RAIHANA sudah kesuntukan masa. Mundar-mandir dia di dalam pejabatnya sambil tangan menggenggam telefon bimbit. Setiap minit dia akan memeriksa telefon untuk memastikan telefonnya berdering.
"Cik Raihana." seru Fazila, pembantu peribadi Raihana.
Terhenti langkah Raihana dengan panggilan itu. Lehernya turut memulas melihat Fazila namun matanya teralih melihat satu lagi susuk bediri di belakang Fazila.
"Faz, you buatkan dua kopi." arahnya. Fazila hanya mengangguk akur.
Daniel mempersilakan dirinya duduk di salah satu bangku bila Raihana segera mengambil tempat duduknya. Lama Daniel merenung Raihana, gadis yang berjaya mencuri hatinya. Pelbagai cara dia buat agar gadis itu jatuh cinta padanya namun gadis itu sedikitpun tidak menunjuk apa-apa sebarang respon. Bahkan mesej yang dihantar penuh dengan rasa cintanya hanya dibalas dengan jawapan hambar.
"So, I dengar you belum jumpa lagi bakal suami you." terselit rasa bahagianya bila tahu dari Dato Iskandar bahwa gadis itu belum lagi menunjukkan bakal suaminya pada Dato Iskandar.
Dalam diam Raihana mengeluh. Entah mengapa dia tak boleh terima Daniel walhal lelaki itu adalah idaman setiap para gadis dan wanita. Rupanya yang menawan mampu mencairkan mana-mana perempuan termasuk Nina tapi bukan dirinya.
Dalam beberapa jam lagi, Raihana akan dilamar oleh Daniel jika sekiranya dia belum menemui bakal suami. Kerana kesuntukan waktu, Raihana jadi buntu. Dia lebih rela dikahwinkan dengan orang asing daripada Daniel. Bukannya Raihana tak tahu Nina ada hati dengan Daniel.
"Itu bukan urusan you, Daniel."
Daniel tersenyum bila Raihana menyebut namanya. Kerana cinta, Daniel jadi angau. Siang dan malam selalu teringat wajah Raihana. Kerana karakter dan keperibadian gadis itu membuatkan Daniel semakin jatuh cinta lagi. Entah apa kekurangannya sehingga gadis itu berkali-kali menolak cintanya. Namun sebentar lagi Daniel tidak perlu risau akan penolakan dari gadis itu kerana tempoh yang diberi buat gadis itu bakal berakhir dalam beberapa jam lagi.
"Of course tu urusan I. Kalau you belum jumpa calon suami lagi, itu bererti you bakal jadi milik I and of course urusan you juga adalah urusan I." angkuh bicara Daniel.
Fazila tiba setelah mengetuk pintu dan dulang berisi dua cawan kopi diletakkan di atas meja.
"Faz." panggil Raihana sebelum sempat Fazila menyelit keluar dari ruangan tersebut.
Fazila kembali datang mendekat. Sempat lagi matanya melirik ke arah Daniel. Hampir nak jatuh pengsan Fazila bila Daniel mengukir senyuman padanya.
"Nanti kalau ada seorang lelaki mencurigakan datang cari I, tell them to let him in. You may go."
Terkebil-kebil Fazila namun segera dia keluar dan segera melaksanakan arahan Raihana. Mahu saja Fazila tanya namun niatnya itu dikuburkan saja kerana melihat suasana hati Raihana tidak kelihatan baik saat itu.
"Who? Ada orang cuba nak ganggu you ke?" soal Daniel dengan risau.
Raihana tertawa kecil.
"Kalau ada orang ganggu I pun... it was you, Daniel."
Giliran Daniel pula ketawa.
"You ni kelakarlah, Rai."
Namun wajah dingin Raihana tidak menunjukkan dia sedang membuat lawak. Tidak ada sesiapa lagi rajin mengganggu dirinya selain Datin Azura. Kalau bukan sebab Daniel salah satu klien yang bergabung dengan syarikat yang di pimpinnya, tidak mahu dia melayan lelaki itu.
YOU ARE READING
Qaseh Raihana ©
Romance[Pembacaan santai + cringe] "You're enough, a thousand time enough." • • Raihana membuktikan pada papanya bahwa dia mampu hidup bersama lelaki yang bukan setaraf dengan mereka dan dia mampu hidup tanpa kemewahan. Tempoh yang diberikan hanya seminggu...