Bab 29

47 6 0
                                    

         MUQRI menepuk tilam mengisyaratkan Raihana untuk berbaring di sebelahnya. Bibir sudah melebar dengan senyuman. Teruja pun ada. Nak menangis pun ada.

         Tadi petang Muqri dan Raihana pergi ke klinik berdekatan. Bila tahu saja berita bahwa Raihana mengandung seperti diduga Hajah Harisah, terus Muqri tak senang duduk. Bukan sebab gelisah tapi tak sabar nak timang anak pertama.

         "Orang nak borak dengan mak pun kacau!" geram habis Raihana dibuatnya. Bukan selalu pun dia nak menempel dengan Hajah Harisah.

         "Tak ikhlas lah ni?" Muqri membuat muka sedih.

         "Hish!" mahu tak mahu Raihana baring di sebelah Muqri.

         "Garang betul isteri Habib ni." Muqri mencuit hidung Raihana dengan manja. Bila dah tahu Raihana mengandung, tak boleh dah nak bermanja. Asal nak manja je mesti mulut pot pet pot pet.

         Raihana menjeling menyampah. Dibiarkan saja Muqri menariknya mendekat. Entah apa moodnya hendak bermanja dengan Hajah Harisah. Tapi bila dengan suami sendiri ada saja alasan.

         Kata Hajah Harisah lagi...

         "Orang mengandung ni lain orang lain perangai dia."

         "Malam ni sayang Habib yang punya. Nak borak dengan mak esok pagi pun boleh." sengaja Muqri nak pancing sebab nak bermanja dengan Raihana.

         "Boleh... tapi kalau esok kita tak payah balik boleh tak?" berkelip-kelip kelopak mata Raihana. Tak puas rasanya nak menempel dengan mak mertua.

         Mungkin Raihana rindu arwah mamanya sebab itu dia nak menempel dengan Hajah Harisah.

         "Mana boleh!" laju Muqri menjawab.

         Kalau lebih lama mereka duduk di kampung, tak ke nahas Muqri jadinya. Hari-hari kena tahan diri tengok isteri manja dengan mak sendiri. Sedangkan dia pula dibiarkan macam tu je.

         "Alaaa..." meleret suara Raihana.

         "Tak boleh."

         "Ala, bolehlah, bolehlah..." Raihana mengoncang-goncang lengan Muqri. Dengan munung muncung ke depan.

         "Dengar apa yang Habib cakap ni... taaak... boo... leh..."

         "Hish! Tak nak kawan Habib!" seraya lengan Muqri dilepaskan lalu merebahkan tubuh sepenuhnya di atas katil. Selimut turut ditarik menutup separuh tubuh.

         Muqri tergamam. Macam tu je?

         "Sayang... Habib bukannya tak bagi sayang bermanja dengan mak tapi Habib ni macam mana? Tak akan Habib nak telan air liur tengok isteri sendiri manja dengan mak memanjang je. Habib pun nak manja-manja juga."

         Raihana diam.

         "Okeylah... Habib pun tak nak kawan dengan sayang!" terus tubuh dipalingkan. Mata dipejam erat.

         Raihana bangkit. Dahi dah berkerut hairan. Siapa yang merajuk sebenarnya ni?



USAI solat subuh tadi, Muqri terus berlalu ke dapur. Dibiarkan Raihana sendiri di dalam bilik. Kalau isteri dia boleh merajuk, dia pun boleh juga. Tak syok kalau perempuan je merajuk. Lelaki pun bolehlah!

         "Hana mana?" soal Hajah Harisah yang ketika itu baru memasuki ruang dapur.

         "Ada dalam bilik." acuh tak acuh Muqri membalas.

Qaseh Raihana ©Where stories live. Discover now