44' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

245 11 0
                                    

Syed Aariz duduk di meja makan, menatap cangkir teh yang baru saja dibuat. Aroma teh hijau yang harum memenuhi ruangan, membawa rasa tenang di tengah kesibukannya. Arfana sedang duduk di kerusi di seberang meja, senyum kecil bermain di bibirnya ketika dia mendengar bunyi teko yang dituangkan Aariz.

"Terima kasih, abang," kata Arfana lembut, menghulurkan tangannya untuk menyentuh cangkir yang baru saja dihidangkan oleh suaminya. Aariz tersenyum, mengambil tangan isterinya dan membimbingnya dengan lembut ke arah cangkir itu.

"Sama-sama, sayang," balas Aariz, matanya merenung wajah isterinya dengan penuh kasih sayang.

Mereka menikmati momen tenang itu bersama, saling berbual tentang perkara-perkara kecil yang berlaku sepanjang hari. Kehidupan mereka mungkin sederhana, tetapi mereka menghargai setiap detik yang diluangkan bersama. Arfana selalu yakin bahawa walaupun dia tidak dapat melihat dunia dengan matanya, Aariz adalah matanya.

Namun, suasana damai itu terganggu apabila telefon bimbit Aariz berdering di atas meja. Nama yang muncul di skrin telefon menyebabkan dahinya berkerut sedikit—D'ylan, manusia yang baru sahaja berkunjung semalam. Aariz memandang Arfana sejenak sebelum mengangkat telefon.

"Helo," sapa Aariz, suaranya tenang tetapi penuh dengan keingintahuan.

"Aariz, aku perlukan bantuan kau sangat-sangat. Ini penting, aku dah takde masa" suara D'ylan di hujung talian kedengaran tegang, jelas sekali dia sedang berada dalam situasi yang serius.

"Asal?" Aariz mengerutkan keningnya.

" Misi tu, aku perlukan jawapan dan bantuan kau sekarang jugak."

D'ylan ada menceritakan misi yang sedang mereka lakukan sekarang pada pertemuan mereka semalam. Inspektor D'ylan telah ditugaskan untuk mengambil kes ini setelah beberapa tahun kes ini dikuburkan.

"Aariz, I need your help, man. This is serious," kata D'ylan. Suaranya tegang, dan ini segera menarik perhatian Aariz.

"What's going on?" Aariz bertanya, kini lebih serius.

"Aku tengah dalam satu misi penting. Losta, you heard about it?" Aariz berfikir sejenak.

"Yeah, I heard about it. But what does that have to do with me?" Aariz bertanya, walaupun hatinya sudah mula berdegup lebih kencang.

"I need someone I can trust, Aariz. You know the terrain, you know the people here. Plus, you've got that strategic mind. I can't do this without you, man," kata D'ylan dengan penuh harapan.

Aariz terdiam sejenak. Dia menoleh ke arah Arfana yang masih bersandar di bahunya, wajahnya penuh dengan ketenangan yang mengingatkan Aariz tentang apa yang paling penting dalam hidupnya.

"D'ylan, I understand. But I need to discuss this with my wife first. You know how it is," kata Aariz, cuba untuk tidak membuat keputusan tergesa-gesa.

"Of course, bro. Take your time. But I really hope you can join us. I'll be staying at the usual spot. Come see me when you've made up your mind," kata D'ylan sebelum menamatkan percakapan.

Itulah sedikit info yang diberitahu D'ylan sebelum ini.

Aariz diam sejenak, Dia tahu misi ini berisiko tinggi. D'ylan bukanlah orang yang mudah meminta bantuan, terutama dalam hal seperti ini.

Aariz meletakkan telefon di atas meja dan menatap Arfana. Dia tahu bahawa ini adalah keputusan yang perlu diambil dengan berhati-hati.

"Apa yang D'ylan nak, abang?" tanya Arfana, suara lembutnya penuh dengan keprihatinan.

"D'ylan needs my help, sayang. He's on a mission. something big, dangerous. Mereka tengah buru pengedar narkoba terbesar di UK yang sekarang ni menyorok kat Malaysia.." Aariz meraih tangan isterinya, mengusapnya dengan lembut.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now