Bunyi suara dentuman guruh menandakan sebentar lagi air akan turun membasahi bumi.
Ada tiga manusia sedang tidur pulas diatas katil, ibunya berumur 37 seorang wanita dewasa berumur 20 dan yang satu lagi baru sebulan.
Tok
Tok
Tok
Suara pintu diketuk kasar di luar menyedarkan perempuan yang berumur 37.
"Sayang!! Sayang!! Bawa adik masuk ke dalam almari cepat!!" Arahnya dengan panik
Anaknya mengikut perintah ibunya.
"Dengar apa ibu cakap selagi dia ada dekat sini jangan sesekali berani keluar dari almari" nasihat ibunya panik
Perempuan itu mencium kedua² anak perempuannya lalu dia memberikan dompet kepada anaknya sebelum menutup pintu almari.
"Kamu jangan bagi dia sentuh kad ni, ni kad untuk kamu simpan elok² kalau kamu memerlukan gunakannya" pesan ibunya anaknya hanya mengangguk.
Bukk
Pintu itu terbuka
"Aghhh"
Lelaki itu menendang perut perempuan itu kuat sehingga keluar darah dari perutnya.
"Ibu!!!" Panggilnya perlahan dalam isakan
Wanita itu melihat ibunya di pukul sehingga tidak berdaya dengan lelaki itu.
"Abangggg sakitttt" ringis perempuan itu
Tidak lama kemudian lelaki itu mengeluarkan pisau lalu dia menghiris tangan isterinya.
Anaknya yang melihat itu menangis ketakutan menyaksikan kejadian yang mengerikan itu dimana melihat ibunya diseksa dan dibunuh secara kejam oleh ayahnya sendiri.
Bila dia sudah melihat badan perempuan itu hancur di depannya dia terus melarikan diri.
"I~ibuuuu" setelah lelaki itu keluar dari rumah itu perempuan itu mendekati badan ibunya yang sudah hancur disebabkan oleh ayahnya.
"Ibuuuu" tangisannya semakin kuat adiknya yang tadi tertidur juga mula terbangun disebabkan terkejut dengan suara tangisan kakaknya
2 bulan kemudian
Kejadian itu masih melekat di dalam fikirannya.
"Becky" panggil seseorang
Becky menoleh lalu dia turun ke bawah bersama perempuan yang berumur 24 tahun.
"Kami dah buat keputusan disebabkan kamu masih belajar kami ingin membawa Patricia ikut dengan kami" kata lelaki yang berumur 56 tahun
"Becky takkan lepaskan adik, Becky boleh jaga dia pasal kolej uncle Richard dan Auntie Sofia jangan risau itu takkan menganggu pelajaran Becky"
"Tapi Becky..."
"Becky minta maaf Becky masuk dulu" Becky mengambil adiknya lalu membawanya masuk ke dalam biliknya membiarkan 3 beranak diluar.
Uwek uwek
Becky mengambil botol yang telah diisi dengan susu lalu memberi adiknya minum.
Tidak lama kemudian dia pun turut tertidur disebelah adiknya.
Keesokannya
Semua mata tertumpu kearah Becky dan adiknya yang berada di dadanya.
Weh anak dia ke tu?
Sejak bila dia kahwin?
Dia tak tahu ke kolej ni ada peraturan?
Banyak pertanyaan yang keluar dari pelajar² di kolej itu namun dia tidak peduli.
YOU ARE READING
BECKY
RomanceREBECCA PATRICIA AMSTRONG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BECKY MERUPAKAN ANAK YANG MEMPUNYAI TRAUMA YANG MENYAKITKAN APABILA IBUNYA MENINGGAL KERANA DIBUNUH OLEH AYAHNYA DI DEPANNYA DAN ADIK NYA YANG MASIH KECIL.