Freen, Heng dan nam sedang makan di kantin.
"Heng petang nanti kita lepak dekat kelab nak?" Ajak nam
"Oii mangkuk aku tengah bercakap dengan kau ni dengar tak?" Tanya nam sambil menepuk belakang kepala Heng
"Haa apa"
"Petang nanti kita pergi kelab lepak dekat sana nak tak" jerit nam tepat di telinga Heng
"Oiii nam sakit telinga aku, ya aku ikut" Heng menggosok telinganya.
"Kau tengok siapa?" Tanya freen setelah lama berdiam diri.
"Aku tengok tu..." Kata Heng sambil menunjuk kearah becky.
"Ada apa dengan Becky?" Tanya nam
"Kau tak rasa ke yang Becky tu semakin hari semakin cantik, korang nak tahu tak sebenarnya aku dah lama sukakan dia" kata Heng tersenyum.
Freen yang mendengar luahan Heng mengepal tangannya. Dia marah Heng mempunyai perasaan pada Becky.
Nam yang melihat perubahan muka freen tersenyum kecil. Dia tahu freen sedang cemburu.
"Heng kau suka dekat becky kan"
Heng mengangguk
"Aku ada challenge untuk kau"
"Challenge? Challenge apa?"
"Aku challenge kau dapatkan hati becky, Kalau kau berjaya dapatkan hati dia aku akan belanja kau di kelab selama 1 bulan" cabar nam
"Menarik okay dill" freen membeliakkan matanya.
"Nam apa maksud kau tadi? Kau tahu kan aku cintakan Becky kau challenge Heng untuk dapatkan Becky Kenapa?" Tanya freen
"Apa salahnya Becky belum terima cinta kau lagi, tambah lagi hubungan kau dengan engfa yang masih berlangsung... Kalau Becky pun cintakan kau dia akan tolak Heng juga" freen terdiam
"Dah lah kau tak payah risau kita tengok boleh ke Heng ambil hati becky" kata nam
"Hai Becky
"Heng"
"Dah nak balik ke?" Tanya Heng
"Ha..ah kenapa?"
"Kita balik sama nak tak?" Tanya Heng.
"Tapi jalan kita tak sehaluan kan?" Tanya Becky.
"It's okay aku cuma nak hantar kau balik"
"Kenapa tiba² tak payah lah Heng aku boleh balik sendiri apa lagi pun aku tak nak menyusahkan kau" tolak Becky.
"Tak lah aku okay je niat aku baik aku nak hantar kau, aku ikhlas anggap jelah sebagai permintaan maaf aku dengan sikap freen kelmarin" kata Heng sambil memegang kedua tangan Becky.
Freen yang melihat Heng memegang tangan Becky terasa api sedang membakar hatinya.
"Freen jom kita gerak" nam berhenti melangkah apabila melihat freen masih berdiri di situ.
Nam pun melihat kearah mata freen tertuju.
"Oooo faham" nam tersenyum.
Dek kerana tidak tahan dengan apa yang dilihatnya freen berjalan laju kearah Heng dan becky.
Freen menolak tubuh Heng.
"Freen" Becky, nam dan Heng terkejut dengan tindakan freen.
"BERANI KAU SENTUH DIA!!!" tegas freen
"Freen Kenapa dengan kau ni tiba² serang aku"
"Aku tak setuju dengan game ni, aku takkan benarkan" kata freen. Becky mengerutkan dahinya.
"Game? Game apa?"
"Nam challenge Heng dapatkan hati kau"
"Apa masalahnya biarlah diorang nak buat challenge aku tak permasalahkan hal tu" kata Becky freen terdiam.
Hati freen terasa sakit apabila becky tidak peduli kalau Heng ingin mengambil hatinya.
'Kau peduli tapi aku peduli bec sebab aku cintakan kau'
"Heng kau nak balik sama dengan aku kan jom" Becky menarik tangan Heng nam membuka matanya luas terkejut dengan apa yang dia lihat sebentar tadi sedangkan freen terdiam.
Bersambung...
TQ 😊
YOU ARE READING
BECKY
RomanceREBECCA PATRICIA AMSTRONG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BECKY MERUPAKAN ANAK YANG MEMPUNYAI TRAUMA YANG MENYAKITKAN APABILA IBUNYA MENINGGAL KERANA DIBUNUH OLEH AYAHNYA DI DEPANNYA DAN ADIK NYA YANG MASIH KECIL.