Nayla melihat whatsapp yang baru masuk." Dangerous day? " Nayla membaca perlahan pesanan yang diterimanya.
" Ibu bergaduh dengan jiran ? Ha sudah! Apa yang jadi nih?" Jiwa nayla sudah risau. Ibunya mana pernah bergaduh sampai menengking jiran-jirannya.
" Ustazah ! Kami dah habis rakaat kedua! " Panggil omar. Nayla tersentak. Ya dia masih dalam kelas menggantikan ustazah hamiza.
" La, kan solat asar. Solat asar empat rakaat. Belum cukup lagi. Imam bangun dan buat rakaat ke tiga dan keempat" kata nayla.
Kemudian imam yang dimaksudkan iaitu omar menuruti arahan nayla dan mengetuai rakaat ketiga dan keempat.
' aku kena letak tepi dulu benda nih. Hilang fokus mengajar gini' bisik hati Nayla.
" Ha! Yang lain, makmum tuh termenung apa? Cepat ikut imam! Imam dah ruku' tuh" kata nayla. Kemudian dia berjalan mengelilingi muridnya dan memastikan rukun solat dilaksanakan dengan sempurna oleh mereka.
_--_-_--_-_--
7 petang
" Assalamualaikum!" Nayla memberi salam dan melangkah masuk. Niyaz yang menangkap kakaknya yang baru masuk memberi isyarat suruh duduk di sebelahnya.
Nayla yang melihat isyarat itu segera meletakkan barang nya ke tepi dan mengambil tempat di sebelah niyaz.
Kemudian Najmi sampai, niyaz memberi isyarat yang sama kepada abangnya. Tetapi abangnya tidak memahami isyarat itu dan mengendahkan sahaja lalu berjalan ke dapur dengan santai.
" Najmi duduk" perintah ibu mereka yang tegas menghentikan langkah najmi ke dapur.
Najmi berkerut tidak memahami situasi itu. Tapi nak tak nak dia menuruti kemahuan ibunya. Lalu dia duduk di sebelah niyaz.
" Kenapa dengan ibu?" Tanya najmi dengan nada berbisik.
" Kau tak tengok whatsapp ke?" Tanya niyaz.
" Aku nih pomen, mana pegang phone 24 jam" balas najmi berbisik sambil mengambil phone dari poket.
Tak sempat di baca pesanan adiknya Najmi menjadi orang pertama menerima lahar panas ibunya.
" Simpan phone tuh! waktu macam nih pon nak tengok phone! Tak nampak ibu tengah marah ni!" Kata ibu.
" Err... Maaf ibu... Kenapa ibu marah dengan along? Pagi tadi ibu okey je?" Tanya najmi.
" Bila kamu nak nikah? Jiran-jiran ibu semua dah tanya bila kamu nak kawinnya. Sampai bila nak bertunang? Berapa tahun lagi kamu nak peram tunang kamu tuh? Dia tuh bukan makin muda, makin tua tahu!" Kata ibu. Najmi diam.
" Jawab kat ibu tarikh bila kamu nak nikahnya?" Kata ibu dengan nada yang masih tinggi.
" Err... Emm... Tak silap haritukan along kata dalam tahun nih" kata najmi.
" Dalam tahun nih tuh bila! Bagi ibu tarikh yang tepat!" Kata ibu.
" Em.. insyaallah hujung bulan 12 ibu" kata najmi.
" 31 Disember?" Tanya ibu dan memandang tajam kearah anak lelakinya itu.
" Err..." Najmi memandang adik-adiknya.
" Hm?" Muka ibunya menjadi semakin garang.
" Okey! Okey! Betul ! 31 Disember" kata najmi seboleh-bolehnya dia ingin perihalnya cepat selesai.
" Okey... Bagus" kata ibu.
Kemudian mata ibunya memandang tepat kearah nayla. Namun, belum sempat ibunya menerkam hippopotamus yang comel itu aka nayla. Azan maghrib mula berkumandang.
YOU ARE READING
My Ugly Husband
RomanceAkibat peristiwa kebakaran setahun yang lalu, furqan terpaksa membiasakan dirinya memakai mask bagi menutup sebahagian wajah buruknya kesan dari kebakaran itu. Nayla si 'tong gas' berbadan besar dan berlengan tegap memang tidak asing lagi dengan gel...