" Aik ustazah nayla? Hari nih si dia tak datang ke?" Tanya ustazah hamiza." Huh? Sapa?" Tanya nayla.
" Ala... Siapa lagi kalau budak yang jatuh tersembam depan bilik guru tuh la" kata ustazah hamiza.
" Ouhh... Entah.. mana saya tahu. Bukannya saya orang rumah dia" kata nayla sambil menyusun buku tulis diatas meja gurunya.
" La... Ingatkan ustazah nayla isterinya. Yelah bukan main rapat nengoknya" kata ustazah faizah yang tiba-tiba menyampuk.
" Taklah... Saya nih kebetulan mengajar kelas anak buah dia je. Lagipun, saya kan mulut mana boleh diam ada je nak di cakap. Jadi terpaksalah dia dengar saya berceloteh" kata nayla.
" Anak buah dia nama adam tuh ke? Ouhh... Patut segak kemas budaknya. Pak sedaranya pun sama segak nengoknya" kata ustazah hamiza.
" Kak miza pernah nampak ke wajah pak sedara dia tuh tanpa mask ? Macam mana kak miza boleh tau pak sedara dia segak? Entah-entah hodoh je balik mask tuh" kata ustazah faizah.
" Allah.. tak baik kata macam tuh. Walaupun dia tak pernah bukak. Tak baik suudzon. Dia tak pernah kata pun dia handsome ke apa" kata ustazah hamiza.
" Tak delah... Saya kata je" kata ustazah faizah cuba menegakkan benang yang basah.
" Iyalah awak... Kalau kata je pun... Hati-hati, Risau jadi dosa. " kata nayla. Faizah menjeling nayla sekilas sebelum beredar pergi.
" Udah lah tuh. Nih nayla, kak miza nak mintak tolong sikit boleh?" Tanya kak miza.
" Nak saya tolong apa tuh?" Balas nayla.
" Hari nih, kak miza kena amik anak balik asrama. Asrama nya tak delah jauh mana tapi kesian anak akak balik lambat nanti. Jadinya boleh tak nayla tolong gantikan akak untuk masa terakhir nanti kelas darjah 3 subjek ibadah. Hari nih je" kata kak miza.
" Ouhh... Okey boleh nasib baik hari nih nayla tak de kelas untuk waktu akhir" kata nayla.
" Terima kasih nayla" kata kak miza.
" Sama-sama " balas nayla sambil tersenyum.
" Tapikan nayla, kalau kamu jadi bini dia pun takpe. Comel je akak tengok kamu berdua" kata kak miza dengan nada gurau.
" Ustazah hamiza..." Kata nayla. Kemudian kak miza berlalu pergi sambil gelak kerana berjaya mengusik nayla. Nayla pula terasa bahang mukanya bila diusik sebegitu.
-_-_-_--_-_-_--_
Depan Rumah Nayla
Sebaik sahaja apek jual sayur menghentikan motornya di depan rumah itu, laju sahaja ibunya iaitu makcik farhah keluar berbelanja. Katanya sayur yang dijual apek itu segar-segar belaka.
Jiran-jirannya jugak keluar datang melihat sayur-sayuran yang di bawa apek cina itu.
" Apek, ini satu ikat sama kan harga dengan nih?" Tanya farhah sambil menunjukkan kearah seikat sayur bayam dan kangkung.
" Ini ya? Ha... Sama-sama " kata si apek.
" Farhah, apa cita anak kamu? Yang sulung tuh bila nak nikah nya? Lama betul tunangnya" kata makcik Nina yang datang menghampiri.
Farhah menjeling nina di sebelah yang sibuk membelek sayur bersamanya.
" Katanya dalam tahun nih deme nak nikah. Tarikh tepatnya tak tahu lagi lah. Anak aku belum betul pasti" kata farhah.
" Ouhh... Kiranya dapatlah aku makan nasi minyak kenduri anak kau tahun nih" kata nina.
" Eh, dah kenapa nak tunggu nasi minyak kenduri anak aku? Kau tak de dapat jemputan kenduri si leman ke? Katanya kendurinya sabtu nih. Ke dia tak ngajak kau? " kata farhah.
"Hah? Eh! Ada... Sapa kata aku tak dijemput? Ada je kad jemputan tuh kat rumah. Saja jelah aku cakap " kata nina tiba-tiba gelabah menindakkan sangkaan farhah.
Farhah hanya diam dan membayar sayur-sayuran yang di belinya. Penuh tanganya dengan beberapa ikat sayur yang segar bugar itu.
" Eh, farhah lepastu anak kedua kau tuh bila ? Apa nama dia ?" Tanya nina kepada jiranya yang lain.
" Nayla. Nama anak kedua si farhah tu" kata hasni.
" Ha, nayla. Pelik-pelik betul nama anak kau. Ha, tak ada sakut dengan siapa-siapa lagi ke dia?" Kata nina.
" Tak ada pulak dia cerita dia minat sesiapa" kata farhah.
" Entah-entah dia tipu tak? Haritu aku nampak masa aku pergi pasar malam minggu lepas kat taman ceria tuh. Bukan main bergelak tawa dengan laki" kata ros.
" Hah?" Farhah terkejut.
" Iya... Budak laki tuh tinggi lampai pastu pakai cermin mata, rabun kut. Lepastu, siap pakai mask pergi pasar malam" kata ros.
" Dah kau cakap nih kan ros, aku teringat pulak haritu aku pergi beli barang kat lotus dengan cucu aku hari tuh. Ada jugak aku nampak anak si farhah dengan laki yang macam kau cakap tuh. Rasa nya lelaki yang sama lah tuh" kata hasni.
" Uish! Dasyat betul anak si farhah nih. Bukan sorang nampak anak kau kat luar kemain mesra dengan lelaki. Itulah kau... Haritu aku nak kenenkan anak bujang aku kau tak nak. Sekarang tetiba dengar kabar anak kau menggatal dengan lelaki entah mana tah" kata nina. Hatinya terasa puas melihat riak muka farhah yang berubah.
" Itulah, farhah. Dah kitaorang tahu gini tak ke malu engkau? Patutnya kau terima je anak si nina nih dulu. Lagipun anak kau yang kedua tuh kerja ustazah kan ? Kat sekolah KAFA kan? Ish! Kerja ustazah, menggatal dengan lelaki pulak hish!" Kata ros dengan mimik muka geli.
Apek cina yang berada di dalam ketegangan itu, perlahan-lahan mengemaskan barang bawaannya dan mengundurkan basikalnya sebelum dia mengayuh pergi dari situ.
" Eh! Ros! Kau jaga sikit mulut kau! Aku kenallah anak aku macam mana! Bercakap jangan sampai memfitnah! " Suara farhah melengking.
Niyaz yang berada dalam rumah terus berlari ke muka pintu.
" Pehal mak aku nih? Bergaduh dengan jiran ke?" Niyaz berkata sendiri.
" Fitnah apa pulak! Dah aku nampak depan mata! Deme bermesra nya. Mana datang fitnahnya!" Kata Ros.
" Kau kan!" Baru farhah ingin melepaskan laharnya Niyaz keluar dari rumah dan menarik ibunya masuk ke rumah.
" Dahlah makcik ros. Balik lah, balik. Malu budak-budak nampak bertekak petang-petang gini" kata niyaz sambil menolak ibunya masuk dan membawa sayur yang dibeli ibunya.
Masuk sahaja ke dalam rumah ibunya dan terus sahaja masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Niyaz terkebil-kebil di ruang tamu itu lalu mengaru belakang kepala yang bertudung.
" Nampaknya makan malam hari nih aku kena masaklah gayanya. Sorry semua, aku takleh jamin rasa masakan hari nih" bicara niyaz sendiri.
" Ouhh kena info my siblings. Today is dengerous day. Harap semua orang selamat hari nih" kata niyaz lagi sambil mengetik mesej telefon.
YOU ARE READING
My Ugly Husband
RomanceAkibat peristiwa kebakaran setahun yang lalu, furqan terpaksa membiasakan dirinya memakai mask bagi menutup sebahagian wajah buruknya kesan dari kebakaran itu. Nayla si 'tong gas' berbadan besar dan berlengan tegap memang tidak asing lagi dengan gel...