🌳2

20 1 0
                                    


Telefon furqan berbunyi. Panggilan diangkat.

" Assalamualaikum abang! " Sapa amira adik bongsunya.

" Waalaikumussalam, kenapa call pagi-pagi nih? " Tanya furqan sambil menghirup sedikit kopi panasnya.

" Abang! Mira nak tinggalkan adam dengan adwa kat abang boleh?" Tanya amira.

" Hm? Bila? " Tanya furqan

" Dalam kul 1 petang nanti? " Kata amira.

" Eh, mira. Abang kerja lah agak-agak lah kul 1 petang pun" kata furqan.

" Ala... Abang work from home je pun" kata amira.

" Mira kenapa? Mana suami kamu?" Tanya furqan.

" Mira ada urusan nak selesaikan. Suami mira kerja " kata mira.

" Mira, abang pun kerja. Tak boleh ke mintak tolong jiran kamu jaga kejap?" Tanya furqan dengan nada tenang.

" Mira mana kenal jiran mira. Ala, boleh lah abang... Kalau abang cuti hari nih tak rugi mana pun. Boleh ye abang? Boleh ?" Kata amira.

" Kamu ada urusan apa sampai kena tinggalkan anak kamu kat abang?" Tanya furqan.

" Adalah... Tak akan abang nak tahu urusan rumah mira" kata amira dengan nada tak puas hati.

' lah aku pulak kena?' bisik hati furqan.

" Boleh ye. Okey terima kasih abang! Nanti mira drop diorang dengan beg baju. Assalamualaikum" kata amira.

" Eh! Beg baju? Diorang duduk dengan abang lama ke?" Soalanya tidak berjawab dan panggilan tersebut telah terputus.

Furqan memegang kepalanya dan menyisir perlahan rambutnya lalu satu keluhan keluar dari mulutnya.

Tepat pukul satu kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. Furqan membuka pintu. Sebaik sahaja dibuka kelihatan dua pasang kanak-kanak berdiri di luar pagar sambil mengalas beg. Ibu mereka tidak kelihatan.

" Ouhh... Adwa dengan adam dah sampai ye. Jom masuk jom. Panas kat luar tuh" kata furqan. Sambil membuka pagarnya.

" Mummy kamu mana?" Tanya furqan.

" Pergi jalan-jalan" kata adam kanak-kanak berumur 10 tahun.

" Huh?" Furqan terpana.

" Haah. Mummy kata mummy nak pergi Langkawi dengan daddy. Tapi kami berdua tak boleh ikut sebab sekolah" kata adwa kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun.

" Lepastu, mummy balik bila? "Tanya furqan.

" Minggu depan" kata si adam pulak.

Furqan menepuk dahinya.

' ha, sudah... Aku kena jaga dia seminggu ke? Mampus' bisik hati furqan.

" Paklong jangan risau. Adam dengan adwa boleh jaga diri sendiri. Paklong cuma sediakan makanan je sebab kitorang tak reti. Lagipun rumah paklong dekat dengan sekolah pagi dengan petang jadi kitorang boleh pergi sendiri" kata adwa.

" Ouhh... Okey" kata furqan.

" Korang dah makan belum?" Tanya furqan. Dua beradik itu menggeleng.

" Kejap paklong masak nasi dengan telur dadar. Lepastu petang nanti korang pergi sekolah petang kafa ke?" Tanya furqan.

" Haah" kata adam.

" Baju dah gosok?" Tanya furqan.

" Belum. Lepas makan nanti adwa gosok" kata adwa.

My Ugly HusbandWhere stories live. Discover now