Bab 23

44 5 0
                                    

RAIHANA menekup mulutnya cuba menahan gelak. Satu tangan menyucuk lembut hidung dan pipi Muqri.

"Habib, tak nak bangun ke?" bisik Raihana.

Muqri menggeliat kecil sebelum berpusing membelakangi isterinya. Kerana terlalu selesa, Muqri terlupa pula dia berada di mana.

Raihana membeku seketika. Bila Muqri berhenti bergerak, Raihana merapatkan lagi kedudukan mereka.

"Habib... eh?!" terkejut Raihana bila Muqri berpaling dan bertindak menariknya sekaligus memeluknya.

"Ee... dia ni kan!" Raihana mengoyangkan tubuhnya menunjukkan protesnya.

"Jangan gerak, sayang." arah Muqri. Matanya masih terpejam erat. Rasa selesalah pula.

"Habib... dah nak masuk azan subuh dah ni. Lepaslah." Raihana mengoyangkan lagi tubuhnya. Dah serupa ulat pun ada lagaknya.

"Lima minit." seraya pelukan di erat lagi.

"Hish! Cepatlah! Saya nak mandi lepastu nak wudhu lagi. Lepaslah!" decit Raihana.

"I love you."

Zap!

Raihana berhenti. Nafasnya turut ditahan dan detak jantungnya juga turut terhenti sama.

Sesaat... dua saat... tiga saat... empat saat...

"Sayang?" Muqri membuka satu kelopak mata. Dilihatnya Raihana sudah mengeras di tempatnya. Matanya juga berkaca-kaca dengan air mata.

Terus Muqri bangun lekas-lekas sebelum menarik Raihana terduduk sama.

"Kenapa ni, sayang?" Muqri panik.

Raihana menunduk seraya air matanya jatuh dari tubir mata. Bahunya turut terhenjut-henjut mengikut rentak tangisannya.

"Habib ada salah cakap ke? Okey... okey. Habib minta maaf. Syh..." wajah yang menunduk itu Muqri sentuh lalu diangkat agar kembali memandangnya.

Tercebik-cebik bibirnya cuba menahan tangisan. Dibiarkan saja Muqri mengelap air matanya walaupun air matanya itu tak berhenti mengalir.

"Habib ni jahat tau!" tangan turut menampar bidang dada Muqri.

"Apa? Habib tak buat apa-apa pun." Muqri tayang wajah tak bersalah.

"Jahat tau!" kali ini Raihana bertindak menumbuk-numbuk bidang dada Muqri.

Muqri biarkan saja dadanya menjadi sasaran pukulan Raihana. Mungkin saja itu boleh melegakan hati isterinya.

Raihana mengeluh berat dan panjang. Pukulannya juga terhenti sama.

"Dah?" soal Muqri.

Raihana mencebik. Matanya tajam mencerlung wajah Muqri. Kalau ikutkan hati bukan penumbuk saja yang melayang tapi dengan kaki dan bantal turut melayang.

"Habib ni jahat tau! Dulu Habib tak pernah pun kata macam tu dekat saya. Dah berapa bulan kita kahwin, Habib tak pernah pun ungkap kata cinta dekat saya. Saya dah cukup bersabar tunggu perkataan tu terluah dari bibir Habib." omel Raihana.

Tak semena-mena Muqri tersenyum melebar mendengar. Sangkanya dia ada tersalah cakap tadi. Tapi tak sangka pula isterinya itu marah kerana dia terlambat mengungkap kalimat cinta itu.

"Tak akan nak tunggu saya dulu nak cakap..."

Cup!

Muqri menyatukan bibir mereka sekaligus mendiamkan bibir Raihana yang tak henti-henti pot pet pot pet.

"Pandai pun diam." ujar Muqri sejurus saja menjauh sedikit dari wajah Raihana.

Memerah pipi Raihana.

"I love you." ucap Muqri lagi.

Qaseh Raihana ©Where stories live. Discover now