Baru saja 30 minit Becky bertolak hujan mula menitis. Becky yang merasakan air yang bertitik diatas tangannya menghentikan motornya di sebuah perhentian bas untuk berteduh dan...
Bruhhh
Hujan mula turun lebat
"Fuhh nasib baik cepat kalau tak... Tapi macam mana aku nak balik" kata Becky
"Daripada kau dan Patricia dapat penyakit baik kau berteduh je" kata Becky lagi
Jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam hujan masih belum berhenti.
Terlihat seorang perempuan yang sedang melindungi adiknya daripada di basahi air hujan walaupun dirinya telah basah kuyup.
Sebuah kereta Porsche 911 GT3 berwarna putih berhenti di sebuah perhentian bas dimana ada Becky dan adiknya.
Orang itu turun dari keretanya sambil memegang payung dan berlari kearah Becky
"Bec"
Becky mendongak dengan bibir bergetar kerana kedinginan
"F...f...freen"
Ya orang itu adalah freen
Freen melepaskan jaketnya lalu dia memakaikan kepada tubuh Becky
"Jom hantar kau balik" kata freen sambil merangkul bahu Becky menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya memegang payung.
Freen membuka pintu untuk Becky lalu membantu Becky masuk ke dalam keretanya.
Freen menutup pintu lalu dia pergi kearah pemandu. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam keretanya.
"Motor kau nanti aku suruh nam datang ambil" kata freen setelah melihat Becky melihat kearah motornya yang berada di bawah air hujan
Di rumah freen
Freen membantu Becky.
"Kau pergi mandi dulu, aku nak buatkan air untuk kau" freen menghulurkan tuala kepada Becky.
"Terima kasih" ucap becky lalu mengambil tuala itu dan masuk ke dalam bilik mandi.
Freen keluar dari bilik itu lalu turun ke bawah untuk membuat air
Clark pintu bilik mandi dan bilik air dibuka serentak
Becky keluar dari bilik mandi menggunakan kain tuala menutupi tubuhnya.
Freen yang melihat tubuh seksi Becky menelan air liurnya. Freen menghentikan lamunannya lalu mendekati Becky.
"Nah minum susu ni untuk hangatkan badan kau" freen menghulurkan susu yang hangat kepada Becky
"Terima kasih" ucap becky
Freen pergi ke almari untuk mengambil baju untuk Becky.
Freen mengambil baju lengan pendek yang over size lalu memberikan kepada Becky.
"Nah baju untuk kau"
Becky melihat kearah baju yang dipegang freen sekilas lalu melihat kearah freen
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tanya freen
"Kau nak aku pakai baju saja seluar tak ada ke skirt ke?" Tanya Becky
"Kau tak payah banyak songeh boleh ambil jelah ni pun aku yang bagi selama aku hidup dekat bumi ni, kau yang pertama jejak kan kaki dekat rumah aku" kata freen
"Aku tak tanya pun" kata Becky sambil mengambil baju itu.
Freen mengepal jari jemarinya geram.
"Sabar.... freen... sabar... Hufff" freen menarik nafas panjang lalu dihembusnya perlahan
"Thanks sebab bagi aku pinjam baju kau" ucap Becky
Freen tersenyum seketika dia membulatkan matanya apabila melihat Becky menanggalkan tuala di depannya.
Glup
Freen menelan air liurnya
"Kau tak perasan aku dekat sini ke? Atau pun dekat rumah kau macam ni juga bila ada orang" kata freen masih lekat melihat tubuh belakang Becky
"Kenapa kau malu? Kau dengan aku sama² perempuan tak salah kot kalau aku pakai di depan kau" kata Becky
"Lain lah kalau kau tu lelaki mesti aku malu nak pakai baju depan kau" sambungnya lagi
Bersambung...
TQ 😊
YOU ARE READING
BECKY
RomanceREBECCA PATRICIA AMSTRONG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BECKY MERUPAKAN ANAK YANG MEMPUNYAI TRAUMA YANG MENYAKITKAN APABILA IBUNYA MENINGGAL KERANA DIBUNUH OLEH AYAHNYA DI DEPANNYA DAN ADIK NYA YANG MASIH KECIL.