

"Tapi.. mana ada bomoh handsome?" Sengaja nk cakap macamtu. Sebab tahu, beliau suka perasan handsome!

"Ada. Ni aku ni apa?" Dengan bangga beliau tunjuk diri sendiri.

Dah agak dah!

Sampai depan lif terserempak pula dengan Tuan Harraz. Dari jauh dah nampak beliau tersengih-sengih. Tengah ready nak bahan akulah tu!

"Congrats both of you! Finally!" Sengaja tau! Sengaja beliau bercakap kuat-kuat. Sehingga semua mata yang ada disitu tertoleh pada kami. Dasar Boss sengal!

Hud Fared dah merah padam mukanya. Gigil tangan aku nak tinju muka Tuan Harraz. Hidup aku memang ditakdirkan dikelilingi manusia sengal ke hah?

"Sayang, siapa ni?" Bisik Hud Fared.

"Entah? Tak kenal!" Bisikku semula. Aku tolak lengan Hud Fared untuk menunggu lif sebelah pula. Buat-buat tak kenal.

Tuan Harraz ushar panas je kearah kami. Siapa suruh mulakan? Padan muka!

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now