RMAF Gong Kedak Air Base, Besut.
Dua buah Jet Sukhoi, SU-30MKM yang dikendalikan oleh Mejar Arshan Faiq bersama Wizzonya Kapten El- Edrus dan Mejar Syed Aariz Al-Farras bersama Wizzonya, Kapten Mohd Amran terbang membelah langit.
" This is Malaysia Air Force on guard. Anyone who invades Malaysia's airspage will be resolutely shot down."
Serangan balas berada di pelbagai arah. Aariz fokus mengelak dari terkena tembakan dari musuh. Terdengar suara Mejar Arshan cuba mengelak dari peluru dari arah hadapan.
" Apa pun yang terjadi, Misi mesti dilaksanakan,Faham!" Seru Aariz sekali nafas.
" Faham Tuan!" Jawab mereka serentak melalui sambungan suara yang terpasang di telinga.
Sebagai ketua, semua arahan atas dirinya. Jadi, dia perlu bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku di atas sana.
'Dan, Arahan tetap Arahan.'
Code Name Mejar Syed Aariz Al-Farras: G-28 (GRUNT)
Code Name Mejar Arshan Faiq: C-26 (COBRA)
Code Name Kapten El-Edrus: ( ZAER)
Code Name Kapten Mohd Amran: ( AMBER)
" Shan! Jom main lumba-lumba? Siapa balik dulu, dia kalah!" Kata Mejar Syed Aariz untuk mengurangkan situasi genting ini.
" Jangan bergurau lah, Aariz. Kita tengah bermain dengan nyawa ni." Usai berkata begitu, suara gelak halus dari Aariz terdengar.
" Aku rindu Isteri aku." Bisiknya pada diri sendiri.
" Mejar Aariz! Kami sedang tunggu arahan dari Mejar." Mejar Arshan kembali bersuara.
" Kita perlu berpisah. Aku Roll ke kiri dan kau Roll ke kanan. Target and shot!" Arahan diberikan dengan tegas.
" Terima, Tuan!"
" We gonna Rolling to left, Amber" Kapten Mohd Amran mengangkat ibu jari di belakang.
" Roll Left!" Suara Kapten Mohd Amran berbunyi dan putaran dilakukan hingga Jet berpusing ke kiri.
" Kau Okey, Amber?" Soal Syed Aariz di hadapan.
" Okey, Grunt!" Ibu jari diangkat sekali lagi menandakan dia dalam keadaan baik-baik sahaja di belakang.
Tiba-tiba seekor burung terhantuk pada cermin hadapan membuatkan Syed Aariz hilang focus dan terbabas dari landasan asal. Tangan cuba distabilkan untuk mengawal kelajuan jet yang sudah pun kembali dalam keadaan stabil.
Sebutir peluru lalu tepat di atas sayap kanan Jet yang dikendalikan oleh Mejar Syed Aariz menghasilkan gegaran kuat pada jet itu. Dia berputar ke kanan dan ke kiri untuk mengelak serangan yang semakin banyak di hadapan dan belakang.
" Musuh di belakang kita, Grunt!"
" Grunt! They locked Us!"
" Kau tahu apa kita perlu buat kan?" Kapten Mohd Amran mengangkat ibu jari lalu memfokuskan mata pada sasaran di hadapan.
Syed Aariz berputar 180 darjah ke atas jet musuh hingga berkedudukan di belakang musuh lalu mengejar musuh di hadapan dengan kelajuan tinggi. Jelingan tajam dihadiahkan kepada musuh ketika berputar di atas jet musuh tersebut.
'Locked!'
Satu sudah tumpas.
Melihat Mejar Arshan yang sedang berusaha mengelak dari serangan musuh, Aariz bertindak berputar mengelilingi jet yang dikendalikan oleh sahabatnya supaya tidak terkena serangan tanpa henti itu.
YOU ARE READING
OG | | MEJAR'S CODE G28
RomanceSYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa sama ada di atas darat atau udara. Kelajuan yang sering menjadi perkara yang akan dilakukan untuk 'healing' bahkan tidak menghiraukan nyawa...