🌳11

17 0 0
                                    


Tiba-tiba warda mengeluarkan sebilah pisau kecil dari bag tangannya.

" Udoh... Kenapa pulak perempuan tuh?" Kata nayla. Safiya pulak diam. Orang ramai mula berkerumun sebaik sahaja warda mengeluarkan pisau kecil itu.

" Kau nak buat apa dengan pisau tuh warda?" Kata furqan.

' ya allah... Apakah ini ujian aku ya allah... Nasib baik aku tak sempat kawin dengan dia dulu. Terima kasih ya Allah tunjukkan segalanya ' bisik hati furqan.

" Kalau kau still tak nak. Aku akan lukakan muka aku dan kau akan bertanggungjawab" kata warda.

Membulat mata safiya dan nayla. Tak waras agaknya warda nih.

" Then, go on. If you dare. Fashion week ? Model career? If you could trash that. Go on" kata furqan seperti menyimbah minyak ke bara api.

Warda mengengam kuat pisau itu. Mulutnya terkemam. Otaknya ralit berfikir cara furqan akan jatuh ke tangannya.

" Dah? Boleh aku pergi sekarang?" Kata furqan.

" Arghhh!" Tiba-tiba warda meluru kearah furqan. Furqan terkejut. Nasib baik nayla sempat memegang warda dan safiya merampas pisau yang di pegang.

" Cik, cik tak boleh buat macam nih. Perbuatan nih boleh mencederakan orang awam" kata safiya. Furqan terpana melihat kehadiran nayla dan safiya di situ.

Tiba-tiba dia merasa malu kerana dramanya dilihat oleh dua kenalannya itu. Di tambah pula mereka berdua terlibat untuk menghentikan tindakkan warda.

" Lepaslah! " Jerkah warda.

" Cik, cik kena ingat, cik ada image yang kena jaga. Ke cik tak nak ada job dah? Sebab ramai orang tengok nih dan merakam" Kata nayla perlahan cukup hanya warda sahaja yang mendengar.

Serentak itu warda mula melihat sekelilingnya. Ramai orang sudah berkerumun di tempat parkir kereta itu.

" Kalau cik dah tenang saya akan lepaskan" kata nayla.

5 saat kemudian nayla melepaskan pegangannya.

" Furqan jujurlah kau tak nak sebab kau dah ada orang lain kan?" Kata warda.

" Apa yang-" tak sempat furqan menghabiskan ayatnya warda bercakap.

" Kecuali kau ada orang lain aku takkan lepaskan kau. Aku akan cari kau lagi" kata warda.

" Apa yang ada pada aku yang kau obses sangat? Move on dan carilah lelaki lain. Ramai lagi lelaki baik kat luar sana " kata furqan.

" Tak... Furqan... Tak ada... Aku nak kau je" kata warda.

Furqan mengeluh. Betullah firasatnya sejak berjumpa warda tadi. Patutnya dia tak ikut kat warda tadi. Tak memasal dia tersangkut di sini. Langit sudah bertukar merah menandakan hari bertukar malam.

Nayla melihat furqan yang senyap membukam lalu di melirik kearah safiya yang sibuk meredakan kerumunan.

' patut ke aku masuk campur ek?' bisik hati nayla.

" Okey, kalau itu yang kau nak dengar fine! Memang! Memang aku ada orang lain. Puas hati ?" Kata furqan.

" Tak mungkin! Kau tipu! Siapa yang nakkan kau dengan muka hodoh macam tuh? Furqan terimalah aku. Aku dah boleh accept muka kau. Jadi please... Choose me" rayu warda.

Furqan mengaru belakang kepala tidak gatal. Dan disisir rambut yang berjuntai kebelakang.

' ya Allah tolong lah aku keluar dari situasi nih' pinta furqan dalam hati.

" Dia tak tipu cik" kata nayla yang sedari tadi di tepi warda. Dilihat furqan yang memandang kearahnya. Kesian lelaki itu,  kelihatan sungguh wajah penat.

My Ugly HusbandWhere stories live. Discover now