🌳17

21 2 0
                                    


Setelah adam sedar beberapa jam kemudian Fakri juga sedar dan amira tidak henti memanjatkan rasa kesyukuran kerana suami dan anaknya diberi peluang untuk bersamanya.

Lalu amira menemani suaminya sehingga fakri merehatkan dirinya. Furqan pula menemani adam dan memberi makan kepada adam. Setelah selesai makan, furqan membersihkan badan adam dengan tunjuk ajar nurse disitu.

Perlahan-lahan furqan menceritakan kepada adam apa yang terjadi kepada ayahnya. Nasib baik budak itu kekal tenang.

Hari yang panjang terasa singkat dek kerana semua perkara yang terjadi. Syukur, Alhamdulillah Allah itu maha mengasihani dan mengetahui setiap hambanya. Dia Maha tahu setakat mana hambanya mampu lalui.

-_-_-_-_-_--_

Sekolah Agama Rakyat

" Lahh... Innalillahi wa inna illaihi roji'un" kata ustazah hamiza.

Nayla yang baru masuk ke dalam pejabat  hairan melihat reaksi kak miza itu. Selesai dia punch card, nayla mendekati kak miza.

" Kenapa kak miza? Siapa yang meninggal?" Tanya nayla.

" Bukan meninggal, kemalangan. Anak murid kita kelas tahun 4 nama adam tuh. Dia accident dengan ayahnya semalam. Maknya baru bagitahu anaknya mungkin tak akan masuk kelas dalam masa sebulan macam tuh" kata kak miza.

" Allah... Macam mana boleh accident?" Tanya nayla.

" Kata maknya adam dengan ayahnya keluar nak beli burger tiba-tiba kereta hentam diorang dari belakang" kata kak miza.

" Kesiannya ya Allah... Semoga cepat sembuh lah budak tu" kata ustazah jannah.

" Itulah... Adam tuh baik budaknya tapi yelah lelaki kan... Biasalah nakal" kata nayla.

" Hmm... Sunyi sikitlah kelas tuh nanti... " Kata jannah.

" Mesti si BFF dia tak de mood belajar nanti" kata kak miza.

" Betul tuh, afiq tuh walaupun bising dengan adam tapi belajar juga. Entahlah tengok lah macam mana nanti dia... Harap okey jelah" kata nayla.

" Ouh, memandang adam kemalangan. Kita nak adakan kutipan sumbangan tak untuk dia?" Tanya ustaz syarif.

" Bagus juga idea. Sekurang-kurangnya, dapatlah meringankan beban keluarga dia" sahut jannah.

" Kalau macam tuh kita kutip dalam seminggu nih. Minggu depan kita pergi melawat diorang sekali bagi sumbangan" kata ustaz syarif.

" Okey, insyaallah boleh" kata kak miza.

" Nanti untuk melawat tuh, ustazah nayla dengan ustazah miza bolehkan jadi wakil?" Tanya ustaz syarif.

" Eh, saya? Saya bukan bahagian kebajikan, kak miza je" balas nayla.

" Apa salahnya ustazah ikut... Melawat orang sakit itukan boleh dapat pahala" kata ustaz syarif.

" Ke ustazah nak ngelak dari pak long dia?" Serkap kak miza.

" M-mana ada! Kak miza nih ada je bahan nak ngusik saya" kata nayla. Kak miza tersengih melihat riaksi nayla.

" Kak miza, ustaz syafiq saya minta diri dulu masuk bilik guru"kata jannah.

" Ha, yelah" balas ustaz syafiq dan kak miza.

" Ustazah jannah saya ikut sekali" kata nayla lalu mencicit membontoti jannah.

" Kenapa dengan ustazah nayla dengan paklong adam?" Tanya ustaz syafiq.

" Adalah ustaz... Saya je yang tahu. Saya kan macam kakak pada diorang" kata kak miza.

" Aduhh... Saya tak layak tahu ke kak miza?" Kata ustaz syafiq.

"Benda tak pasti lagi. Dah pasti nanti akak bagitahu. Okeylah akak gerak dulu. Bye" kata kak miza. Ustaz syafiq terkulat-kulat di situ ditinggalkan oleh kak miza.

-_-_-_--_-_-_-_-

Amira menyuap bubur nasi kepada suaminya. Fakri hanya diam dan makan apa yang isterinya berikan.

Di tenung seketika wajah isterinya. Wajah amira kelihatan lesu dan letih. Bawah matanya yang hitam menandakan amira tidak mendapat rehat yang cukup.

" Awak tidur tak semalam?" Tanya fakri. Amira tersenyum tawar.

" Tidur tapi tak lena sangat. Risaukan adam" kata amira.

Isterinya waktu pagi akan menemaninya dan malam dia akan menemani anak lelaki mereka. Furqan tidak dapat meneman sepanjang masa kerana kengkangan masa.
Amira pula, sudah mengambil cuti sebulan demi menemani suami dan anaknya.

Fakhri membuat ruang di tepi katilnya. Sesekali rasa nyeri datang di kala Fakhri menggerakkan badannya kerana kecederaan dalaman.

" Abang nak buat apa ni?" Tanya amira.

" Letak makanan tuh, abang dah kenyang. Awak sini. Pangku kepala atas katil. Cuba lelap kejap" kata fakhri.

" Tak pelah bang... Saya okey je" kata amira.

" Awak... Please dengar cakap saya. Risau saya tengok muka penat awak. Kalau tiba-tiba awak pengsan sebab penat sangat macam mana? Siapa nak tengokkan adam? Saya dah memang tak boleh gerak " kata fakhri.

" Tapi sikit lagi abang saya datang..." Kata amira.

" Abang awak mesti faham punya. Sini letak kepala kat sini" kata Fakhri.

Mira dengan rasa terpaksa diikuti kemahuan suaminya. Kemudian, fakhri mengusap perlahan kepala bertudung amira.

" Terima kasih sayang. Masih teman abang. Abang minta maaf sebab jadi beban untuk mira" kata Fakri. Amira memegang tangan fakhri di pipinya.

" Abang dah sedarkan diri pun saya dah bersyukur" kata mira sambil menutup mata dan tersenyum.

Fakhri memanjatkan rasa syukur kepada Allah. Dia masih ada orang yang sanggup bersusah-payah deminya. Lagi-lagi di kala anggota tubuhnya tidak mampu bergerak sempurna.

Dengkuran halus kedengaran menandakan amira sudah melayari alam mimpi.

" Terima kasih sayang... Terima kasih" kata Fakhri sambil diusap lembut pipi amira.

Furqan yang melihat kemesraan suami isteri itu hanya melihat dari jauh dan menghentikan niatnya dari mendekati pasangan itu. Furqan membalikkan tubuhnya dan melangkah keluar dari wad untuk memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu.

Dia membawa dirinya ke taman hospital. Furqan duduk sendiri di kerusi batu yang disediakan. Sebaik dia duduk di situ, dia membuka jagung cawannya dan mula menjamah sikit demi sedikit.

Pandangan di lontarkan ke sekelilingnya. Kelihatan figura seorang doktor lelaki yang berlari ke suatu tempat sambil membetulkan stetoskop di lehernya. Mungkin ada pesakit yang memerlukan perhatiannya segera.

Di tempatnya duduk terdapat kanak-kanak yang sedang bermain tidak jauh darinya. Memandang hari masih menunjukkan matahari makanya ligat sungguh kanak-kanak itu bermain. Dengan suara nyaring diselangi suara tawa mereka boleh didengari dari segenap ruang di hospital itu.

Furqan terpandang pula pasangan separuh abad memapah si isteri hingga ke luar hospital. Walaupun sudah tua, bukan menjadi alasan untuk tidak bersikap prihatin dan berhati-hati dengan isteri yang sakit.

Bila dia mengalihkan pandangannya, gerak geri seorang suami yang menolak kerusi roda isterinya yang selesai bersalin menarik perhatiannya. Kelihatan mereka tersenyum bahagia dan teruja melihat bayi di gendongan si isteri. Alhamdulillah rezeki mereka dikurniakan anak.

Furqan memandang dirinya. Bujang. Sendiri. Tak da anak. Makan jagung?

' Kalau aku jadi kawin dulu. Mesti aku macam diorang' bisik hati furqan.

' sekarang, calon pun takde... Bila lah aku nak merasa macam tuh' kata hatinya.

Tiba-tiba figura nayla tersenyum kearahnya berlegaran di mindanya.

" Eh! Pehal terbayang ustazah tuh pulak? Hish! " Furqan cuba membuang jauh bayangan itu.

" Tapi, macam okey jugak..."

" Eh ! Merepek apa aku nih!" Furqan memarahi dirinya sendiri.

Lalu dia bangun dan melangkah ke dalam wad fakhri. Lantaklah dia menganggu saat manis adik dan suaminya. Janji fikirannya tidak jauh melalut. Bahaya!

My Ugly HusbandWhere stories live. Discover now