Becky langsung meninggalkan mereka semua
"Pukima* punya perempuan macam tu je dia blah" carut nam
Tok
Tok
"Puan Charlotte" Charlotte mendongak kepalanya.
Becky menghampiri Charlotte
"Sebelum tu saya nak minta maaf sebab dah bawa Patricia ke dalam bilik ni" kata Becky dengan menunduk
"Awak tahu kolej ni ada peraturan kenapa awak still tak nak ikut" kata Charlotte
"Saya merayu dengan puan Charlotte tolong izinkan saya bawa Patricia masuk ke dalam kolej ni" rayu Becky
"Kalau awak bawa dia ke sini itu akan mengganggu awak dan pelajar lain untuk belajar" kata Charlotte
"Saya janji saya takkan benarkan benda tu terjadi saya akan jaga Patricia" kata Becky
"Awak tahu dia masih kecil. Kenapa tak suruh family awak jaga, ayah dia mana?" Tanya Charlotte, Becky hanya diam
Semua orang tidak tahu tentang Becky dan family Becky, Becky tidak menceritakan apa² tentang familynya kepada siapa²
Di pusat perjudian
"Ahh sia*" lelaki itu menepuk meja kasar
"Sekarang bayar" kata seorang lelaki sambil menghulurkan tangan meminta duit dari lelaki yang berumur 42 tahun.
"Aku tak ada duit"
Lelaki itu lantas bangun
"Apa maksud kau? Kau jangan main²" kata lelaki itu
"AKU!! TAK!! ADA!! DUIT!!" kata lelaki itu lalu dia ingin meninggalkan tempat itu tetapi lantas di halang lelaki yang berada di belakangnya.
"Tak ada duit ni makan dia" lelaki itu memukul lelaki yang berumur 42 itu sehingga darah keluar mengalir
"Kau bawa banjinga* ni keluar" arahnya
Becky yang kini sudah bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya. Dia menaiki motor yang dia beli beberapa hari yang lalu.
Dia menggunakan duit yang telah ditinggalkan oleh ibunya sebelum ibunya dibunuh. Becky membawa Patricia bersamanya
Di cafe
Semua yang berada di situ melihat kearah Becky dan Patricia
"Becky" panggil seorang perempuan
"Near" Becky menoleh ke belakang
Near adalah kawan Becky yang merupakan bossnya dan pemilik cafe tersebut
"Dah ada pelanggan tu cepat bersiap" arah near
"Baiklah"
Becky masuk ke dalam bilik sebelum dia keluar dia akan meletakkan Patricia diatas katil.
"Kakak pergi kerja dulu ya sayang jangan nakal²" Becky mencium adiknya lalu dia meninggalkan adiknya di dalam bilik itu.
Becky mengambil menu yang berada di kaunter lalu dia pergi kearah pelanggan yang baru datang.
"Cik nak minum apa?" Tanya becky
"Kau?"
Becky turut terkejut apabila melihat tiga sekawan itu namun dia tidak ingin membuat apa² masalah jadi dia hanya tersenyum lalu mengambil order tiga sekawan itu.
"Korang nak minum apa?" Tanya Becky
"Kau kerja dekat sini? Sejak bila?" Tanya salah satu kawannya
"Itu tak penting, aku datang nak ambil order so cakap je korang nak minum apa?" Kata Becky
"Kau..."
"Seorang lelaki ditangkap pihak polis setelah terlibat dalam pembunuhan seorang budak lelaki"
Becky yang mendengar itu melihat kearah tv
Kejadian lalu kembali berputar di dalam fikirannya. Dengan tangan dan tubuh yang bergetar.
Freen yang melihat kearah Becky sedikit hairan kenapa orang di depannya tidak menyahut apabila nam memanggil namanya beberapa kali.
"Bmine tutup tv" bisik near
Semua yang berada di dalam itu memandang kearah near yang sedang berlari mendekati Becky.
"Jom ikut aku" near menarik tangan becky lembut
Freen dan kawan²nya bertambah hairan melihat tiba² near menarik tangan Becky.
"Kau duduk dalam ni dulu, nanti kalau kau dah betul² okay baru keluar okay" kata near, Becky mengangguk, near memeluk Becky sebelum keluar dari bilik.
"Kan aku dah cakap jangan pasang siaran yang ada berita" bisik near kepada bmine
Sudah beberapa kali dia berpesan kepada pekerja²nya agar tidak memasang tv yang mempunyai siaran berita.
Dia tak nak kejadian yang kelam itu terus membayangi hidup Becky.
"Aku minta maaf" ucap bmine
"Okaylah lain kali jangan pasang siaran tu lagi, kalau boleh elakkan" pesan near. Bmine mengangguk
Becky duduk di bucu katil sambil memeluk kedua lututnya dan menangis.
Setiap kali kalau dia melihat atau mendengar berita pasal pembunuhan dia akan teringat akan ibunya yang dibunuh kejam oleh bapanya.
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam
Semua pelanggan sudah mula beredar yang berada di cafe itu hanya freen
"Cik saya minta maaf cik tak nak balik lagi ke? Maaf kalau saya kurang ajar tapi cafe ni dah tutup" kata near
"Baiklah saya balik sekarang" freen bangun lalu pergi
"Near aku balik dulu"
"Hmm balik tu hati² jangan bawa laju² ingat kau bawa budak kecik tu" pesan near
"Ya aku tahu"
"By the way" near mengeluarkan sedikit wang lalu menghulurkan kepada becky
"Apa ni?"
"Duit lah takkan daun pula"
"Ya aku tahu tapi kenapa bagi aku, tak payah lah" tolak Becky
"Aku ikhlas nak bagi... Ambil" near meletakkan duit ke dalam tangan Becky.
"Tapi ni banyak sangat lah, nanti kau potong gaji aku"
"Aku ikhlas nak bantu kau dan Patricia aku kasihankan korang, kau ambil duit ni beli susu untuk dia"
"Tapi aku tak sedap lah ambil duit dari kau, kau boss aku. Aku tak nak orang fikir yang aku ambil kesempatan"
"Untuk apa kau fikirkan kata orang, diorang tiada dalam situasi kau, aku sebagai kawan kau kena bantu bila kau berada dalam kesusahan" kata near
"Tapi ni dah berlebihan near aku rasa segan nak terima duit ni dari kau" kata Becky
"Tak perlu segan sekarang kau berada dalam kesusahan aku akan tolong tapi mungkin suatu hari nanti kalau aku dalam kesusahan kau pula bantu aku" kata near
"Dahlah cepatlah balik tak lama lagi hujan akan turun" kata near
Becky mengangguk
"Terima kasih" ucap Becky
"Sama²"
Bersambung...
TQ 😊
YOU ARE READING
BECKY
RomanceREBECCA PATRICIA AMSTRONG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BECKY MERUPAKAN ANAK YANG MEMPUNYAI TRAUMA YANG MENYAKITKAN APABILA IBUNYA MENINGGAL KERANA DIBUNUH OLEH AYAHNYA DI DEPANNYA DAN ADIK NYA YANG MASIH KECIL.