Sejak kejadian itu, nayla dan furqan selalu sahaja terserempak. Kadang ketika membeli belah, kadang di pasar malam, dan terkadang furqan hadir sebagai wakil untuk uruskan urusan sekolah anak buahnya.Bila furqan bertemu dengan nayla. Nayla tidak putus berceloteh tentang murid-muridnya dan terutama sekali kenakalan anak buah furqan itu. Sehinggakan furqan sendiri tidak mempercayai cerita nayla.
Manakan tidak bila budak lelaki itu bersama kelihatan sungguh matang dan sopan serta bijak. Namun, bila kanak-kanak itu bersama kawannya di sekolah perkataan yang tak baik pun disebut dengan mudah.
Tapi furqan dengar dan ambil yang jernih sahaja tapi tetap akan dia tegur kanak-kanak itu nanti untuk di perbaiki sahsiahnya. Nakal itu biasa, tapi perlu diberikan batas jika tidak takut menjadi melebih dan menjadi biadap.
Seminggu kemudian Furqan terpaksa pergi ke luar negara untuk melawat syarikatnya memandangkan syarikatnya itu akan mengadakan event anniversary ke 20 bersempena 20 tahun syarikat itu telah di bina.
MAIRNY COMPANY
Furqan melihat tag nama di papan pandu arah di luar bangunan kemudian dia memandang bangunan yang tersengam indah di hadapannya. Bangunan 20 tingkat yang di lengkapi security guard di pintu masuk.
Bangunan itu sahaja sudah melitupi setengah dari entah berapa ekar tanah yang luas itu dan terdapat juga coffee shop dan kedai cenderamata di kanan bangunan itu. Tempat parkir juga tidak jauh dari bangunan memudahkan para pekerja di bangunan itu memakir kenderaan mereka.
Syarikatnya hanya di tiga tingkat sahaja iaitu tingkat 14, 15, dan 16. Di bahagian bawah masuk ke pintu kanan ialah dewan besar yang mana selalunya digunakan untuk mengadakan apa-apa event.
Tingkat yang lain di duduki oleh beberapa syarikat lain yang mempunyai operasi serta pengurusan yang berbeza dalam makna lain beberapa syarikat berkongsi satu bangunan.
Furqan melangkah masuk ke dalam. Namun dia di halang oleh dua penjaga bangunan.
" ID?" Pinta security. Furqan menunjukkan ID pekerjanya. Namun security itu memandangnya dengan wajah curiga.
" Open your mask" kata security.
" Wait, let me call my friend. She's inside" kata furqan.
" Just open your mask sir. Dont make it a huge thing" kata security 1.
" Unless you got some fishy business you gonna call your friends help" kata security2.
' aduh... Dia curiga dengan aku pulak...' bisik hati furqan.
Dia bukan tak nak bukak mask tapi memandangkan banyak mata memandang risau keadaan tak berpihak padanya jika dia bukak mask nanti. Yelah muka berparutnya seperti penyangak. Siapa yang akan percaya kalau dia cakap siapa dirinya?
" Eh? Furqan ? Sampai dah? Cepatnya?" Sapa sara dari belakang.
' alhamdulillah! Nampaknya penyelamatku sudah sampai' bisik hatinya.
Furqan menoleh. Kelihatan seorang wanita berambut coklat yang beralun lembut mengikut bayu angin malam memakai busana berwarna gold yang tertutup di bahagian depan namun terbuka di belakang.
Sebaik sahaja matanya terpandang aurat ajnabi itu terus sahaja dia mengalihkan matanya ke tempat lain.
" Your friend?" Tanya security 2 sebaik sara menegur furqan.
" Hm? Yeah. he is. He's a work from home employee. So, you guys may not familiar with him. Let's us go furqan" kata sara.
" Hm? Oh okey" balas furqan.
YOU ARE READING
My Ugly Husband
RomanceAkibat peristiwa kebakaran setahun yang lalu, furqan terpaksa membiasakan dirinya memakai mask bagi menutup sebahagian wajah buruknya kesan dari kebakaran itu. Nayla si 'tong gas' berbadan besar dan berlengan tegap memang tidak asing lagi dengan gel...