" ibu... Nayla dah balik..."
" Ha, lama betul shopping nya"kata ibu dari arah dapur.
" Nayl terjumpa safiya tadi lepastu dia ajak makan itu yang lama" jelas nayla sambil mengangkat barang belanja nya.
" Ouhh safiya bff kamu tuh ke... Eh, bukan kata dia gi negara orang putih ke? Bila baliknya?" Tanya ibu.
" Haah. Itulah dia balik dah lama dah tapi lupa bagitahu nayl. Katanya lepas balik terus datang orang meminang dia. Lepastu dah jadi tunang orang dah dia sekarang" kata nayla sambil tersenyum.
" Iya? Alhamdulillah... Ada jodohnya" kata ibu.
"Itulah. Nayl pun terkejut dengar dia cerita tadi" kata nayla.
" Hmm... BFF kamu dah jumpa kamu bila lagi? Umur tuh makin lanjut... Nak jadi andartu ke?" Kata-kata ibu menusuk tepat ke jiwanya.
" Kalau ada, adalah... Kalau tak, jumpa kat syurga nanti jelah..." Kata nayla pasrah akan jodohnya.
" Apa ke akhirat dah fikirnya... Itu semua lambat lagi yang penting hidup kamu kat dunia. Takkan sampai ke tua nak bujang. Nanti tua, duduklah kamu kat rumah orang tua termenung sorang-sorang fikir nasib. Muda-muda tak nak dengar nasihat ibu suh cari jodoh tu" kata ibu.
Nayla hanya membiarkan sahaja bebelan ibunya seperti angin. Nak di balas nanti, takut jadi debat pulak. Tidak mengapalah.
" Nayla? Dengar tak cakap ibu nih?" Tanya ibu setelah bebelannya seperti tidak didengari anak daranya itu.
" Dengar ibu" kata nayla.
"Ha, bagus... Cari jodoh tuh. Bukan nak tunggu je jodoh jatuh depan rumah. Malu ibu ada anak dara tak kahwin-kahwin lagi. Kawan-kawan ibu semua mengata kamu tak laku tau sebab badan gemuk gedempol macamtuh. Itulah... Ibu dah kata jaga badan, jaga pemakanan tuh... Nih sekarang jodoh pun tak sampai-sam-" kata ibu terhenti.
" Ibu,Nayla faham. Ibu tak payah sebut semua benda tuh" kata nayla sedikit kuat.
Ibu terkejut.
" Ouhh melawan? Ibu cakap sikit je nak melenting. Iyalah ibu tak sebut dah! Hish! Budak zaman sekarang orang nak nasihat bukannya dia nak dengar " kata ibu lalu berjalan pergi kehadapan.
" Tak.. " Nayla keluh sendiri.
Nayla menyambung susun kembali barang-barang kedalam kabinet. Selesai sahaja mengemas nayla melangkah ke arah ibunya tapi ibunya pulak menghindari nya.
Keluhan kali kedua di lepaskan.
-_-_-_--_-_-_-_--_-_-_
Selasa
" Okey kelas! Harini ustazah nak buat kuiz mengenai sirah nabi" kata nayla.
" Ha! Ala ustazah tapi saya tak ingat!" Rungut seorang murid.
" Ustazah! Sirah nabi yang mana? Masa nabi Muhammad di lahirkan ke?"
" Ustazah! Bagi yang senang-senang tau!"
Berbagai riaksi masing-masing ada yang teruja, ada yang takut, dan ada yang acuh tak acuh saja.
" Untuk kuiz nih kita akan bahagi 3 grup. Kumpulan pertama barisan meja kiri ustazah, kumpulan kedua barisan yang tengah dan kumpulan ketiga barisan kanan ustazah faham? " Kata nayla.
" Faham!" Jerit murid kelas itu.
Nayla menulis nama group itu di papan tulis.
" Cara nak menang kuiz nih senang je. Ustazah akan bagi soalan. Kemudian diantara ketiga-tiga kumpulan boleh cuba jawab. markah yang paling tinggi nanti kumpulan tuh menang. Kalau menang nanti boleh tuntut hadiah dengan ustazah esok" kata nayla.
YOU ARE READING
My Ugly Husband
RomanceAkibat peristiwa kebakaran setahun yang lalu, furqan terpaksa membiasakan dirinya memakai mask bagi menutup sebahagian wajah buruknya kesan dari kebakaran itu. Nayla si 'tong gas' berbadan besar dan berlengan tegap memang tidak asing lagi dengan gel...