Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 4

62 14 2
                                    

"Aduh..!"
Perut aku terasa mencucuk-cucuk. Sudah beberapa kali juga aku memuntahkan isi perut. Tubuh merasa longlai, habis seluruh tenaga. Aku duduk meringkuk diatas sofa diruang tamu. Lily memerhatikan aku dengan pandangan cemas.

"Kau orait tak tu? Muka kau dah macam Ju-on. Jomlah pergi klinik!"

Boleh pula dia nak samakan muka aku macam hantu Korea tu. Tapi aku juga rasa benda yang sama. Menahan kesakitan hingga terasa sejuk kedua kaki dan tangan. Namun untuk ke klinik aku sangat tidak larat. Nak bangun pun aku tak berdaya.

"Aku rasa macam ada roller coaster dalam perut aku ni." Semakin kejap tanganku menekan perut. Sakit yang amat!

"Aku bagitahu Tuan Hud eh?" tidak semena-mena nama itu pula yang timbul.

"Janganlah!"

Aku terpaksa berkeras memandangkan waktu sekarang hampir jam satu pagi. Tak elok menyusahkan sesiapa pada waktu sebegini. Lagipun nanti-nanti eloklah sakit ni. Selagi boleh bertahan,aku bertahan. Dah cerah nanti,baru aku gerak ke klinik.

"Aku dah bagitahu. Sekejap lagi sampailah tu."
Halus sahaja kedengaran suara Si Lily sebelum dia menghilang dan kemudian kembali semula menghulur sehelai shawl dan hoodie kepadaku.

Pakkal je sedang menahan sakit. Ikutkan hati mahu je aku tinju hidung Si Lily sekarang juga!

Takdan sepuluh minit. Aku dengar suara Tuan Hud Fared memberi salam dari luar rumah. Bayangkan macamana pelesitnya dia memandu kerumah kami. Padahal jarak dari rumahnya kesini agak jauh juga.

"Yasmin! Kenapa dengan kau?" serta merta hilang sakit dalam perut bila mendengar nada suara Tuan Hud Fared itu. Risau sangat gayanya tu. Aku
menghalakan jari telunjuk kearah perutku.

"Sakit..." ujarku dengan suara tengelam timbul sambil mengerutkan dahi tanda menahan kesakitan. Acting kena lebih. Hehe

"Jom pergi hospital sekarang! Dah teruk sangat kau ni!"

Aku terpaksa akur dengan arahan. Kuasa untuk melawan betul-betul ghaib ketika ini. Aku merelakan Lily memapah tubuhku masuk kedalam kereta beliau. Aku juga redha bila beliau memecut kereta macam pelesit mabuk. Mama! Tolong! Orang nak hidup lama lagi. Huaaa!

Jarak kehospital biasanya memakan masa setengah jam. Kalini tak sampai lima belas minit sudah tiba. Aku terus dikejarkan ke emergency. Setelah tekanan darah diperiksa,aku diberi satu suntikkan. Setelah itu aku tidak sedar apa-apa. Gelap!

**

Aku tersedar bila terdengar suara bercakap-cakap. Seperti suara Tuan Hud Fared,seorang lagi aku tidak pasti siapa. Kelopak mata aku angkat sedikit, aku nampak beliau sedang menuju kearahku sambil memegang jambangan bunga. Tak jadi rasanya mahu membuka mata. Tak tahu nak tunjukkan reaksi apa. Tiba nak bawa bunga bagai. Aku pejam mata semula dan mendengar pergerakkan beliau sedang meletakkan bunga tersebut dimeja sisi katil.

"Morning orang sakit!" sapanya

Cis! Beliau tahu aku dah sedar rupanya!

"Hmmp.."

Kelopak mata aku angkat sedikit. Muncul wajah beliau sedang tersenyum dengan bawah matanya yang sedikit bengkak seperti kurang tidur.

Semalamankah beliau disini? Apakah?

"Tuan buat apa disini? Tak masuk office ke?" sempat aku menjeling kearah jam dinding. Sudah lewat jam sepuluh pagi. Buat apa beliau masih tercongok disini?

"Assistant aku sakitkan. Kenalah aku jaga dia tu." Amboi yakin sungguh dengan jawapan sendiri.

Tak jadi aku nak bangkit dari katil. Aku raba shawl diatas kepala,masih utuh. Janggal pula rasanya dengan situasi begini. Erk!

"Maaf kalau saya susahkan tuan. Tuan baliklah berehat. Saya okay je ni." Timbul pula rasa serba salah dari dalam diri aku. Tambahan bila melihat wajah kacak tapi lesu milik Tuan Hud Fared. Heh!

"Siput dengan sotong bergaduhlah tu kan? Nasib cuma keracunan makanan yang tak serius!" ujarnya sambil tersenyum-senyum. Ada sahaja ulahnya yang bikin aku sedikit naik angin. Bertenang Yasmin. Bertenang!

Siput tu memang beliau dah sedia tahu. Yang tang sotong tu? Mana beliau tu dapat info pasal sotong pula ni? Mesti kerja reporter Lily kan? Erghh!

"Diam boleh tak? Emosi orang tengah tak stabil ni!"
Ada yang aku bertukar ni kang! Sakit perut dah agak berkurang ni. Masih boleh nak bertukar-tukar sekarang.

Jambangan bunga di meja sisi aku capai. Daripada melayan orangnya. Baik aku melayan bunganya. Aku ambil kad kecil yang diselitkan lalu membaca baris-baris ucapan yang tertulis.

'Sorry Cinta. Aku tak dapat datang melawat. Get well soon Cinta"-Inara

Kiriman dari Inara rupanya. Aku fikirkan dari orang tu.Bunga untuk dilihat,tak boleh dimakan aku lapar ni Inayah!

"Dapat bunga pun excited. Entah lelaki manalah tu hantar?"

Aik? Soalan atau cemburu Tuan Hud Fared?

"Dari Inara Syazwani Anak Lelaki Umar. Haruslah excited! Kalau orang hantar dinosour pun saya lagi excited!" Balasku selamba.

Aku dengar beliau yang sedang duduk disofa hujung sudut sana tertawa. Kelakar sangat lah tu!

"Tuan, tak lapar ke?" Soalku sekadar memancing. Sebenarnya perutku sudah mula mendendang irama lapar. Yang aku nampak hanya botol minuman mineral yang bersusun diatas meja sisi dan juga bunga. Makan-makan yillek!

"Itulah masa waktu breakfast tadi kau sibuk tidur!"

Aku hanya mampu tersengih,mempamerkan wajah paling comel. Siapa suruh tak kejut kan? Kan?

"Kau makan bubur je. Tak payah mengada nak macam-macam." Katanya sambil melangkah keluar. Baru nak pesan steak wagyu. Bubur pun buburlah. Janji suapkan. Hehe!

Sementara ketiadaan beliau,aku bergegas ke bilik air. Lega rasanya dapat melepaskan shawl yang semalaman menutupi kepala. Kemudian aku memutuskan untuk terus mandi. Segar!

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now