BAB 12

137 8 0
                                    

"Aku nampak dia dengan Heng sedang berciuman dekat kelas, aku tak tahu kenapa aku boleh jatuh cinta pada dia noey?"

"Kenapa setiap kali aku jatuh cinta pada seseorang, orang tu akan melakukan hal tak sepatutnya di depan aku... Kenapa harus aku kena tengok kemesraan mereka noey?" Kata freen dengan matanya mula berkaca.

Noey yang bersimpati bersimpati dengan nasib yang menimpa kawannya cuba menenangkan freen.

Freen bila dia mencintai seseorang tu dia akan sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik namun jika dia sering disakiti seperti ini siapa yang mampu untuk hadap.

Tak terbayangkan beberapa kali engfa curang di belakang freen, freen masih memaafkan dan menerima engfa semula tapi dia tidak menyangka engfa mengulangi kesalahan yang sama.

Freen tidak kuat untuk melawan bila dia melihat orang yang dia cintai dia tidak sanggup untuk melukai atau memarahi orang itu.

Tak terhitung berapa kali freen memaafkan Engfa kerana dia amat mencintai perempuan itu namun setelah kehadiran becky freen mula berubah hati pada becky.

Walaupun pertama kali dia bertemu dengan becky hatinya langsung tertarik pada becky.

Namun kini hati nya kembali terluka apabila kedua orang wanita itu menyakiti perasaannya.

Di sebuah tempat yang gelap freen duduk di salah satu tangga sambil menatap langit yang dicerahi cahaya bulan dan bintang.

Dia mula menangis hatinya benar² sunyi.

Di sudut lain becky sedang memundar mandir di dalam biliknya sambil telefonnya di pegang.

Dia tidak tenang sejak pulang dari kolej lagi.

FLASHBACK

Becky mendengar perbicaraan freen dan noey dia turut bersimpati dengan apa yang menimpa freen.

Pada hari kejadian dia melihat Becky dan Heng sedang bercium pada hari yang sama ibu bapa freen meninggal dunia dalam kemalangan, freen mengalami tekanan. Freen mendapatkan berita kematian Ibu bapanya dari pihak hospital.

Kawan² freen tidak mengetahui pasal kematian ibu bapa freen kerana freen merahsiakan dan noey juga terkejut dengan berita itu.

Dan berpunca daripada itu juga lah freen menjadi pendiam dan dingin.

'Kalau aku tahu ni punca dia pasti aku akan tolak Heng hari tu juga' bisik becky.

Saat sedang menyalahi dirinya bunyi enjin kereta di depan rumahnya.  Becky melihat di jendela lalu dia membuka pintu dan muncullah Heng.

"Hai sayang" panggil Heng dengan senyuman.

"Dah siap? Jom kita gerak sekarang" ajak Heng

Becky pun mengangguk.

Di restoran

Heng sedang menyatap makanannya manakala Becky hanya bermain dengan makanan, dihatinya masih berfikir tentang freen.

"Sayang kenapa tak makan?" Tanya Heng.

"Saya masih kenyang" jawab becky masih bermain dengan makanannya.

"Sayang awak tak makan lagi macam mana perut awak boleh kenyang?" Tanya Heng.

Sebenarnya dari petang tadi lagi becky tidak makan mustahil kalau perut becky boleh menahan lapar setelah seharian tidak menjamah makanan.

"Makanlah sikit nanti perut masuk angin" pujuk Heng sambil meletakkan sudu bekasnya di depan mulut becky.

"Saya boleh makan sendiri" Becky menolak makanan itu lalu makan makanannya.

"Heng boleh tak kita singgah rumah freen kejap?" Tanya Becky

"Nak buat apa?" Tanya Heng.

"Saja, kita lalu saja pun tak apa" kata Becky, Heng tersenyum lalu mengangguk.

Saat tiba di depan rumah freen.

Keadaan rumah freen gelap gelita, Becky melihat jam di skrin telefon jam menunjukkan pukul 9.50 malam.

"Jomlah kita gerak" arah becky, Heng mengangguk.

Saat dia sampai dirumahnya dia sedikit lega tapi setelah kereta Heng meninggalkan kawasan rumahnya hatinya kembali risau jadi dia membuat keputusan untuk pergi semula ke rumah freen.

Freen yang baru pulang berjalan ke arah pintu rumahnya dengan keadaan yang lemah.

Saat dia ingin membuka pintu ada seseorang memegang tangannya dengan reflek dia menoleh ke belakang.

Bersambung...
TQ 😊

BECKY Where stories live. Discover now