40' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

350 20 1
                                    

" Puas tak hati awak? Pemergian anak saya tu dapat puaskan hati awak tak, Aliyah?" Soal Ayah penuh amarah.

Bahu Umi digoncang kasar sehingga isterinya itu jatuh terduduk. Ayah mencerlung tajam ke arah Umi dek kerana terlalu geram akan perangai isterinya.

" Apalah dosa saya sampaikan Tuhan kirimkan isteri yang tak ada belas kasihan pada anak sendiri! Kat mana salah saya dalam mendidik awak sepanjang saya jadi suami awak Aliyah? Bagitahu saya! Kat mana salah silap saya? Perlu ke saya mati demi mendidik awak?" Umi terus memeluk kaki suaminya setelah mendengar ayat terakhir itu.

Syed Aariz menutup telinga Arfana lalu membawa wanita itu keluar dari rumah. Dia tidak mahu emosi Arfana terganggu dengan masalah yang tidak sepatutnya wanita itu dengar. Helmet disarung pada kepala Arfana lalu memegang sisi helmet. Dia mengeluh dan memeluk tubuh isterinya yang masih kaku.

" Abang minta maaf. Abang minta maaf sebab biarkan sayang dengar masalah keluarga ni."

Arfana membalas pelukan suaminya sambil menggeleng.

" Keluarga awak, keluarga saya jugak."

Syed Aariz menatap wajah comel itu dengan senyuman. Dia bersyukur kerana memiliki Arfana Faiqa sebagai pasangan hidup. Sesungguhnya wanita inilah penguat tika dia sedang diambang kejatuhan. Biarpun waktu seringkali menghalang mereka untuk terus bersama tapi dia yakin bahawa wanita inilah wanita syurganya.

" Boleh tak awak buka save message saya. Ada location dalam tu, saya nak bawak awak pergi satu tempat." Telefon pintarnya dihulur kepada sang suami.

Syed Aariz menyambut lalu melakukan apa yang disuruh isterinya. Ada Location yang sudah di pin di dalam mesej itu. Kening bertaut pelik tapi dia tetap mengikuti kata isterinya. Motosikal dihidupkan lalu mengangkat Arfana naik ke atas. Dia pula naik Dan menarik tangan isterinya untuk memeluknya dari belakang. Dia meneliti jalan yang ditunjuk di dalam location dahulu sebelum bergerak.

Arfana mengangkat sebelah tangan ke udara untuk merasai udara segar. Syed Aariz melihat dari cermin sisi. Dia tersenyum melihat pemandangan indah itu. Mata kembali tertumpu ke jalan raya.

Sama seperti di dalam location yang dilihat tadi, kini Arles sudah di depan mata. Namun dia masih buntu, apa asbab Arfana mengajaknya ke sini.

Manakala bagi wanita itu pula, inilah bunyi dan udara yang dia rindukan. Bunyi pintu lift dan suara pekerjanya. Bila Arfana turun dari motosikal, berderu-deru pekerjanya berbaris di laluan Lobi bagi menghormati dan menyambut kedatangannya setelah lama bercuti.

Nana selaku PA bergegas turun selepas mendengar pengumuman. Telinganya sudah rindukan celoteh dan amarah Arfana.

" Kenapa semua beratur ni? Kita VVIP ke?" Tanya Syed Aariz dengan kerutan di dahi.

" Haah! Memang. Kau VVIP, aku ni kuli. Dah berbulan-bulan aku uruskan company bini kau ni sorang-sorang. Dia selamba je tidur kat rumah. I is penat, you know?" Sampuk Ardhan Faiqal dari belakang.

Lelaki itu sedang berjalan dengan pakaian kerja. Cermin mata hitam tersangkut kemas di hidung bersama kopi di tangan. Dia Nampak kemas dan bergaya.

Syed Aariz pula makin pelik. Apa kena syarikat ini dengan isterinya. Dia memandang Ardhan dan berharap agar Abang iparnya akan memberitahunya namun lelaki itu malah menjelingnya.

" Nana" Seru Arfana.

" Ya, Boss!"

" Nanti tolong buatkan kopi." Nana senyum lalu mengangguk laju. Sudah lama dia tidak membuat kopi kesukaan Arfana.

Arfana menarik tangan Syed Aariz yang masih di dalam dunianya. Mungkin sedang memikirkan teka teki tentang tempat ini. Mereka berjalan di tengah barisan pekerja Arfana yang sedang tunduk hormat. Lelaki itu dibawa masuk ke dalam ruang kerjanya. Disitu telah terjawab semuanya. Ada nama Arfana sebagai CEO dan ada bingkai gambar di atas meja. Dia dan isterinya. Ardhan mengambil tempat di sofa.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now