Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 6

88 11 3
                                    

Cuti tiga hari approved! Maka wajiblah aku mengisi masa-masa cutiku dengan aktiviti berfaedah. Sudah tentu shopping antara salah satu aktiviti yang menduduki ranking paling atas dan berfaedah untuk aku.

Awal pagi aku sudah bersiap-siap. Dalam otak sudah set mall mana yang akan aku terjah dahulu. Seorang diri pun takda hal. Yang penting untuk habuan diri sendiri. Macam biasa moment begini wajib diabadikan dalam laman sosmed. Hehe!

Dari satu kedai kesatu kedai aku singgah. Sekadar melihat-lihat sambil berangan. Tiba masuk pula pesanan whatsapp. Nak tahu dari siapa? Siapa lagi yang menghantui hidup seorang Yasmin ketika ini?

'Bagi cuti untuk kau berehat. Kau pergi ukur jalan pula ye!?'

Begitulah bunyi pesanan dari beliau itu. Selalu nak cemburu tak tentu pasal!

'Biarlah! Sukahati oranglah nak ukur jalan ke. Nak ukur sungai ke. Sibuklah dia ni!'

Nampak? Sangat berani ye aku menjawab dengan Boss begitu. Tapikan.. cara Tuan Hud Fared ni macam peliklah. Dia layan aku bukan macam staff. Dia layan aku macam kawan-kawan gitu. Lepastu dia buat aku ni macam dah kenal bertahun-tahun. Pelik kan?

"Kau tu perempuan,Yasmin! Tak elok jalan sorang-sorang!" Alasan beliau memang tersangat mantap sekali dalam dunia. Tak ada sesiapa pun mampu nak bersaing!

"Dah  tu? Nak kena buat perarakan ke? Atau buat rombongan?"

Isk! Geram pulak kita ni! Dah lah tetiba je beliau muncul! Huh!

Ya! Beliau memang berjaya mengesan dimana lokasi aku berada. Tersangatlah handal dalam urusan paksa memaksa ni. Yang aku pun, senang-senang pula nak mengalah!? Dah mengapa dengan kau ni Yasmin??

"Senyumlah sikit." Tegurnya. Malas aku nak melayan. Kebetulan kami sedang melintasi sebuah kedai yang penuh dengan anak patung yang comel-comel macam aku.

Seronok sangat bila tengok benda-benda yang comel ni. Sampai tak sedar aku sedang tersenyum lebar. Dalam masa yang sama orang tu sibuk nak tenung-tenung aku. Sukahatilah aku nak senyum ke tak. Kan?

"Perempuan memang macam ni eh? Tengok-tengok tapi tak beli?" Perlu ke soalan seperti itu dari seorang lelaki yang terhempas dari planet mana pun aku tak pasti!?

Ini namanya window shopping. Sekadar menjamu pandangan mata. Apa yang pelik sangat bagi beliau itu?

"Tengok-tengok pun dah buat kita happy. Suka tak semestinya memiliki!" ringkas saja jawapan dari aku. Beriya aku explain, beliau buat muka hambar. Mungkin aku berbeza dari perempuan lain yang dia pernah kenal?

Atau beliau terasa pelik sebab belum kena kikis dengan aku?

Sorry! Bukan saya orangnya!

"Tuan memang tak ada kerja lain ke? Nak ikut-ikut saya dah kenapa?" Sumpahlah aku rasa pergerakkan aku seperti terbatas pula.

Ikutkan aku mahu singgah kesemua kedai yang ada. Walaupun tak membeli. Tiba ada bodyguard pula dekat sebelah. Seganlah kita!

"Ini namanya tak ada kerja,cari kerja!"

Haih? Dah tak ada kerja sangat ke dekat office tu? Ada sahaja alasan beliau itu yer. Apa seronok sangat ke mengekor aku ukur jalan ni?

"Tuan!"

"Hmm?"

"Tuan ikut-ikut saya ni, takda yang marah ke? Contohnya girlfriend tuan?"

Tiba rasa curious pula. Manatahu diserang girlfriend boss secara tiba-tiba. Tak ke naya tu!? Mustahil orang segak macam beliau tu masih single. Kan?

"Ni last! Kau sebut perkataan tuan tu lagi,aku campak kau dalam kolam tu!" kebetulan pula lalu dekat tepi kolam hiasan didalam mall. Boleh pulak dia ugut nak campak-campak aku eh? Nak buat macamana? Aku dah terbiasa. Aduh!

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now