"Betul ke apa yang kamu katakan ni? Tak mungkin kalau Kelvin sanggup buat semua tu" bantah Sofea tidak percaya abangnya seorang pembunuh.
"Itu adalah fakta untuk apa saya berbohong" kata Becky
Kedua pasangan itu terdiam mereka masih tidak percaya dengan fakta yang baru dia dengari.
"Masih banyak lagi perlakuan kejam dia terhadap saya dan arwah ibu dia pernah cuba untuk menjual saya kepada ah long tapi ibu saya terpaksa berkorban dia tak nak saya diapa²kan jadi dia terpaksa menjual dirinya" sambung Becky lagi.
"Tapi kami takkan buat macam tu, Patricia anak saudara kami. Kami takkan tergamak buat macam tu percayalah" kata puan Sofea.
"Kamu serahkan Patricia kepada kami, kami janji akan menjaga dan melindungi Patricia" kata puan Sofea dengan lembut.
Becky terdiam sejenak lalu dia menggeleng dia nekad dengan keputusannya tidak menyerahkan Patricia kepada siapa².
Dia masih takut dengan keluarga ayahnya.
"Kami akan tunggu sehingga kamu menyetujuinya kami balik dulu"
Puan Sofee mengusap lembut lengan becky sebelum keluar.
Setelah kepergian pasangam suami isteri freen pun masuk ke dalam bilik Becky.
Mereka saling menatap seketika sebelum freen menanyakan keadaan becky yang tampak masih menangis.
"Are you okay?" Tanya freen tanpa mengeluarkan kata² Becky terus memeluk pinggang freen.
Freen mengusap lembut kepala becky.
"Aku tak nak kehilangan Patricia freen... cukup aku kehilangan ibu aku aku tak nak kehilangan adik aku Hiks... Hiks..."
Freen yang merasa kasihan membalas pelukannya.
Keesokan harinya
Becky sudah dibenarkan pulang apabila keadaannya semakin membaik.
"Dah siap?"
"Freen... Kau tak masuk kolej ke?" Tanya Becky
"Tak aku dah janji kan dengan kau semalam aku akan ada sentiasa dengan kau dan pasal rumah kau tak payah risau kau boleh stay rumah aku" kata freen
"Dan pasal Patricia kau jangan risau.. aku dah upah orang untuk jaga dia"
"Kau nak pisahkan aku dengan Patricia?" Tanya Becky tidak suka.
"Bukan tu maksud aku, maksud aku selama kau masih belajar akan ada orang jaga adik kau dekat rumah jadi kau tak payah risau" jelas freen, Becky hanya diam sedang mencerna dari mana freen tahu Patricia itu adik nya.
Freen yang faham kenapa orang depannya diam dia langsung memberitahu Becky.
"Aku dah tahu pasal keluarga kau dan Patricia tu adik kau kenapa kau tak bagitahu aku dari awal yang Patricia tu adik kau" tanya freen
"Sebab aku tak nak orang tahu kisah silam keluarga aku" jawab Becky
"Mulai daripada hari ni aku tak nak kau sembunyikan apa² dari aku kalau ada masalah share dengan aku" kata freen, Becky hanya mengangguk.
Sebulan kemudian hubungan freen dan becky semakin membaik walaupun Becky masih ragu² menerima freen namun dia masih mencuba walaupun akan ada masalah di kemudian hari.
Dengan sikap romantis freen sedikit sebanyak membuatkan becky mencuba untuk mempercayai freen.
Saat ini becky dan freen sedang berada di sebuah restoran, mereka sedang menikmati makanan mereka dengan suasana yang sungguh romantik.
"Will you dance with me?" Tanya freen setelah dia berdiri di sebelah becky dengan tangan dihulur di depan becky.
Becky menerima huluran itu lalu mereka berdua pun menari. Mereka berdua saling melemparkan senyuman.
"Kau tahu belum pernah aku jumpa dengan orang secantik kau, aku mengaku orang lain memang cantik tapi bagi aku kau lagi cantik. Aku cintakan kau bec setulus hati aku aku katakan yang aku sangat mencintai kau dan aku...."
Green melepaskan tangan Becky lalu dia mengambil sesuatu di tangan pelayan.
Dia berlutut di depan becky sambil membuka kotak itu.
"Bec will you marry me?"
Bersambung...
TQ 😊 sorry kalau lambat update.
YOU ARE READING
BECKY
RomanceREBECCA PATRICIA AMSTRONG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BECKY MERUPAKAN ANAK YANG MEMPUNYAI TRAUMA YANG MENYAKITKAN APABILA IBUNYA MENINGGAL KERANA DIBUNUH OLEH AYAHNYA DI DEPANNYA DAN ADIK NYA YANG MASIH KECIL.