Bab 30

52 6 2
                                    

          BERHENTI saja kereta di bawah garaj, Raihana terus keluar dari perut kereta tanpa menanti Muqri mematikan enjin kereta. Muqri hanya sekadar memerhati tingkah laku Raihana. Kepala di gelengkan lalu enjin kereta dimatikan sebelum keluar.

         Sepanjang perjalanan mereka tadi, Muqri cuba mengambil hati Raihana namun Raihana hanya buat endah tak endah saja dengan kewujudan Muqri. Sudahnya Muqri hanya mendiamkan diri sepanjang kereta dipandu pulang ke rumah.

         Bagasi dibawa masuk ke dalam rumah dan kedengaran bunyi seperti tetakan di ruang dapur mematikan langkah Muqri yang hendak menyimpan bagasi tersebut di dalam bilik.

         "Sayang..." melopong mulut Muqri melihat Raihana memotong timun. Beberapa potongan timun jatuh merata-rata di atas lantai.

         Segera Muqri mendekati Raihana lalu pisau yang digenggam Raihana turut dicantas kasar. Mahu sakit jantung Muqri tengok Raihana potong timun macam gaya hendak berperang saja.

         "Kalau sayang lapar, Habib boleh masakan." lemah lembut saja tona bicara Muqri. Silap satu langkah saja, mahu mati kejung dia di situ.

         Raihana memandang Muqri dengan mata tajamnya. Lantas Muqri tersengih menampakkan gigi putihnya. Itulah padahnya menyakitkan hati ibu mengandung.

         "Sayang... janganlah macam ni. Okey... okey, Habib minta maaf. Semuanya ni salah Habib. Apa-apa pun masalah yang akan datang nanti, semuanya salah Habib. Okey?" mahu tak mahu, hendak tak hendak, Muqri akui saja kesilapan di masa sekarang dan di masa hadapan.

         Mood ibu mengandung ni kena ambil hati sikit. Lepastu tabur-tabur sikit dengan gula. Haa...

         Mendengar pengakuan Muqri barulah luluh hati Raihana.

         "Kan senang kalau Habib mengaku tu semua salah Habib."

         Muqri mengemam bibir lalu kepala dianggukkan. Muqri mengiyakan saja walaupun dia tak tahu salahnya di mana sebenarnya. Dalam diam Muqri mengeluh namun begitu dia bersyukur Raihana akhirnya membuka mulut. Sedari tadi tak bercakap risau pula Muqri dibuatnya. Manalah tahu... diam-diam isterinya itu tiba-tiba bisu. Tak pun kalau buka mulut sedikit harta karun yang terjun keluar.

         "Ya, ya, semuanya salah Habib. Sayang tak ada salah apa-apa pun."

         "Habib perli saya ke?" berkerut dahi Raihana seraya bibir bawah dipagut geram. Dari tona Muqri tu macam memperli pun ada.

         "Eh... tak sayang. Habib tak perli. Habib cuma kata yang betul je."

         Tiba-tiba saja Muqri terkenang nasib Rayqal. Macam manalah agaknya Rayqal pujuk Talita. Hm...

         "Okey. Saya maafkan."

         Muqri tersenyum lebar.

         "Tapi!"

         "Tapi apa?"

         "Saya lapar. Nak makan itik."

         Melopong mulut Muqri.

         "Sa... sayang... mana nak cari itik? Ada ke orang jual itik untuk di makan?" naik buntu Muqri terus dibuatnya.

         "Ada!" bentak Raihana.

         "Mana ada, sayang. Kalau sayang nak ayam goreng, ayam golek, ayam penyet, ayam..."

         "Tak nak! Nak itik juga!"

         Muqri membuka mulut ingin memprotes namun dia sudah hilang kata. Lantas mulut ditutup kembali. Susah juga nak lawan kata orang mengandung ni.

Qaseh Raihana ©Where stories live. Discover now