"ADA apa uncle datang sini? Kenapa tak suruh Daniel je datang jumpa uncle." soal Daniel seraya membetulkan baju kemejanya. Daniel pelik dengan ketibaan Dato Iskandar tanpa ada sebarang telefon atau mesej.
Selalunya kalau ada apa-apa, Dato Iskandar sendiri minta Daniel berjumpa di rumah.
"Uncle nak minta tolong dekat Daniel." dataran nada Dato Iskandar terlalu serius membuatkan Daniel jadi tidak sedap hati.
Dato Iskandar bila serius mesti berkenaan anak perempuannya, Raihana. Bermacam-macam yang Daniel fikirkan. Hatinya jadi gundah.
"Nak tolong apa, uncle?"
Dato Iskandar terdiam seketika. Tidak tahu bagaimana hendak mula. Dia juga sama terkejut dan risau. Hanya Daniel saja yang pasti bisa membantunya.
"Tolong bawa Rai tinggal semula dalam rumah uncle."
Berkerut dahi Daniel. Sangkaannya benar. Pasti tentang Raihana. Tak ada benda yang serius bagi Dato Iskandar melainkan tentang Raihana.
"Kenapa uncle? Suami dia dera dia ke?" berubah terus riak wajah Daniel. Kalau sangkaannya kali ini betul, dia sudah tak boleh duduk diam. Suami Raihana pasti akan menerima pukulan darinya nanti.
RAIHANA sekadar memandang Hajah Harisah bersama Munirah yang sedang sibuk di dapur. Haji Mokhtar pula belum pulang dari surau. Manakala Muqri pula terus pergi ke kedai restoran Tuan Ali.
"Kak Hana pandai makan singgang pedas ikan kerisi tak?" soal Munirah sambil memotong bawang. Hajah Harisah pula menetak ikan di sinki.
Raihana menggeleng kepala. Pernah dengar tapi tak pernah merasa.
Terukir senyuman di bibir Raihana. Bukan setakat tak pandai makan, masak pun dia tak reti. Sebelum ini pembantu rumah yang masakkan. Selepas dah kahwin, Muqri yang menjadi tukang masaknya. Kalau Muqri tak sempat masak, dia akan beli makanan dari mana-mana restoran.
"Sebenarnya... akak tak pandai masak."
Terhenti tangan Hajah Harisah yang leka menetak kepala ikan. Lantas kepalanya tertoleh ke arah Raihana. Begitu juga dengan Munirah.
Terus Raihana tertunduk malu. Mesti ibu mertuanya akan kata itu ini padanya dan semestinya adik iparnya itu akan mengata yang bukan-bukan padanya. Fikiran orang bukannya boleh diteka.
Menyesal pula Raihana tak belajar masak dengan arwah Puan Raisyah. Dulu arwah mamanya itu selalu mengajaknya memasak tapi banyak saja alasan yang Raihana lontarkan. Tak nak tangan kena minyaklah. Tak nak sentuh ayam mentahlah. Sekarang bila dah hadap mertua, barulah dia menyesal.
"Tak apa, kak Hana. Ira ni pun bukannya pandai masak sangat. Ira tahu potong bawang lepastu campak je dalam kuali. Selebihnya mak yang buat." Munirah tersengih. Sangkanya hanya dia saja yang tak pandai masak. Jenuh juga Hajah Harisah membebel sebab anak bongsunya itu tak reti memasak.
"Hana belajarlah dari mak. Nak ajar budak ni memang tak masuk." Hajah Harisah menjeling Munirah.
Senyuman mekar menjalar di bibir merah jambu Raihana. Sangkanya mereka akan mencacinya tapi fikirannya meleset. Hendak saja Raihana menangis kerana keluarga Muqri dapat menerima kekurangannya itu.
Hajah Harisah tak pelik kalau perempuan zaman sekarang ni tak reti masak. Dia dulu pun bukannya pandai masak sangat tapi dia belajar. Nanti suami dan anak makan apa? Pasir? Kalau tak belajar sampai kesudah suami dengan anak kebulur tak merasa air tangan isteri dan seorang ibu.
RAYQAL mengangkat tangan tatkala melihat Muqri tiba di depan kedai Tuan Ali dengan motor usang milik Haji Mokhtar. Macam bapak-bapak pula Rayqal tengok sahabatnya itu.
YOU ARE READING
Qaseh Raihana ©
Storie d'amore[Pembacaan santai + cringe] "You're enough, a thousand time enough." • • Raihana membuktikan pada papanya bahwa dia mampu hidup bersama lelaki yang bukan setaraf dengan mereka dan dia mampu hidup tanpa kemewahan. Tempoh yang diberikan hanya seminggu...