Becky pengsan di dalam pelukan freen.
"Bec.. bec" panggil freen sambil menepuk bahu Becky perlahan.
Di hospital
"Kau dah sedar"
"Aku dekat mana?"
"Kau dekat hospital aku bawa kau tadi, kau pengsan" jawab freen
"Mana Patricia?"
"Dia ada kau tak payah risau, dia dengan nam dekat luar"
Clark
Becky dan freen melihat kearah pintu.
Nam mendekati Becky lalu dia memberikan Patricia kepada Becky.
Setelah melihat adiknya becky menitis air matanya. Nam dan freen yang faham langsung menenangkan becky.
"Polis dah siasat siapa pelaku utama, orang adalah orang yang rapat dengan kau freen" jelas nam saat itu nam dan freen keluar dari wad becky
"Siapa pelaku tu?" Tanya freen.
"Engfa, aku tak tahu motif dia apa tapi aku merasakan kalau dia nak balas dekat becky"
"Apa yang becky buat? Kenapa dia nak balas dekat Becky" tanya freen.
"Aku tak tahu tapi mungkin engfa beranggap becky punca kau dengan dia berpisah"
"Dia yang buat perangai, berapa kali dia tertangkap basah dengan aku" kata freen
"Apa tindakan yang kau nak buat dengan dia, kau kata sayangkan becky takkan tak ada rancangan untuk balas?" Tanya nam
"Yang tu aku boleh uruskan sendiri" jawab freen.
Clark
Becky yang sedang berehat tersedar dari tidurnya apabila melihat pintu wad dibuka.
Becky menatap malas kearah pasangan suami isteri yang sedang mendekatinya.
"Nak apa?" Tanya Becky dingin.
"Macam ni ke perangai kamu bila ada orang datang nak melawat kamu?" Kata Lelaki separuh baya.
"Kenapa saya perlu melayani anda berdua dengan baik kalau anda berdua datang hanya untuk mengambil adik saya" kata Becky.
"Kamu masih budak mentah Becky, serahkan Patricia kepada kami agar kehidupan dia lebih baik"
Becky tersenyum mengejek
"Kalau abang pun perangai macam binatang pasti keluarga yang lain pun tidak kurangnya"
"KAU JANGAN KURANG AJAR BECKY KAU TAHU KAU TENGAH BERCAKAP DENGAN SIAPA, KITORANG MAK DAN PAK SAUDARA KAU INGAT TU!!!" tegas perempuan itu
"Maaf saya tak ada keluarga seperti anda dan sila bagitahu abang anda kami tidak memerlukan orang yang berhati kejam macam dia"
"KAU!!!"
"WALAUPUN DIA TAK GANGGU SAYA DAN ADIK SAYA SAYA TAK AKAN ANGGAP DIA SEBAGAI ANGGOTA KELUARGA SAYA DAN SAYA AKAN PASTIKAN DIA AKAN MERINGKUK KE DALAM PENJARA ATAS APA YANG DIA LAKUKAN PADA IBU SAYA" tegas becky dengan mata yang berkaca²
"Apa maksud kamu?" Tanya lelaki separuh baya.
"Dia dah hilangkan satu² orang yang paling berharga di dalam kehidupan saya dan adik saya, dia telah membunuh ibu saya di depan mata saya sendiri"
Seketika pasangan suami isteri itu saling berpandangan.
Becky pun menceritakan semua kepada pasangan suami isteri dengan atas apa yang dilakukan oleh bapanya.
Freen yang mendengar cerita dari Becky menutup mulutnya dia tidak menyangka sanggup seorang bapa membunuh isterinya yang masih dalam pantang dan di depan anaknya yang masih kecil.
Jadi freen baru faham sekarang kenapa Becky selalu bermimpi ibunya kerana dia trauma yang masih melekat dalam dirinya.
Selama ini becky sedaya upaya untuk pertahankan adiknya daripada diambil oleh orang kedua engfa kerana dia takut kalau bapanya tahu mungkin dia akan lakukan sesuatu kepada adiknya.
Jadi disebabkan tidak mahu melihat adiknya diapa²kan dia menjaga adiknya.
Bersambung...
TQ 😊 sorry kalau kurang memuaskan
YOU ARE READING
BECKY
RomanceREBECCA PATRICIA AMSTRONG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BECKY MERUPAKAN ANAK YANG MEMPUNYAI TRAUMA YANG MENYAKITKAN APABILA IBUNYA MENINGGAL KERANA DIBUNUH OLEH AYAHNYA DI DEPANNYA DAN ADIK NYA YANG MASIH KECIL.