Bab 21

45 6 0
                                    

SECANGKIR kopi diletak di atas meja Dato Iskandar namun Dato Iskandar masih tak mengangkat wajah melihat siapa gerangan tersebut.

"Uncle."

Tergendala kerja Dato Iskandar tatkala mendengar suara Nina memanggilnya. Sesaat barulah Dato Iskandar mengangkat wajah. Rasa bersalah kian membuku di hatinya namun apa yang gadis muda itu sudah lakukan tak mampu dia maafkan.

"Nina nak minta maaf sebab buat uncle marah tapi Nina tak menyesal apa yang Nina dah buat." ucap Nina.

Dato Iskandar berkerut dahi. Tak mengerti apa yang dimaksudkan gadis itu.

"Nina bukannya nak mengajar uncle tapi uncle kena ingat takdir tu semua Allah yang tentukan. Kita hanya mampu merancang tapi tak semua yang kita rancang tu sesuai seperti yang kita mahukan. Nina tahu uncle tak nak Rai terluka dan Nina tahu juga uncle pisahkan Rai dengan suami dia sebab uncle tak nak Rai jauh dari uncle. Nina aware semua tu from the moment Nina jejak kaki dekat rumah ni."

Dato Iskandar terdiam. Terkejut mungkin sebab Nina boleh teka apa yang dia pendam.

"Selama Nina duduk dalam rumah ni, Rai tak bahagia pun tapi kelmarin Nina nampak kebahagian Rai bila bersama suami dia. Nina cakap ni bukan Nina berpihak pada siapa-siapa tapi Nina patut buat apa yang Nina patut. Kalau lepasni uncle nak pukul Nina, uncle pukul lah. Nina dah biasa kena pukul dan apa yang uncle buat tadi tak cukup untuk undurkan pendapat Nina."

Sekali lagi Dato Iskandar terdiam seribu bahasa.

"Itu je Nina nak sampaikan." bersama senyuman, Nina berpaling namun ditahan oleh suara Dato Iskandar memanggilnya.

"Maafkan uncle. Uncle tak dapat beri kasih sayang yang Nina nak. Uncle sedar yang uncle bukannya papa yang baik buat Nina."

Nina masih lagi membelakangi Dato Iskandar. Terasa kehangatan pada tubir matanya mendengar bicara Dato Iskandar.

Tanpa berkata lebih lanjut lagi, Nina terus mengangkat kaki bersama air mata mengalir dari tubir mata. Dato Iskandar hanya sekadar memerhati gadis muda itu keluar dari bilik kerjanya.



RAIHANA memaling wajah sebaik saja pintu biliknya dibuka. Melihat gerangan tersebut, Raihana pantas melarikan anak matanya.

"Rai." seraya mendekati Raihana yang ketika itu terduduk di katil sambil menyandar tubuh di kepala katil.

"Daniel, please I tak nak tengok muka you for now."

Daniel mengeluh kecil. Salahnya kerana bertindak sesuka hatinya tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling.

"I... I just nak minta maaf tapi apa yang I buat ni untuk kebaikan you juga. Not even me, uncle pun risaukan you juga."

Raihana mencemuh kecil. Kedengaran seperti Daniel sedang melawak pula.

"Not for my own but yours. You just tak boleh terima hakikat yang I pilih suami I, Daniel." tajam anak mata Raihana memandang Daniel.

Kalau mata boleh membunuh seseorang, bisa saja Daniel mati dengan tatapan tajam Raihana.

"Yes! Memang I tak boleh terima kenyataan. You lebih percayakan orang luar berbanding I. You sakit, I yang ada di sisi you, Rai."

Raihana terkesima. Daniel yang dia kenal sudah berubah.

"So you were telling me I'm the bad one here?" Raihana bangkit dari katil.

Qaseh Raihana ©Where stories live. Discover now