🌳16

12 1 0
                                    


Hidup di dunia memang tidak akan pernah selesai dengan ujian. Terkadang ia datang dalam bentuk fitnah yang dilontar tanpa ada asal usulnya. Kadang kesihatan dan kekeluargaan menjadi taruhan. Semuanya demi menguji keimanan dan ketaqwaan kepada Nya.

9 malam

Sejak dari hari Furqan pulang ke Malaysia dan kini sudah 3 bulan berlalu. Tidak sekalipun dia bertembung dengan nayla. Tidak di sekolah, tidak di pusat membeli belah mahupun kedai serbaneka.

Kalau dulu, sebelum dia ke luar negara. Boleh dikatakan selalu jugak dia bertemu dengan wanita gempal itu. Ini sudah 3 bulan. Naik hairan furqan di buatnya.

Furqan pandang satu kotak cenderahati di atas mejanya yang dibeli sebelum balik dari eropah. Di fikirkannya, nayla sering ada menolongnya dan dia belum lagi sempat membalas budi wanita itu walaupun sekali. Jadi di ingin memberikan cenderahati itu sebagai tanda terima kasih tapi nayla pula hilang tanpa di kesan.

" Kemana ustazah tuh pergi? Hilang di telan bumi ke ?" Bicara furqan sendiri.

" Ke dia ngelak jumpa aku? Tapi kenapa pulak dia nak ngelak? Aku ada buat salah ke?" Furqan meneka sendiri jawapan persoalan di fikirannya. Lama furqan diam  ditemani pula bunyi cengkerik di luar rumahnya.

Tiba-tiba telefon furqan berdering seraya itu mengejutkan furqan yang larut dalam fikirannya. Telefonnya diambil dan di lihat sebentar nama si pemanggil.

' hm? Amira? Pehal adik aku call malam-malam gini?' bisik hati furqan. Kemudian diangkat panggilan tersebut.

" Assalam-" tidak sempat furqan menghabiskan salamnya. Amira sudah menerjah.

" Abang! Kenapa lambat sangat angkat!" Kata amira dengan suara bergetar. Terangkat kening furqan mendengar suara amira yang tinggi itu.

" Mira dah kenapa call malam-malam macam nih?" Tanya furqan.

" Abang! Tolong mira abang! Suami mira accident! Mira on the way pergi hospital. Suami mira accident dengan adam. Ya Allah! Nasib baik adwa tak ikut sekali tadi" kata mira .

" Kejap-kejap betul ke nih? Lepas tuh diorang kat mana?" Tanya furqan. Dia bingkas bangun dan mengambil dompet dan kunci motor.

" Diorang dah di bawak ke Hospital Seremban. Mira baru nak on the way ke sana. Abang boleh tolong settlekan tak pasal motor yang suami mira bawak? Mira nak ke situ, tapi dapat makluman suami mira dengan adam langsung tak sedarkan diri dan terus kejar ke hospital" kata mira

" Boleh-boleh. Tak pe biar abang tolong settlekan. Mira bawak kereta elok-elok jangan tergopoh-gapah. Nanti abang dah settle abang jumpa mira kat situ. Okey" kata furqan.

" Terima kasih, abang" kata mira dengan suara tahan tangis. Sebaik sahaja amira memberitahu lokasi kejadian. Furqan terus sahaja keluar dari rumah dan bergerak ke tempat tersebut.

_-_-_-_-_-

Suasana hening menyelubungi tempat itu bersama air mata amira yang tidak henti mengalir di pipi. Dirinya tidak putus berdoa kepada Yang Maha Esa supaya anak dan suami baik-baik sahaja. Di tenung lorong yang menyambung ke bilik bedah itu sambil menunggu dan berharap berita suaminya selamat.

Namun, sudah 2 jam berlalu sejak dia melihat suaminya diusung ke dalam sehingga kini tidak kelihatan perawat keluar dari situ.

Di lihat tubuh budak perempuan yang ketiduran di pangkuannya. Adwa yang tidak berapa faham situasi sekarang hanya melayan kantuknya. Namun, ada bagusnya adwa tidur. Jika tidak, dia pun tidak tahu ingin menjelaskan bagaimana dan menenangkan budak 9 tahun itu.

" Ya allah berikan kesembuhan kepada suamiku Ya allah... Sembuhkanlah anakku..." Bicara amira lemah. Amira mengelus lembut rambut adwa dengan jarinya yang terketar-ketar.

My Ugly HusbandWhere stories live. Discover now