Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 5

85 13 0
                                    

Hari kedua didalam wad aku sudah mula gelisah. Semuanya aku rasakan hambar. Lebih kepada sunyi sebenarnya. Aku mula rindu mama dan abah.

'Kamu orait je kan? Mama,abah tak dapat datang sebab malam ni kami bertolak ke Hatyai. Tak pergi karang deposit burn pula!'

Ringkas dan padu pesanan whatsapp yang dihantar oleh mama. Hatyai atau nyawa? Melawan kang derhaka pula. Pergilah sana... Anakmu ini sudah terbiasa dengan semua ini. Ceh!

'Have a safe trip mama and abah!'

Mandi,makan dan tidur itu sahaja aktiviti aku didalam wad sehingga jam sebelas pagi ini. Tercari-cari pula wajah Tuan Hud Fared. Bila tiada terasa sunyi pula. Bila didepan mata rasa macam nak cakar-cakar pula muka beliau itu. Apakah tandanya ini?

Selepas doktor dan pembantunya membuat pemeriksaan keatas aku. Bilik wad kembali sunyi. Puas juga aku meratib mahu discharge. Tapi dengan tenang puan doktor menjawab yang aku perlu dipantau lagi. Maka terdamparlah aku diatas katil,pusing kekiri dan kanan kemudian kembali terlelap.

Sedar-sedar dinosour dan rakan-rakan yang aku nampak dahulu. Fikirkan mimpi rupanya belon dinosour disudut wad. Tahulah aku siapa punya kerja tu. Awal-awal dah dengar orang tu gelak-gelak seperti kanak-kanak riang. Kalini beliau tak keseorangan,dia angkut Tuan Harraz sekali nampaknya!

"Jangan dikunyah pula dinosour tu!" galak betul beliau ni. Kang aku suruh dinosour tu pula yang kunyah beliau. Huh!

"Tuan Hud Fared saya ni memang lahir-lahir je dah kelakar ke?" sengaja aku tekankan suara pada perkataan kelakar tu. Dah rupa wad kanak-kanak pula dengan belon-belon begini.

"Kelakar,handsome,baik hati,momok dan sebagainya." Ada sahaja jawapannya.

Tapi tang momok tu. Comel! Hehe!

"Dekat sini takda momok ke?" Berbunyi sarkastik soalan dari Tuan Harraz itu.

"Ada ramai, setiap hari spesis berlainan yang elok-elok semuanya datang jumpa saya!" jawabku membawa maksud 'momok' tersebut adalah doktor-doktor lelaki yang merawat aku.

Tuan Hud Fared seakan memahami apa maksudku. Beliau menghadiahkan senyuman mengejek. Eleh, biarlah!

"Harini aku masakkan special untuk kau." Sambil mengeluarkan bekas makanan dari dalam beg kecil yang dibawanya kemudian dihulurkan kepadaku. Aku menyambut dengan perasaan excited. Boss kita masakkan untuk kitalah! Makin lama makin bergula pula beliau itu.

Penutup bekas aku buka penuh teruja. Melihat isinya yang kehijauan mematikan selera dan perasaanku. Apa daun-daun semua ni? Erghh!

"Ingatkan steak wagyu."Aku berbisik hampa.

"Makan je lah. Jangan banyak bunyi." Keras kedengaran suara itu. Nak paksa-paksa orang pula. Menyampah!

"Penat saya tolong pilih semua daun-daun tu tau." Tuan Harraz pula menyampuk. Sama je dua kali lima!

Dalam keterpaksaan aku memilih daun-daun yang aku kenal untuk dikunyah. Terpaksa mempamerkan wajah berpura-pura menikmati makanan yang paling enak demi membahagiakan hati dua makhluk dihadapan aku sekarang.

Tak kunyah daun, ada yang aku kunyah dua ekor ni kang!

"Mulai harini, kau kena makan makanan berkhasiat macamni. Faham?"

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now