Sabtu..." Ibu... Nanti kul 1 macam tuh nayla nak keluar tau" kata nayla.
" Nak pergi mana? " Tanya ibu sambil membasuh sayur kangkung di sinki.
" Nayl nak gi beli barang sekolah sikit. Marker nayl dah habis. Jadi, nayl nak Mr. Diy nanti" kata nayla.
" Ouhh... Mr. Diy yang dalam Lotus tuh ke? " Tanya ibu.
" Hm? Haah. Yang tuh" balas nayla sambil membalikkan ikan goreng di kuali.
" Ha, bagus... Alang-alang pergi tuh ibu nak kirim barang rumah. Ibu dah senaraikan dah barang-barang nya. Ibu nak pergi tak pergi-pergi" kata ibu.
" Ouhh okey boleh jugak" kata nayla.
"Banyak ke barangnya?" Tanya nayla
" Tak delah banyak. Sikit je" kata ibu. Terangguk-angguk kepala nayla faham.
Lotus
Nayla melihat senarai barang yang diberikan ibunya sambil menolak troli. di buka kertas yang sebesar ibu jari tembamnya itu, tiba-tiba saiz kertas itu mengembang menjadi sebesar A5 dan penuh dengan barang yang perlu beli.
" Mak aku nih nak buat kenduri ke? Banyak betul" gumam nayla sendiri. Tapi sebagai anak yang baik lagi cantik di beli jugak mengikut senarai itu.
Sedang dia memilih-milih barang dalam lotus itu ekor matanya menangkap gerangan yang dikenali. Nayla berpatah balik untuk melihat lebih jelas gerangan yang dilihatnya.
Tapi bila dia berpatah balik gerangan itu sudah hilang.
' salah orang kut' bisik hati nayla. Lalu dia menyambung aktiviti membeli belah nya.
" Cili kering, sayur sawi dan limau kasturi. Okey semua dah ada" gumam nayla sendiri.
Sedang dia menolak troli yang penuh dengan barang itu tiba-tiba dia tak sengaja terlanggar troli yang mendekatinya.
" Maaf, maaf " kata nayla laju dan melangkah melepasi orang tersebut.
" Nayla? Nayla Raihana binti mohd malik" sebut gerangan itu.
' aik? Main sebut nama penuh lak' bisik nayla dalam hati. Lalu dia menoleh.
" Betullah! Nayla! Ya allah! Rindunya!" Kata safiya.
" Safiya ek?" Tanya nayla dalam suara ragu-ragu.
" Iyalah! Siapa lagi kalau bukan sahabat dunia akhirat kau safiya" kata safiya dengan nada teruja dan memeluk nayla.
" Eh, bukan kau kat spain ke? Bila masa kau balik Malaysia" kata nayla sambil menepuk-nepuk lembut belakang safiya.
" Hehehh... Minggu lepas" kata safiya.
" Lahh... Kenapa tak cakap, boleh aku gi amik kau kat airport" kata nayla.
" Aihh... Tak payah susah. Lagipun hajat aku pergi spain dah tertunai " kata safiya. Terbeliak mata nayla mendengar pengakuan safiya.
" Serius lah? Mana?" Tanya nayla. Safiya mengangguk laju lalu dia menunjuk kearah figura yang setia berdiri disebelah troli.
Lelaki itu melambaikan tangan kearah nayla. Nayla hanya keras membatu tapi safiya teruja membalas lambaian itu.
" Nama dia Hilman Li dia asal Malaysia. Tapi aku terjumpa dan tersangkut dengan dia masa kat spain" kata safiya.
" Chinese ke?" Tanya nayla.
" Haah tapi family dia semua dah masuk islam lama dah. Nama je macam chinese" kata safiya.
"Oo..." Balas nayla.
YOU ARE READING
My Ugly Husband
RomanceAkibat peristiwa kebakaran setahun yang lalu, furqan terpaksa membiasakan dirinya memakai mask bagi menutup sebahagian wajah buruknya kesan dari kebakaran itu. Nayla si 'tong gas' berbadan besar dan berlengan tegap memang tidak asing lagi dengan gel...