Bab 8

76 6 2
                                    

"HABIB... nak rehat..." meleret suara Raihana. Sudah seminggu lebih perkahwinan mereka. Raihana mula selesa dengan Muqri. Perangai manjanya tak perlu dibendung lagi.

"Sikit lagi ni. Satu ayat then we are done."

Raihana terus merebahkan badannya di atas sejadah. Bukannya boleh di percaya suaminya itu. Tadi dia kata satu ayat lagi sekarang dah lebih 3 kali Muqri kata ayat yang sama.

"Yalah. Kau ni makin lama aku biarkan makin manja. Kuat merajuk lepastu menangis tak tentu pasal. Manja kau tu usah aku cakaplah. Tch!" bebel Muqri tapi sebenarnya dia tak kesah pun. Malah dia lebih selesa kalau Raihana berperangai manja begitu tapi dengan dia sajalah. Dengan orang lain mahu pecah kepala dia.

Raihana tersenyum.

"Nak dengar Habib nyanyi." pinta Raihana sejurus bangun semula lalu meletakkan kepalanya di atas paha Muqri.

"Tapi aku tak bawa gitar." alasan Muqri.

"Tak pakai gitar pun tak apa. Nak dengar suara Habib juga."

"Kau ni Habib, Habib. Kau tahu tak apa maksud Habib tu?"

"Tahu... sayang."

"Hm... sayang kau juga." usik Muqri.

"Ee... dia ni main-mainkan! Cepatlah nak dengar Habib nyanyi."

"Kau nak aku nyanyi lagu apa?"

"Lagu apa-apa je."

"Ada ke lagu apa-apa je?" usik Muqri lagi.

"Kalau tak nak nyanyi tak payah." Raihana berura-ura hendak bangkit namun segera ditahan Muqri.

"Kau ni tak merajuk, menangis. Tak menangis nanti kau marah-marah. Yalah, aku nak nyanyilah ni. Kejap. Aku nak fikir nak nyanyi lagu apa."

Raihana berbaring selesa di atas paha suaminya. Semenjak bergelar isteri kepada Muqri, Raihana susah sangat nak berjauh dengan suaminya itu. Kalau boleh dia nak melekat macam gam.

"Tak sadar ku temukan... temukan wanita rupawan yang sadarkan... dia seorang tiada lain tiada bukan, hanya dia..." Muqri memulakan nyanyiannya sambil tangan mengelus kepala Raihana yang masih tertutup dengan telekung.

"Dia buatku nyaman, dalam hangat pelukan... dia peras yang mengerti yang kurasa, hanya dia... kan ku arungi tujuh laut samudra. Kan ku daki pegunungan himalaya. Apapun kan ku lakukan tuk dirimu sayang, oh penjaga hati..." terukir senyuman Muqri bila melihat Raihana tertidur mendengar suaranya. Nyanyian terus dihentikan dan sedikit pun dia tak bergerak agar Raihana tidak terjaga.

"Aku harap kau boleh bersabar hidup bersama dengan aku." ucap Muqri seraya melabuh bibir di atas dahi Raihana.





NINA mengeluh bosan. Entah berapa jam dia duduk di situ tapi tak ada kerja yang dia perlu buat. Pembantu peribadinya aka bekas pembantu peribadi Raihana iaitu Fazila langsung tak memanggilnya sedari tadi. Datang saja ke pejabat terus Nina duduk di kerusi bekas kepunyaan Raihana.

Interkom di hujung meja ditekan.

"Faz, ada tak kerja untuk I? I dah bosan ni." rengek Nina.

Fazila tersenyum kelat. Tadi Dato Iskandar kata tak payah beri gadis itu kerja apa-apa. Fazila sendiri tak tahu apa alasannya. Dato Iskandar juga berpesan kalau ada kerja yang perlu disemak atau perlu ditanda tangan, segera diberi ke arahnya bukan kepada Nina.

"Err... Cik Nina nak saya buatkan air kopi ke?" dalih Fazila.

"No! I tak nak air kopi! I tanya pasal kerja kan? Untuk apa I datang sini kalau tak ada satu kerja pun." bentak Nina.

Qaseh Raihana ©Where stories live. Discover now