"WOI! Muqri! Kau ni aku cakap bukan main panjang lebarnya kau boleh pula berangan eh! Kau kenapa termenung macam orang putus cinta ni? Apasal? Kau kena reject ke?" usik Rayqal, teman baik Muqri sejak kecil lagi.
Muqri mengeluh berat.
"Apa perasaan kau kalau ada perempuan tiba-tiba datang dekat kau lepastu dia ajak kau kahwin?" soal Muqri.
Rayqal berfikir sejenak sebelum sesaat dia tersedar sesuatu. Tangannya hinggap ke bahu Muqri membuatkan Muqri mengemam bibir cuba menahan sakit sekaligus jeritannya.
"Sakitlah bangang!" carut Muqri. Jelingan tajam dihadiahkan buat Rayqal.
"Apasal? Ada awek ajak kau kahwin ke? Siapa? Makcik Zaiton?" betubi-tubi Rayqal menyoal.
Muqri memejam mata sesaat. Hatinya cuba ditenangkan agar penumbuk tidak melayang ke mata Rayqal.
"Makcik Zaiton tu makcik kau lah, bodoh!" jeling Muqri lagi.
"Aku main-main jelah! Pastu, siapa? Kalau Rania aku tak hairanlah. Dia tu gila bayang dengan kau. Jangan cakap bayang kau, angin yang lalu kena badan kau pun sekali dia menggila." seloroh Rayqal. Mengekek ketawanya mengenang nasib malang Muqri
"Wei, kau jangan sebut nama dia." memulas leher Muqri, takut-takut nama yang disebut itu tiba-tiba munculkan diri. Naik seram bulu romanya.
Rayqal turut memulas leher mencari kelibat peminat setia Muqri, Rania, anak ketua kampung. Pantang nampak Muqri, terus saja dia goda. Sumpah, masa tu Muqri trauma teruk. Seminggu dia tak mahu keluar rumah.
"Siapa perempuan yang malang melamar kau tu?" soal Rayqal sudah tidak sabar. Tak ada perempuan lain yang gila melamar sahabatnya itu selain Rania dan disebabkan itu Rayqal jadi ingin tahu.
Muqri berdesis. Siku dah naik separa kepala Rayqal dan secara automatik, Rayqal berundur setapak. Tak pasal-pasal dia balik rumah disoal siasat dengan isteri dia nanti.
"Aku tak kenal dia tapi nama dia erm... Qaseh Raihana."
"Qaseh... apa? Raihana?" ulang Rayqal.
Muqri mengangguk kepala.
"Siapa dia tu?" soal Rayqal lagi sedikit curiga.
"Kau tanya aku, lagilah aku tak tahu dia tu siapa."
"Macam mana boleh kau jumpa dia? Kau jumpa tepi lorong eh?" tuduh Rayqal dengan mimik muka curiga.
Muqri beristighfar dalam hati. Ada ke patut tuduh dia macam tu?
"Kau ni kang! Aku tumbuk mata kau, satu habuk pun aku tak dapat apa-apa. Kau ingat aku ni gatal sangat ke nak cari perempuan dekat lorong tu?"
Rayqal tersengih.
"Aku tadi tengah isi minyak motor sebelum balik kampung. Lepastu dia tiba-tiba datang tanya nama dengan umur aku. Aku toleh-toleh jugalah, takut masuk program anda kena prank. Aku layan jelah. Tapi tak sangka dia nak lamar aku. Sayang, muka dah cantik tapi otak dia biul." cerita Muqri tentang apa yang menimpanya petang tadi sebelum pulang kampung.
"Rezeki kaulah. Kejap apa tadi nama dia?"
"Qaseh Raihana."
"Hm... aku macam pernah dengar nama tu. Siapa nama bapak dia?"
"Kau ni! Aku manalah sempat tanya dia itu ini. Aku ingatkan dia prank aku. Lepastu bukan main lagi dia cakap dekat aku..."
"Kahwin dengan I and I beri you masa tiga hari untuk fikirkan. Ni kad I, kalau you setuju call or terus je jumpa I."
YOU ARE READING
Qaseh Raihana ©
Storie d'amore[Pembacaan santai + cringe] "You're enough, a thousand time enough." • • Raihana membuktikan pada papanya bahwa dia mampu hidup bersama lelaki yang bukan setaraf dengan mereka dan dia mampu hidup tanpa kemewahan. Tempoh yang diberikan hanya seminggu...