42' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

284 18 3
                                    

Bahu dipaut dari arah belakang. Dengan gigi yang tersusun rapi, lelaki itu tayang senyum lebar. Syed Aariz berpusing sedikit untuk melihat gerangan manusia yang sedang memautnya. Ternyata itu adalah kawan karib dia dan Arshan sejak sekolah dahulu, D'ylan Lee. Sudah hampir 5 tahun mereka tidak bersua asbab kesibukan masing-masing.

" Bro!" Jerit Syed Aariz dengan gembira.

" Yow Bro! you good?" Dada Syed Aariz ditepuk dua kali sebelum mereka melagakan gumpalan jari mereka tanda bersalam.

" Good. Kau macam mana? Kerja okey?" D'ylan mengangguk.

" Mimpi apa kau datang Malaysia tiba-tiba ni?" Tanya Syed Aariz tanpa basa-basi.

" Rindu kawan-kawan aku ofcourse."

" Bapak penipu kau. Tengok muka dah tahu." D'ylan ketawa mendengar jawapan Aariz.

" Borak apa doh kau. Nak jumpa kau la. Sorry weh, aku baru dengar pasal Arshan. Sumpah aku tak tahu." Dia berkata dengan wajah bersalah. Lagipula, memang tiada orang yang memberitahunya tentang kematian Arshan. Sudahnya dia baru tahu, itu pun kerana ternaik di fyp Tiktoknya beberapa hari lepas.

" Bukan salah kau. Aku tak bagitahu sebab aku mesej kau tapi satu tick je, aku tak tahu nak cari kau macam mana lagi dah." Bahu D'ylan ditepuk pula.

" Sorry, aku tukar nombor. Lupa nak contact korang balik." Aariz menggeleng sahaja.

" Mana kau tahu aku kat sini?" Soal Aariz.

" Aku ternampak kau dari dalam kereta tadi. Nasib baik betul, kalau tak, buat malu je. Aku dahlah handsome." Hujung hidung dicuit sikit. Aariz memandang D'ylan dengan mimik muka tak puas hati setelah mendengar ayat akhir lelaki itu. 

Aariz merenung D'ylan penuh curiga sehingga lelaki itu gelabah mengawal air muka, walhal sudah terlihat jelas dia sedang gementar dengan Syed Aariz. Bagi Syed Aariz pula, tersangatlah senang mahu membaca air muka sahabatnya itu. Kening di angkat ke arah D'ylan.

" Boleh tak aku nak mintak tolong?"

Syed Aariz ketawa sinis. Akhirnya terlepas juga dari mulut lelaki itu kenapa dia datang ke sini. Namun dia hanya mengangkat kedua belah keningnya sahaja. Mulut kekal diam.

" Tapi aku nak bincang benda ni dekat rumah kawan aku. Please?" Mata dibulatkan lalu berkelip-kelip memandang Aariz. Badan dilentik ke depan.

" Geli bodoh. Nak goda aku ke apa?" Kepala D'ylan di tolak bersama wajah geli. D'ylan ketawa.

Sekarang mereka berada di hadapan kedai Kunafa terkemuka. Arfana mahu dia belikan kunafa namun sepertinya D'ylan sudah Berjaya menariknya hingga dia sendiri lupa akan tujuan sebenarnya ke situ.

D'ylan menarik lengan Syed Aariz ke keretanya sebelum Aariz melekatkan kaki ke lantai. Aariz Nampak termenung ke arah kereta. D'ylan menepuk lengan lelaki itu.

" Asal?"

" Aku follow kau la. Takkan nak tinggal kereta aku kat sini." D'ylan tepuk dahi lalu mengangguk.

" Tapi...Aku belum janji nak tolong kau tau." Aariz berkata sambil memandang sahabatnya di sebelah. Kunci kereta diputar pada jari jelunjuk.

" Alaaaaa! Please lah! Tolong la sahabat kau yang comel ni." Bibir dicebik, mata kembali dibulatkan, mahu menarik minat Syed Aariz.

" Tengok la dulu nanti. Aku nak dengar dulu pertolongan kau ni."

Mendengar Aariz berkata begitu, D'ylan tidak berganjak, dia masih berdiri dan membuat gaya yang sama. Sedang memujuk Aariz supaya menerima pertolongannya.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now