Seminggu kemudian...Seperti yang dirancang oleh bahagian pentadbiran sekolahnya. Hari ini mereka akan menziarahi adam sekeluarga di hospital.
Maka di belah pagi nayla dan kak miza sudah bergerak pergi. Kak miza juga sudah memaklumkan kedatangan mereka kepada ibu si penjaga adam. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi dan akhirnya mereka sampai.
" Adam kat wadnya mana kak miza?" Tanya nayla.
" Maknya kata wad kanak-kanak. Nanti kita tengok kat blok mana. Kak miza pun ingat-ingat lupa. Lama dah tak masuk hospital" kata kak miza. Nayla mengangguk faham dan membontoti kak miza sambil membawa bakul buah untuk ziarah.
Sebaik mereka tiba di hadapan wad tersebut. Furqan yang kebetulan ingin masuk menangkap figura wanita gempal sedang becakap bersama seseorang disebelahnya.
" Ustazah nayla kan? " Sapa furqan. Serentak kak miza dan nayla menoleh kearah suara itu.
" Encik furqan. Nasib baik jumpa encik kat sini. Kami nih datang nak melawat adam. Tapi tak tahu katil mana dianya" kata kak miza.
" Ouhh... Haah maknya ada bagitahu saya semalam. Marilah ikut saya. Ibunya dah tunggu kat dalam" kata furqan sambil memandang sekilas kearah nayla.
" Ha.. jom " balas kak miza.
Sebaik sahaja tiba di katil adam. Suara adam kedengaran menyapa dirinya dan kak miza. Amira juga tersenyum melihat lagak adam yang teruja.
" Mummy nak tahu? Ustazah nayla lah ustazah kegemaran adam. Adam suka ustazah nayla" adam membuat pengakuan.
" Hahha... Iya ke nih adam? Ke saja amik hati ustazah nih?" Kata nayla sambil tersengih mengusik.
" Betullah" kata adam.
" Ikut kamulah adam... Janji kamu sihat walafiat itu je yang ustazah nak" kata kak miza sedikit pun tidak mengambil hati dengan pengakuan adam itu.
Kemudian kak miza bersembang seketika bersama amira manakala adam pulak tidak henti berbicara dengan ustazah kegemarannya itu. Furqan pula menghilang setelah menunjuk arah kepada dua ustazah itu.
Setelah lebih kurang setengah jam beramah mesra dengan keluarga adam. Kak miza membuat keputusan untuk mengundur diri. Sebelum mengundur diri kak miza sempat menghulurkan sekeping sampul berisi duit kutipan sumbangan dari pihak sekolah. Amira bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih atas pemberian itu.
" Terima kasih ustazah. Datang ziarah adam" kata amira.
" Sama-sama. Saya doakan adam dengan ayahnya cepat sembuh. Semoga allah permudahkan urusan puan amira" kata kak miza. Nayla mengangguk bersetuju kata kak miza.
" Adam cepat-cepat sembuh tau. Kawan kamu si afiq tuh bosan kalau kamu tak de dalam kelas. Kawan-kawan lain pun asyik tanya mana adam, kenapa tak datang sekolah" kata nayla.
" Heheh. Okey ustazah" kata adam.
" Kami minta diri dulu lah ye puan. Sampaikan salam kami kepada ayahnya nanti" kata nayla. Setelah mereka bersalaman, dua ustazah itu melangkah keluar dari wad itu.
_--_-_-_--_-
" Akak kita pergi makan dulu nak tak nak? Nih sikit lagi nak masuk sekolah dah" kata nayla sambil jalan beriringan bersama kak miza.
Kak miza menoleh kearah nayla. Sebaik sahaja dia menoleh kelihatan kelibat furqan menghampiri mereka. Nayla masih tidak perasan.
" Tak pelah nayla. Nih lupa akak nak bagitau. Akak ada hal kat area sini" kata kak miza.
" Ouhh... Ye ke.. patutlah akak suruh saya gerak dulu tadi. Kalau macam tuh tak apalah" kata nayla.
" Akak gerak dulu lah ye" kata kak miza.
" Eh, jomlah sekali. Saya pun nak ke tempat kereta jugak" kata nayla.
" Nayla jalan lambat. Akak jalan dulu" kata kak miza. Lalu wanita itu seperti lipas kudung berjalan meninggalkan nayla sendiri.
" Pehal kak miza nih? Urgent sangat ke?" Kata nayla sendiri.
" Ustazah nayla" sapa furqan. Sebaik suara garau itu menerpa gegendang telinganya nayla mengemam kemas bibirnya dan dahinya berkerut geram.
' kak miza! Saya dah kata saya tak ada hubungan dengan dia lah !' jerit batin nayla. Mesti kak miza menangkap furqan mendekati mereka tadi dan berfikir untuk membuat peluang untuknya bercakap dengan furqan.
' punyalah bersusah-payah aku cuba elak jumpa dia. Lah... Rakan sekerja aku jadi cupid pulak... Memang perangai lah kak miza nih...' bisik hati nayla.
" Ustazah nayla?" Panggil furqan buat kali kedua.
' dia buat-buat tak dengar aku ke?' bisik hati furqan.
Kemudian nayla menoleh lalu dia cuba membuat muka dingin supaya furqan membuang niat untuk bercakap dengannya. Sebaik furqan melihat muka nayla yang ketat.
" Dah agak dah" kata furqan. Terangkat kening nayla.
' apa yang dah agak?' hati nayla tertanya-tanya.
" Ustazah marahkan saya kan? Saya tak tahu saya salah apa. Tapi saya nak minta maaf sangat-sangat" kata furqan.
" Eh tak, tak. Bukan. Encik furqan tak buat salah apa-apa dengan saya" dalih nayla laju.
" Saya minta maaf sangat-sangat ustazah nayla kalau saya ada tersakitkan hati ke... Tercakap kasar ke" kata furqan.
' pehal riaksi dia gini pulak?' gelabah nayla di buatnya. Ditambahkan pula, orang-orang yang lalu lalang melihat adegan mereka.
" Kita cakap kat tempat lain " kata nayla lalu berjalan melepasi furqan. Furqan melihat muka nayla yang kemerah-merahan. Lalu dia melihat sekelilingnya. Ya allah malunya ramai orang melihat mereka. Telinga furqan terasa bahang lalu dia mengikuti langkah nayla.
-_-_-_--_-_
" Adam memang suka ustazah nama nayla tuh ke?" Tanya amira.
"Haah" balas adam.
" Kenapa adam suka ustazah?" Tanya amira.
" Sebab ustazah nayla ada pipi tembam" kata adam.
" Huh?" Tersedak amira mendengar jawapan anaknya itu.
" Ustazah nayla kalau marah, adam suka tengok pipi ustazah nayla. Macam ais krim mochi yang mummy selalu beli tuh" kata adam.
" Aip! Apa kata ustazah macam tuh? " Kata amira.
" Kenapa ? Adam cuma kata pipi ustazah nayla macam mochi je. Mochi kan sedap? Bukannya adam menghina pun" kata adam.
' ada betul jugak' bisik hati amira.
" Lagi? Tak akan sebab pipi ustazah je? Ustazah ajar best tak?" Tanya amira.
" Best! Ustazah selalu bagi kitorang main. Tapi adam pelik kalau belajar tapi macam main, itu belajar ke main mummy?" Kata adam.
" Belajar lah tuh. Cumanya ustazah guna cara bagi adam fokus" kata amira.
"Ouhh... Tapi adam suka ustazah nayla sebab pipi ustazah comel macam mochi" kata adam.
" Ikut kamu lah adam... " Kata amira pasrah. Amira tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
" Mummy adam nak tengok daddy boleh?" Kata adam.
" Hm? Tiba-tiba je nih? Adam boleh jalan ke? Bukan sakit lagi ke badan tuh?" Kata amira.
" Hmm... Tapi adam nak tengok daddy..." Kata adam.
" Nanti ye adam... Tunggu luka adam baik sikit. Daddy pun rindu adam tapi daddy tak boleh jalan lagi" kata amira. Adam diam sambil membuang pandangan sedih kearah tingkap.
Amira melepas nafas yang berat pabila melihat riak sedih itu. Sekejap je emosi kanak-kanak itu berubah. Yang tadi tersenyum dan bergelak ketawa kini mempamerkan rasa sedih dan kecewa.
Dia faham perasaan anaknya. Tapi nak buat macam mana, keadaan tidak berpihak kepadanya dan amira terpaksa membuat keputusan yang sulit demi kebaikan adam.
YOU ARE READING
My Ugly Husband
RomanceAkibat peristiwa kebakaran setahun yang lalu, furqan terpaksa membiasakan dirinya memakai mask bagi menutup sebahagian wajah buruknya kesan dari kebakaran itu. Nayla si 'tong gas' berbadan besar dan berlengan tegap memang tidak asing lagi dengan gel...