" Handsome dohh laki tuh" kata seorang perempuan dalam nada berbisik sambil melirik kearah furqan." Yelah weh. Kalau dia bukak mask dia mesti lagi kacak kan?" Kata si kawannya.
" Ye kan..." Balas nya.
" Kejap aku pergi kat dia" kata si kawan.
" Buat apa?"
" Mana tahu dia bukak mask tuh, boleh lah kita masuk jarum" kata si kawan.
" Ouhh.. hahah nice gila ada kawan muka tebal macam kau" katanya sambil tersengih.
Si kawan tersebut membuat tumbs up dan melangkah mendekati furqan yang tidak jauh dari mereka.
" Ehm!" Furqan memandang figura perempuan di hadapannya.
" Ye? Boleh saya bantu?" Tanya furqan.
" Emm.. saya rasa macam kenal lah awak. Tapi saya tak pasti betul ke tak sebab awak pakai mask" kata si perempuan tersebut.
" Cik kenal saya?" Tanya furqan kembali.
" Haah. Jadi saya nak make sure awak betul ke orang yang saya kenal, Boleh tak awak bukak mask awak kejap saya nak cam" kata si perempuan tersebut.
" Ouhh..." Furqan berfikir sebentar sebelum dia menuruti kehendak wanita itu.
Sebaik sahaja dia membuka masknya wajah perempuan itu berubah pabila melihat wajahnya.
" Jadi, betul ke saya orang yang cik kenal?" Tanya furqan kepada wanita yang sudah terpegun dihadapannya.
" Hm? Ouhh... Tak tak... Maaf nampaknya saya salah orang. Sorry" kata si wanita itu dan cepat-cepat beransur.
Furqan memakai kembali masknya dan melihat wanita di hadapannya tadi berjalan kearah kawannya dan dia melihat wanita tadi menggelengkan kepalanya.
' nampaknya salah orang kut' bisik hati furqan. Lalu furqan melangkah melepasi mereka.
" Dasar catfish!" Kata si perempuan tersebut separa kuat. Furqan tersentak.
" Weh! " Kawannya menegurnya.
Furqan mengerling kearah mereka sekilas dan melangkah pergi.
'gelaran tuh lagi' bisik hatinya.
-_-_-_-_--_-_-
Pagi
bunyi penggera yang lantang mengejutkan furqan yang tidur. Sebaik sahaja dia mematikan penggera tersebut. Dia mencapai cermin mata yang diletak disebelah telefonnya.
Cermin mata dipakai barulah furqan dapat melihat dengan jelas sekelilingnya. Dia menguap seketika dan meregangkan badan lalu dia bingkas bangun bersiap untuk solat subuh berjemaah di masjid.
Selesai memakai jubah solatnya. Minyak wangi kegemarannya di calit sedikit di pergelangan dan di lehernya. Sebaik itu lampu luar rumahnya dibuka dan furqan mendekati moto.
Motor dihidupkan lalu furqan bergerak ke masjid. Sepanjang perjalanannya ke masjid furqan merasakan kedamaian dalam suasana subuh ini. Amat sukar jika ingin diceritakan tapi udaranya sejuk dan segar subuh tidak sama dengan udara selepas subuh. Entahlah mungkin siapa yang sepertinya bakal faham.
Sebaik sahaja dia memakir motonya. Dirinya disapa oleh seorang pakcik yang separuh abad.
" Furqan! Assalamualaikum! Rasa macam lama sungguh tak jumpa kamu. Apa khabar?" Tanya si pakcik.
" Waalaikumussalam! Lah.. pak cik wafi ke? Khabar baik... Hahah saya ada je datang solat subuh semalam. Pakcik yang tak nampak saya tuhh" kata furqan sambil tersenyum.
YOU ARE READING
My Ugly Husband
RomanceAkibat peristiwa kebakaran setahun yang lalu, furqan terpaksa membiasakan dirinya memakai mask bagi menutup sebahagian wajah buruknya kesan dari kebakaran itu. Nayla si 'tong gas' berbadan besar dan berlengan tegap memang tidak asing lagi dengan gel...