36' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

323 14 0
                                    

Syed Aariz duduk melutut di tepi Arfana yang sedang tidur di sofa di dalam bilik. Rerambut Arfana Diselit ke belakang telinga. Deruan nafasnya di pipi gebu Arfana membuktikan betapa intimnya jarak mereka saat ini. Pipi mulus itu turut dielus dengan jari telunjuknya.

" My Flower, I know you are struggling and have been at your lowest point in life right now. But please know that I am here for you - now and always. I want to remind you that your pain does not define you nor does it detract from your beauty, your strengths, or your worth. I always want to remind you of how much I love and care for you, and how precious you are to me. I want to remind you that you are not alone, that I am here for you."

Mata menatap keindahan yang dihadiahkan oleh Tuhan kepadanya. Wanita kedua yang sentiasa ada di dalam doanya dan Wanita pertama yang mampu meragut seluruh cinta yang dia simpan rapi sejak dulu. Tipulah jika dia tidak sedih melihat keadaan isterinya yang sedang berusaha untuk menerima takdir hidupnya saat ini.

Dan, bagaimana dengan rahsia besar yang sedang disembunyikan oleh semua orang dari pengetahuan Arfana Faiqa. Adakah dia akan terima dengan hati terbuka atau sekali lagi berduka dan menolak takdir?

Yang paling ditakuti adalah jikalau wanita ini akan meninggalkannya kerana tidak memberitahu perkara sebenar. Tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa dengan keadaan mereka sekarang. Masing-masing masih diberatkan dengan kejadiaan yang pilu pada masa yang sama. Sukar menerima takdir ini.

" Kau ibarat bulan. Dimana seluruh jasadmu bersinar indah dan tatapanku yang mengharapkan dirimu tidak pernah menghilang dari pandanganku." Bibir mendarat pada dahi mulus isterinya berkali-kali.

Malu mahu mengucapkan ayat sebegitu pada tuan badan dalam sedar, jadi dia ucapkan waktu isterinya sedang dibuai mimpi.

" Maafkan Abang sebab gagal sebagai suami awak, Sayang. Tapi Abang janji akan usaha untuk jadi yang terbaik untuk kita selagi kudrat dikandung badan—"

" Abang tak mungkin akan sebahagia ini tanpa kehadiran Awak. Kehadiran awak dalam hidup Abang dah menghidupkan jiwa ini—"

" Semua tentang Awak terlalu sempurna dalam hidup Saya. Abang tak tahu macam mana hidup Abang kalau awak hilang dari hidup Abang, Sayang."

" Abang tak ada apa-apa selain Cinta Abang untuk Sayang. Abang lebih rela hilang diri Abang dari Sayang hilang diri sayang. Abang tak sanggup, Sayang. Abang tak sanggup untuk tengok Sayang terluka lagi. Abang lemah tanpa Doa Sayang." Sayu suaranya mengucap bersama air mata yang sudah lama mengalir di pipi.

Wallahi, dia tidak pernah selemah ini. Padahal, Sepanjang menjadi anggota tentera, dia sudah dilatih untuk kekal kuat dari segi mental dan fizikal. Tapi perihal Arfana, dia lemah tidak berdaya.

Buat cinta hatinya, dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun perlu mengorbankan diri sendiri. Kerana dia tahu, hanya Arfana Faiqa yang layak untuk dia pertahankan di sepanjang hidupnya.

Dan sekarang dia masih menangis kerana Tuhan kabulkan Doanya untuk memiliki Arfana. Juga, dia menangis kerana-

Isterinya terlalu...Cantik!

Kalau dia lambat dahulu, pasti orang lain yang akan melihat kecantikan isterinya saat ini. Oh No! Aariz Tarik rambut sendiri kerana cemburu.

Tiba-tiba, pipinya terasa dicucuk dengan jari. Mata terus memandang ke arah Arfana yang sudahpun membuka mata memandang ke arah berbeza-beza. Mungkin kerana tidak dapat meneka dimata mata Aariz berada. Aariz pantas menyambut tangan Arfana lalu dibawa ke dalam genggaman.

" Kenapa menangis?" Soal Arfana lembut.

" Sebab Awak. Awak terlalu cantik." Dia menjawab dengan nada perlahan. Namun masih dapat didengari oleh isterinya. Arfana mencebik tidak percaya. Aariz pula menunduk mengawal tangisan supaya tidak jatuh lagi.

Kelakar sungguh suaminya ini.

₊· ͟͟͞͞➳

" Assalamualaikum!"

" Assalamualaikum Oo Assalamualaikum!"

" Ada orang tak ni?"

Mama menepuk bahu Baba bila melihat suaminya seakan budak-budak dengan gaya menghendap rumah anak menantunya. Tidak sabar-sabar mahu berjumpa dengan anak perempuan mereka.

Baba menggaru kepala yang tidak gatal manakala Mama menjinjit sarapan pagi yang dimasak di rumah sejak subuh tadi.

" Takkan tak bangun lagi. Dah lewat ni haa" Kata baba lagi.

" Ada kat atas kot. Itu yang tak dengar kita datang. Cuba Baba telefon adik. Cakap kita ada kat bawah ni."

" Ye tak ye jugak, telefon ada buat apa kalau taknak guna kan?" bebelnya sendiri sambil mengambil telefon di dalam poket.

Tak lama kemudian, Aariz membuka pintu dengan senyuman. Dia hanya memakai seluar trek sahaja kerana tahu yang tiada perempuan bukan mahram diantara mereka.

" Maaf Mama, Baba. Aariz tertidur lepas subuh tadi. Sejak puan besar tak sihat ni, dia dah jadi malas nak bangun awal. Asyik ajak tidur je." Dia memberitahu sambil ketawa kecil.

Mama menggeleng dalam senyuman. Mereka terlihat bahagia walaupun masih dalam keadaan tidak baik-baik sahaja. Nasib juga anak perempuannya itu seorang manusia yang memang tidak suka keluar rumah sejak kecil, jadi sekarang dia tidak rasa terbeban bila Aariz tidak membenarkannya untuk keluar rumah memandangkan keadaan masih tidak stabil.

Mereka duduk di meja makan untuk bersarapan. Aariz memimpin isterinya lalu menolak lembut badan wanita itu untuk duduk di kerusi. Selepas itu, dia menceduk nasi lemak buatan mama ke pinggan.

Arfana meraba-raba di meja untuk mencari sudu namun tangannya ditarik ke dalam genggaman Aariz. Dia mengangkat wajah mencari wajah suaminya. Kening diangkat.

" Biar Abang suapkan" Arfana mencebik tidak mahu.

" Ana nak makan sendiri."

Aariz menggeleng sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kiri sebagai tanda tidak boleh. Lupa pula tentang penglihatan isterinya yang masih belum pulih itu.

" Kenapa Abang diam." Aariz tepuk dahi bila isterinya sudah menyoal.

" Tak. Tak boleh."

" Tapi—"

" Sayanggg..." Panggilnya meleret. Arfana memuncung lalu diam. Hanya menerima suapan dari suaminya.

Bukannya tidak mahu meminta tolong dari Aariz Cuma, dia tidak mahu menyusahkan suaminya itu. Lagi pula, nanti Aariz akan masuk bertugas, tiada yang akan bantu dia lagi. Sebab itulah dia mahu lakukan semua sendiri. Dia perlu belajar dari sekarang supaya tidak kekok bila Aariz sudah bekerja nanti.

Aariz menggeleng pasrah melihat tingkah isterinya yang suka membantah. Dia faham. Dia mengerti mengapa isterinya tidak mahu dibantu. Tapi sebagai seorang suami, dia rasa berdosa bila melihat isteri sendiri terkontang kanting begitu. Dia tidak sampai hati untuk membiarkan semua beban ditanggung isteri seorang diri.

Oleh kerana dulu dia tidak dapat menjadi penyelamat kepada isterinya, jadi sekarang adalah waktu yang tepat untuk dia membalas segalanya kepada wanita kesayangannya itu. Walhal, dia sudah berjanji untuk menjadi 'prince charming' kepada Arfana Faiqa suatu ketika dahulu.

Mata tak lepas dari menatap sang isteri sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut isterinya. Seketika dia ketawa kecil bila teringat kedegilan isterinya yang selalu menyuap makanan sendiri dan pada akhirnya makanan tidak pernah masuk ke mulut melainkan ke pipi.

" Kenapa gelak?" Soal Arfana tidak puas hati. mama dan baba juga pelik melihat tingkah menantunya.

" Tak ada. Abang teringat sayang waktu sayang makan terkena dekat pipi tu." Dia menjawab sambal ketawa lagi.

" Abang ni" Marah Arfana.

" Ya, Sayang."

Lunaknya suara Syed Aariz membuatkan Arfana tidak jadi mahu merajuk. Aariz terlalu sempurna di matanya. Namun tidak dia sedari bahawa Aariz sedang memandangnya tanpa berkalih sedikitpun dan sedang menikmati kecantikan asli yang sedang Aariz renung saat ini. 

Andaikan dia mampu melihat wajah Syed Aariz saat ini. Pasti lagi bahagia kan? 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now