🌳9

9 1 0
                                    


Pada hari ini, Furqan tiba-tiba teringin berjalan-jalan mengambil angin pantai. Jadi dia membawa diri ke sebuah pantai yang 30 minit dari rumahnya.

Sebaik sahaja furqan tiba ke tempat itu. Telinganya di sapa oleh deruan angin dan bunyi ombak yang memukul lembut tepi pantai itu.

Furqan menarik nafas sedalam-dalamnya dan di hembuskan lega. Suasana petang di pantai itu amat meriah dengan umat manusia. Ada yang sedang berkelah, ada yang bermain pasir, dan ada juga yang bersantai dengan kerusi 'healing' mereka.

Dia melangkah kearah pantai itu, dan berjalan perlahan-lahan di gigi air. Sekali sekala kakinya di pukul perlahan oleh ombak pantai.

Setelah 10 minit dia berjalan. Furqan duduk di atas pasir pantai itu. Rambut yang disisir kebelakang beralun mengikut deruan angin dan jatuh ke atas dahinya.

Walaupun dia duduk santai tidak berkutik di situ. Dia dapat rasakan panahan mata  orang yang berkunjung ke pantai itu kearahnya. Mungkin mereka merasakan aneh melihat lelaki pakai mask bersantai tepi pantai petang-petang begini.

' jangan risau achik, makcik... Saya orang baik' bisik hati furqan.

Furqan membuka cermin matanya sebentar dan mengurut urat matanya seketika.

Tiba-tiba cermin matanya di rentap oleh sekumpulan budak dan mereka membaling pasir kearah furqan sebelum melarikan diri.

" Hei! " Jerkah furqan. Tidak sempat dia hendak mengejar matanya di kaburi oleh pasir dan pasir itu masuk kedalam masknya.

' apa dengki betul budak-budak nih. Mak ayah tak ajar adab ke?' gutu furqan dalam hati sambil mengibas-ngibas baju dan mukanya dari pasir. Mask nya terpaksa dibuka untuk membuang pasir.

" Uish... Hodohnya muka abang nih! " Sekumpulan budak tadi datang kembali dan mengerumuni nya.

" Entah... Apa bendalah kakak kau nih. Beria suruh kita buat gini semata nak tengok abang nih bukak mask dia je. Bukannya handsome pun" kata si kawannya.

" Betul tuh. Muka aku lagi kacak dari abang nih" kata yang lain.

" Manalah aku tahu. Kakak aku yang paksa. Aku tak nak buat pun" kata budak itu.

" Mak bapak korang tak ajar adab ke? Biadap betul! " selar furqan.

" Ala... Relak lah bang.. kitorang gurau je. Nah cermin mata abang" kata si budak tadi . Furqan merampas cermin matanya di tangan budak itu dan di pakai semula.

" Gurau? Korang sapa nak bergurau dengan aku? " Kata furqan tegas sambil berdiri memandang mereka. Terkulat-kulat mereka berfikir.

" Abang nih tak sporting lah! Biasalah kami budak-budak nak bergurau senda barulah seronok" kata yang lain.

Tiba-tiba orang ramai mula mengerumuni mereka melihat pertelingkahan antara furqan dan sekumpulan budak yang mungkin berumur 10-13 tahun.

" Okey tak pe. Kalau macam tuh minta maaf. Sebab aku tak rasa lawak pun dengan gurauan kurang ajar korang nih" kata furqan dengan nada keras.

" Hah, minta maaf? Apa nih... Salah abang lah. siapa yang datang pantai pakai mask segala" kata si budak itu.

Furqan sudah mengetap rahangnya. Matanya melilau kearah sekelilingnya melihat orang yang hanya melihat tanpa sedikit pun rasa hendak tolong dan ada yang sedang merakam.

" Apa kata abang je yang minta maaf. Takkan orang tua tak boleh nak mengalah dengan budak-budak" kata si budak itu.

" Apahal pulak aku yang-" kata furqan terhenti pabila ada yang memotong katanya.

" Wah... Bagusnya adab budak zaman sekarang" kata warda dengan sarkastik. Furqan terkejut melihat gerangan itu di sini.

" Akak nih siapa pulak?" Tanya si budak.

" Siapa akak. Bukan penting pun. Yang penting dari tadi aku tengok korang. Nak aku bagitahu mak bapak korang ke? Gerai jual goreng pisang tuh kan orang tua kau" gertak warda. Muka budak itu berubah.

" Janganlah kak. Apa main mak bapak saya pulak" kata si budak itu.

" Kalau tak nak libatkan, baik korang minta maaf kat abang nih cepat lepastu berambus" kata warda.

Budak-budak itu mula tolak menolak dan menuduh pesalah. Yang si ketua tidak mahu mengaku salah.

" Cepat!" Tegas warda.

" Hish yelah-yelah" kata si ketua.

" Kitorang minta maaf bang" kata si ketua budak itu.

" Cium tangan" kata warda.

" Huh!" budak itu dan furqan juga terkejut

" Cepat!" Arah warda dengan muka garang bercekak pinggang.

" Tangan lah bang"kata si budak itu. Furqan ragu-ragu menghulurkan tangannya.

Sebaik sahaja furqan menghulur budak itu terus sambut dan di cium tangan furqan serta menyebutkan permohonan maafnya.

" Dah" kata si ketua.

" Aip! Siapa kata dia sorang je kena? Semua sekali buat" kata warda.

" Ish! Tak memasal lah" kata si budak yang lain. Tapi mereka turuti jugak arahan warda. Lalu bergilirlah mereka salam  mencium tangan furqan dan meminta maaf.

" Bagus. Dah pergi sana main jauh-jauh" kata warda.

Lalu berlarilah mereka menjauhi furqan dan warda. Kerumunan tadi turut beransur hilang. Manusia, kalau bukan kena ke anak beranak mereka, cuma mahu tengok je bukannya nak membantu meleraikan salah faham.

Warda melihat furqan yang beriaksi lega sambil memakai semula masknya dan menepuk nepuk bajunya yang berpasir.

" Thanks warda" ujar furqan sambil menatap wanita itu.

" Welcome" jawab warda.

" Kau masih tak berubah lagi. Cuba garang sikit. Muka dah berparut gitu tak boleh takutkan orang lagi ke?" Kata warda. Furqan hanya diam tidak mampu menjawab.

" Kau free tak? Jom lepak minum. Aku belanja" kata warda.

" err..." Furqan cuba berfikir alasan untuk menolak.

" Tak yah fikir lama-lama. Jom" kata warda lalu dia menarik hujung baju furqan.

" Kau parking mana? Aku naik dengan kau boleh? Aku tadi datang naik grab je" kata warda.

' ish... Orang yang aku nak elak jumpalah terjumpa kat sini. Kenapalah dalam banyak-banyak manusia dia jugak yang datang selamatkan aku dari situasi tadi' bisik hati furqan.

" Ha, yang nih kan. Nasib aku masih ingat nombor plat kereta kau" kata warda.

Furqan melihat gadis tinggi ramping yang sedang berdiri di pintu co-pilot keretanya.

" Cepatlah bukak. Panas tau!" Kata warda.

Furqan membuka kunci keretanya dan warda terus sahaja memasuki kereta honda itu seakan sudah biasa.

" Ya Allah! Berikan aku kesabaran yang tinggi ya Allah untuk hadap perempuan nih" doa furqan seketika sebelum dia masuk ke dalam kereta.

" Nak pergi mana?" Tanya furqan tanpa sedikit pun melihat warda.

" Tempat biasa kita dulu" kata warda.

Furqan tersentak mendengar permintaan warda. Perasaan furqan mula merasakan yang tak sedap. Tapi dia cuba tepis. Lagi cepat dia sampai lagi cepat perempuan itu boleh berhenti mengikutinya.

Furqan memulakan pemanduannya. Warda di sebelah tidak mengalihkan pandangannya dari memandang furqan. Segala gerak geri lelaki itu di perhatikan oleh warda.

' sayangnya... Kalau bukan sebab parut tuh mesti kita dah lama kawin kan furqan' bisik hati warda.

My Ugly HusbandWhere stories live. Discover now