Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 2

101 10 1
                                    

Keluar dari pintu bilik meeting,semua mata-mata tertumpu kearahku. Aku hanya mampu menundukkan wajah lalu memperkemaskan langkah menuju meja kerjaku. Aku abaikan bisik-bisikkan sesama mereka.

'Yasmin!" belum sempat aku duduk dikerusi. Lily menerpa kearahku.Bersinar-sinar bola matanya.
Aku kena standby untuk ditemuramah oleh 'wartawan A.J' sebentar lagi. Huh!

Nampaknya terpaksa aku bertabah jika peristiwa pagi tadi sudah bertebaran kesemua jabatan. Termasuk owner kafe ditingkat bawah. Silap-silap berita ini sedang hangat diperkatakan dipondok pengawal. Tak lupa Kak Noni and the gang! Err.. Family dirumah? Mama? Abah?

"Kenapa dengan kau? Aku dengar kau pengsan?" sampai berkerut-kerut dahi wartawan tak bergaji mencari kepastian. Menyampah pula kita!

"Kalau kau nak tahu. Aku sebenarnya nampak momok!"

"Hah!? Biar betul!" Lily separuh menjerit,kemudian cepat-cepat dia menekup mulutnya.

"Ya! Hodoh gila rupa dia!" aku sambung lagi.

"Mula-mula aku ingatkan kau Lily. Aku panggil-panggil tapi kau tak toleh pun."

Pucat lesi muka Lily. Mesti dia tak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang ini.

"Aku pun pergi lah dekat-dekat. Kau tahu apa yang aku nampak?" Aku sambung goreng cerita lagi. Lily sudah tidak tentu arah. Wajahnya nampak cemas.

"kk..Kau nampak aa..apa?"

"Rupa dia hodoh, bola mata terkeluar sebelah,kulit muka macam disiat-siat berdarah. Macamana lah aku tak pengsan!" Aku pula yang seram dengan dongeng sendiri. Tapi lagi seram melihat reaksi muka Lily. Puashati aku.

Kau okay tak ni? Nak aku bawa jumpa dukun? Lurusnya Si Lily ni.

   "Dukun tu syirik Lily oi!." Jawabku sekadar mengingatkan kut-kut dia lupa.

   "Syikin anak tauke cafe tu kan? Sejak bila jadi dukun?"

Kadang rasa menyesal pun ada punya kawan selurus pembaris macamni. Kadang terhibur juga. Kadang rasa nak dijual aje!

"Cik Yasmin!"

Datang lagi seorang wartawan! Huh!

"Ya? Ada apa boleh saya bantu Kak Noni cantik?" Nak tak nak kena juga aku layan berita sensasi untuk hari ini.

"Cik Yasmin betul-betul jumpa momok ke?" Kak Noni mengajukan soalan paling panas. Wajahnya begitu beriya sekali. Amboi!

"Betul. Rupa dia sama macam akak. Sebiji!"

"Huhh?"

"Jaga-jaga ada yang memerhati!" Sambungku lagi. Berubah terus air muka orang tua itu. Sengaja aku mahu menambah-nambah perisa. Hehe

"Saya pun pernah jumpa juga. Serupa Cik Yasmin!"

Ceh! Terkono juga aku!

"Lebihlah!!"

Terkekeh-kekeh orang tua tu ketawa. Seronok betul harini masing-masing gelakkan aku ye. Takpa! Ada ubi ada bas!!

**********

Tengahari itu aku tidak kemana. Hanya mengirim pesanan nasi campur melalui Lily. Kepala sedikit berdenyut. Aku menelan dua biji panadol yang memang sentiasa aku bawa sebagai bekalan. Leka menatap skrin telefon,aku terdengar suara berdehem.

Aku nampak Tuan Hud Fared menghampiri. Orangnya masih jauh,bau parfum sudah sampai dahulu. Maka terungkai misteri haruman yang menghantui aku sejak pagi lagi. Dialah pemiliknya! Tak memasal Kak Noni kena fitnah. Ampunkan saya!

"Err.. Tuan, ada apa-apa boleh saya bantu?" sebenarnya aku masih segan-segan lagi. Lelaki itu pula pandai berlagak biasa. Jadi aku harus tenang dalam gelora.

"Buatkan saya kopi o panas." Pertama kali aku mendengar suaranya. Tapi permintaanya itu sedikit menyesakkan dadaku.

Ah! Sudah! Kopi? Biasanya aku hanya bancuh teh panas permintaan Tuan Harraz. Kopi? Belum khatam ilmu!

"Kalau saya beli dekat kafe boleh tak Tuan?" mujur otak aku pantas menemui solusi.

"Kopi dengan gula dah habis ke dekat pantry tu?" kedengaran sinis pertanyaan itu. Aku perhati je pergerakkan bola matanya yang memandang aku keatas dan bawah. Tengah judge akulah tu!

Padan muka kau Yasmin! Okay, bawa bertenang. Benda boleh settle.

"Ada! Ada! Apa pula yang tiada?" Aku cuba berlagak kool. Setakat kopi, aku boleh google!

"So, buatkan saya kopi o. Gula hanya separuh. Ingat?"

"Gula separuh." Ulangnya lagi dengan pandangan mata tepat menikam kedalam bola mataku. Minta kopi macam minta nyawa pula lagaknya.

"Saya menurut perintah Tuan! Izinkan saya ke pantry sekarang!" tak menunggu lama. Aku menghilang ke ruangan pantry.

Bekas serbuk kopi dan gula aku ambil dari dalam kabinet. Tiga sudu serbuk kopi aku curahkan kedalam cawan. Gula pula hujung-hujung sudu sahaja aku bubuh. Setelah air panas dicurahkan,aku godak dua tiga kali sampai semuanya sebati.

Terngiang-ngiang pula perkataan 'gula separuh'. Separuh apa? Separuh senduk? Separuh guni? Separuh lori? Geram pula kita!

Aku menatang penuh berhati-hati dulang berisi secawan kopi panas hitam pekat dan berasap-asap itu menuju ke bilik Tuan Hud Fared. Beliau sedang leka menatap skrin monitor komputer.

"Kopi, Tuan." Dengan penuh keyakinan aku meletak cawan kopi keatas meja dihadapannya.

"Hmm.." itu sahaja respon dari beliau. Matanya masih tertancap pada skrin monitor. Sempat  aku curi-curi pandang wajahnya.

Matanya yang bundar,kening pula lebat,hidung mancung terletak,dahi seluas padang golf. Hehe..

"Err.. Tuan tak keluar makan lunch?" soalku. Aku perasan Tuan Harraz awal-awal sudah menghilang.

"Nak belanja ke?"

Amboi! Lupalah tu dah buat kita pengsan. Minta belanja pula.

"Lain kali lah Tuan." Balasku.

"Enjoy the kopi o!"

Tak mahu terus menganggu disitu,aku meminta izin untuk beredar.

"Ini kopi atau kenangan pahit kamu?"

Aku tergamam.

Kopinang engkau dengan Bismillah mungkin?

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now