"SAYANG." Terpisat-pisat mata Raihana. Dahinya berkerut-kerut bila terasa ada sesuatu benda yang kasar menyentuh pipinya.
"Sayang." serunya lagi.
Perlahan Raihana membuka kelopak matanya. Dari siling putih, matanya melirik ke arah satu susuk tubuh namun sekejap saja, matanya kembali ditutup.
"Sayang, tak nak tengok Habib ke?"
Semakin berkerut lagi dahi Raihana. Mata yang tertutup tadi dibuka lagi. Kabur. Sesaat... dua saat... wajah Muqri menyapa pemandangannya. Lebih jelas dan kelihatan nyata.
"Ha... Habib?" seraya tangan dinaikkan cuba menyentuh wajah yang dirindukan itu.
"Ya, sayang. Habib dah datang ni." disentuh tangan yang menyentuh wajahnya itu.
Terkebil-kebil Raihana memandang Muqri. Tak percaya dengan apa yang dia lihat. Mata kembali ditutup bila tahu itu semua adalah mimpi. Bukan sekali dia termimpi berjumpa Muqri.
"Tidurlah pula." kali ini hidungnya dicuit manja.
Terbuka luas mata Raihana bila merasa hidungnya kali ini disentuh. Terasa seperti benar-benar berlaku.
"Habib?" laju Raihana bingkas bangun dari baringnya.
Terus Muqri memegang belakang kepala Raihana untuk memastikan tindakan melulu Raihana tidak menyakitkan dirinya sendiri nanti.
"Ni... ni Habib, kan?" soal Raihana tak percaya. Tangan meraba-raba wajah Muqri.
Tergelak Muqri dengan kelakuan isterinya itu. Mungkin kerana rindu, Raihana masih tak percaya Muqri ada di depan matanya.
"Habib lah ni." jawab Muqri masih dengan sisa gelaknya. Kelakar pula tengok wajah mengelabah Raihana.
"Habib..." terhambur tangisan Raihana.
"Sayang, janganlah menangis." Muqri menekup kedua pipi Raihana. Air matanya juga turut mengalir sama. Dia pun rindukan isterinya.
"Aww!" setapak Muqri berundur. Tangan menyentuh dadanya yang baru saja menerima penumbuk Raihana.
"Sa... sayang... kenapa ni?" berkerut dahi Muqri. Air liur ditelan kesat melihat wajah Raihana sudah berubah. Tidak ada senyuman menyinggah di bibir itu.
"Habib ni jahat!" bantal terbang melayang tepat ke arah Muqri namun pantas saja Muqri menangkap
objek tersebut."Habib buat apa?" mahu kecut perut Muqri melihat Raihana tiba-tiba naik angin. Kalau pun Raihana marah tak pernah lagi Muqri lihat versi isterinya yang satu ini.
"Kenapa Habib tak cari saya?" kali ini selimut turut melayang ke arah Muqri dan kali ini Muqri tak mengelak malah objek lembut itu disambutnya.
"Bukannya Habib tak cari sayang tapi..." Muqri terjeda.
"Papa ke yang tak bagi Habib jumpa saya?"
Muqri hanya tersenyum kelat. Kakinya kembali melangkah mendekati Raihana walaupun takut nak dekati isterinya itu.
"Habib dengar sayang tak nak makan ubat. Kenapa buat perangai ni, hm?" seraya melabuh punggung di atas katil. Jarinya naik menyelit rambut terjuntai Raihana ke belakang telinga.
"Habib..." bibir bawahnya muncung ke depan.
Muqri ketawa geli. Lucu pula tengok muncung Raihana yang serupa mulut itik.
Seketika Raihana teringat sesuatu.
"Macam mana boleh Habib tahu saya ada dekat sini. Papa ke yang beritahu..."
Bicara Raihana terhenti apabila pintu terbuka dari luar.
"Nina?" berkerut dahi Raihana melihat Nina muncul di depan pintu.
YOU ARE READING
Qaseh Raihana ©
Romance[Pembacaan santai + cringe] "You're enough, a thousand time enough." • • Raihana membuktikan pada papanya bahwa dia mampu hidup bersama lelaki yang bukan setaraf dengan mereka dan dia mampu hidup tanpa kemewahan. Tempoh yang diberikan hanya seminggu...