Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 20

43 8 0
                                    

Belum masuk office,Hud Fared mendapat satu panggilan telefon. Serius perbualannya, kemudian beliau tergesa-gesa turun semula. Tanpa memberitahu aku sepatah pun. Urgent sangat nampaknya.

Aku masuk ke office. Mula-mula aku bancuh kopi untuk beliau kerana fikir beliau akan masuk semula ke office. Kemudian aku bancuh pula teh kosong untuk Tuan Harraz yang sengal.

Leka membuat tugasan tak sedar hampir jam dua belas tengahari. Baru perasan yang Hud Fared rupanya tak masuk office lagi. Aku capai telefon diatas meja.

"Hud Fared, mana kamu tak masuk office lagi?" Soalku sebaik panggilanku dijawab. Kedengaran bising suasana dihujung sana.

"Sorry sayang. Aku dekat hospital ni. Muzammil accident." Jawabnya. Seingat aku beberapa kali juga aku mendengar nama Muzammil ni. Tapi belum pernah lagi aku melihat orangnya.

"Ouh. Teruk ke?" Soalku lagi.

"Tak tahu. Masih dalam ER lagi. Jawabnya dengan suara tengelam timbul.

Tiba aku terdengar dengan jelas suara perempuan memanggil dan bercakap-cakap dengan beliau dengan suara manja. Manja kali! Menyirap pula rasanya. Entah betul atau tak berada dihospital? Erghh!

"Suara perempuan mana tu!?" Soalku dengan suara keras. Gilalah kalau tak jelous!

"Er.. sekejap lagi aku balik office." Soalan aku tidak dijawab. Dia biarkan aku berfikir yang tidak-tidak. Tak sabar aku tunggu dia balik office semula!

"Dah kenapa muka macam singa lapar tak dapat whiskas?" Tiba je Tuan Harraz muncul. Mesti Hud Fared ada bagitahu beliau sesuatu. Huh!

Aku balas dengan jelingan. Terus Tuan Harraz mengangkat kedua belah tangan dan berlalu pergi. Tak,sekarang ni masing-masing nak cari pasal dengan aku ke?

Tak sampai setengah jam Hud Fared sampai ke office. Sempat dia menjengah dan tanpa menegur aku didalam bilik document sebelum menghilang. Cepat-cepat aku simpan fail ketempatnya. Berdesup aku mencari keberadaan beliau. Ada hal yang belum selesai!

"Naik kereta terbang ke?" Soalku. Bukan dekat hospital tu. Aku dapat bayangkan macamana berdesupnya beliau memandu. Dah tak sayang nyawa? Ingatlah aku ni sikit. Huh!

"Buatkan kopi ke pagi tadi? Terima kasih,sayang." Macam biasa soalan aku dibiarkan tergantung. Akal beliau memang panjang berdepa-depa nampaknya.

Tapi dek kerana ucapan 'terima kasih,sayang' tu sedikit sebanyak mengendurkan perasaan amarah aku. Nampak tak kelemahan aku? Isk!

"Dah sejuk dah. Kita tunggu dia tadi." Sekejapan mood aku berubah. Pening dengan diri sendiri kadang. Heh!

"Sayang dah lunch...?"

"Siapa perempuan tadi?" Cepat-cepat aku potong. Jangan ingat aku lupa ye!

"Er... "

Aku perhati je telefon beliau diatas meja tu berkelip-kelip skrinnya. Nampak jelas nama yang tertera diatas skrin tersebut. Mengerutu je hati aku melihat sebaris nama itu. Aku tunggu je beliau menjawab panggilan. Tapi tak ye.. dibiarkan pula.. bertambah mengerutu hati aku! Huh!

"Muzammil accident,teruk juga. Pankreas dia beralih kebahu." Dengan wajah serius beliau katakan itu. Gila!

"Kenapa tak beralih ke otak je?" Aih! Aku sendiri tak menahan dengan kenyataan sendiri. Hud Fared menahan tawa sampai merah muka. Aku lagi gila!

"Sayang!! Orang tu injured tau tak!?"

"Rania call dari tadi tu dah kenapa? Perlukan sokongan moral ke?" Geram pula kita ni!

"Pergi lunch jom. Lapar."

"Saya nak jumpalah Rania tu." Kalau bab ni, makan boleh ketepi dahulu!

"Tak payahlah sayang.. aduhh!"

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now