MalamFurqan mundar-mandir sambil menelefon seseorang. Adam dan adwa sesekali mengerling paklong mereka yang tak senang duduk sambil membuat kerja sekolah mereka.
' mana mira nih? Tak akan bercuti kat tempat takde line?' gutu hati furqan. Dia dari tadi cuba menelefon adiknya yang satu itu.
" Paklong sudahlah cuba call mummy. Mummy memang macam tuh. Ini bukan kali pertama mummy buat macam nih" kata adam.
Furqan tersentak.
" Maksud kamu. Mummy buat macam nih dah banyak kali dah ke?" Tanya furqan. Adam dan adwa mengangguk serentak.
" Selalu makcik rima jiran kitorang jaga kami. Tapi sejak suami dia strok mummy tak berani buat kat dia lagi" kata adam.
" Korang okey ke?" Tanya furqan. Adam dan adwa memandang sesama mereka.
" Kalau tak okey pun bukan mummy balik cepat-cepat pun" kata adwa.
Furqan jatuh kesian kepada anak buahnya. Sampai hati mira buat macam nih kat anak dia. Hish.
" Makcik rima tu baik ke?" Tanya furqan.
" Baik. Dia ada banyak kucing adwa suka main dengan kucing dia. Semua comel-comel" kata adwa sambil tersengih.
" Iya? Dia masak sedap-sedap ke?" Tanya furqan lagi.
" Sedap. Lagipun dia tak de anak jadi bila kitorang duduk dengan dia, makcik rima dengan suami dia mesti layan kitorang baik-baik. Macam kitaorang anak dia" kata adam.
" Ouh ye paklong! Paklong dah amik ke baju sukan yang adwa mintak paklong ambikkan tadi kat bilik guru?" Tanya adwa.
" Dah... Paklong letak kat atas katil tadi bilik kamu. Tak nampak ke?" Kata furqan.
" Hehhe tak..." Kata adwa sambil tersengih memperlihatkan gigi taring yang lompong.
" Korang buatlah kerja sekolah paklong masuk office tau. Kalau ada pape masuk je. Kalau dah siap kerja pergi tidur" kata furqan.
" Okey" jawab mereka serentak. Furqan mengelus rambut adam seketika sebelum berlalu ke bilik officenya.
Sebaik sahaja dia masuk. PC nya di hidupkan. Telefonnya dilihat seketika mengimbas kembali perkara yang perlu dilakukannya.
Kemudian dia mula mengetik software yang diperlukan untuk memulakan kerjanya dan tak lupa memakai cermin mata anti blue light.
Furqan bekerja sebagai web developer untuk syarikat yang berasal dari Eropah. Setakat ini baru dua kali dia melawat syarikat yang bernama Mairny.
" Hmm? Ada meeting dalam 5 minit lagi ? Meeting apa ? ad hoc meeting?" Kata furqan sendiri.
Tok... Tokk...
Furqan menoleh. Wajah adam terpacul.
" Ye adam?"
" Kitorang dah siap kerja, baju sekolah pun dah siap gosok. Jadi kami tidur dulu tau paklong" kata adam.
" Okey adam" kata furqan. Tapi adam masih tegak disitu. Kening furqan terangkat.
" Ada pape lagi?" Tanya furqan.
" Office paklong cantik" kata adam. Furqan tersengih.
' alahai budak...'
Tiba-tiba pc berbunyi panggilan untuk masuk meeting.
" Nanti paklong bagi adam tengok-tengok office. Tapi sekarang adam pergi tidur okey. Paklong ada kerja nih" kata furqan lembut.
" Okeyy... Goodnight paklong " kata adam lalu menutup pintu bilik itu.
YOU ARE READING
My Ugly Husband
RomanceAkibat peristiwa kebakaran setahun yang lalu, furqan terpaksa membiasakan dirinya memakai mask bagi menutup sebahagian wajah buruknya kesan dari kebakaran itu. Nayla si 'tong gas' berbadan besar dan berlengan tegap memang tidak asing lagi dengan gel...