"RAIHANA, bangun." Muqri menyucuk jari di pinggang Raihana. Berkerut-kerut dahi Raihana bila tidurnya terganggu. Sekali lagi dia merasa ada benda yang menyucuk pada pinggangnya. Raihana menggeliat kecil, mata terpisat-pisat dibuka dan wajah Muqri menyapa pandangannya.
"Pukul berapa dah ni?" serak basah nada Raihana menyoal. Badannya tiba-tiba terasa sengal dan matanya juga terasa memberat.
"Dah subuh. Jom kita solat sama-sama." ajak Muqri sambil meraup rambut basahnya ke belakang.
Raihana terkebil-kebil.
Solat? Sudah lama dia tinggalkan solat semenjak sekolah menengah lagi. Dia rasa berdosa kerana sudah lama tidak melaksanakan kewajipan sebagai seorang islam. Bukannya arwah mamanya tak pernah ajak dia solat tapi ada saja alasan diberikan. Sakit perutlah. Ada kerja perlu diselesaikanlah. Period lah. Ada ke period sampai bertahun-tahun? Hm...
Raihana bangkit dan memandang suaminya dengan takut-takut. Sungguh dia jahil dengan agamanya. Bukannya susah pun solat tapi hati dia berat untuk laksanakannya.
"I... I dah lama tinggal solat." beritahu Raihana jujur. Dia takut apa pandangan Muqri nanti terhadap dirinya.
Muqri terdiam. Bibirnya di kemam. Wajah bersalah Raihana ditatap lama.
"Lepastu?"
"I tak tahu sama ada solat I akan diterima atau tak. I... I rasa berdosa sangat." terus Raihana menunduk wajah. Dia malu sebenarnya.
Muqri mengenggam erat kedua belah tangan Raihana.
"Solat ni bukan untuk orang yang tak berdosa. Solat ni wajib untuk orang islam macam kita ni. Jahat mana pun orang tu, jahil mana pun orang tu, Allah masih sayang. Diterima atau tak, cuma Allah yang boleh tentukan. Kita ni sebagai hamba Allah kena buat selagi mampu dan yang penting kita kena ikhlas. Kalau kau takut buat silap, tak apa. Aku ada dan aku akan ajar dan bimbing kau. Itu pun kalau kau sudi aku ajarkanlah."
Tercebik-cebik bibir Raihana menahan sebak. Semenjak memegang status isteri, Raihana kerap saja mengalir air mata. Selama ini dia kuat dari serangan Datin Azura namun hanya kata-kata Muqri sudah cukup buat air matanya menetes.
"Dah, jangan menangis. Nanti mak fikir aku pukul kau pula." Muqri menyeka air mata Raihana. Sesaat barulah Raihana tersenyum kecil.
"Hish! Ni kau punya pasal lah air wudhu aku dah terbatal." sungut Muqri. Boleh pula tangannya gatal sentuh tangan Raihana. Tak pasal-pasal dia kena ambil air sembahyang sekali lagi.
Raihana tertawa kecil sambil satu tangan menyapu air matanya. Melihat itu, Muqri turut ketawa sama. Segera mereka mengambil air wudhu. Ini kali pertamanya Muqri solat bersama isterinya dan ini kali pertamanya setelah sekolah menengah, Raihana solat kembali. Dalam diam dia bersyukur Muqri boleh terima kekurangan dia.
Selesai saja solat berjemaah, Raihana di suruh oleh Muqri untuk membaca Al-Quran. Awalnya Raihana menolak kerana dia ingat lupa cara membaca Al-Quran. Namun Muqri berkeras hendak mengajarnya. Sudahnya Raihana turuti saja. Jujur Raihana tak suka diarah itu ini tapi Muqri adalah orang pertama yang berjaya memecah tembok keegoannya itu.
"Ja zaaa wi..."
"Hm... salah tu. Nampak tak ada mad wajib mutasshil dekat situ? Ada huruf hamzah selepas huruf mad."
Raihana menggaru kepala tak mengerti. Dia macam pernah dengar tapi lupa.
"Okey kita belajar perlahan-lahan."
Raihana mengeluh kecil namun keluhannya itu dapat didengari oleh Muqri. Tersenyum Muqri melihat muncung Raihana sudah sedepa.
"Nak rehat?"
YOU ARE READING
Qaseh Raihana ©
Romance[Pembacaan santai + cringe] "You're enough, a thousand time enough." • • Raihana membuktikan pada papanya bahwa dia mampu hidup bersama lelaki yang bukan setaraf dengan mereka dan dia mampu hidup tanpa kemewahan. Tempoh yang diberikan hanya seminggu...