53' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

213 10 0
                                    

Malam semakin larut, dan ketegangan di antara Syed Aariz dan Arfana masih belum reda. Setelah segala yang berlaku, Arfana mula menjauhkan diri, tidak lagi bercakap atau berbicara seperti biasa. Aariz merasakan ada sesuatu yang mendesak dalam dirinya, sesuatu yang dia perlu ungkapkan sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Di ruang tamu, Arfana duduk termenung, mendengarkan setiap bunyi kecil di sekelilingnya, merasakan kehadiran Aariz yang semakin mendekat. Aariz tahu ini adalah peluang terakhirnya untuk memulihkan hubungan mereka sebelum segala-galanya terlepas.

"Sayang," Aariz memanggil namanya dengan lembut, tetapi tiada reaksi daripada Arfana. Dia mengambil nafas panjang dan cuba lagi. "Sayang, please... dengar dulu apa yang abang nak cakap."

Arfana tidak menjawab, tetapi dia tidak bergerak menjauhi Aariz. Aariz mengambil isyarat itu sebagai tanda dia masih ada peluang untuk memperbaiki keadaan. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Arfana, tetapi tidak terlalu dekat. Dia tahu dia perlu berhati-hati sekarang.

"Abang tahu abang dah lukakan hati awak, dan abang tahu sayang rasa abang dah sembunyikan banyak perkara dari awak. Tapi ada satu perkara yang abang belum pernah cerita pada sayang, sebab abang takut apa yang akan berlaku kalau sayang tahu."

Arfana tetap diam, tetapi Aariz dapat melihat bahu Arfana mula mengendur, tanda bahawa dia mula memberi perhatian.

"Ada satu rahsia yang abang simpan... rahsia yang melibatkan kematian abang awak, Arshan." Aariz menghela nafas panjang, mempersiapkan dirinya untuk mendedahkan kebenaran yang paling sukar dalam hidupnya.

"Sayang, awak perlu tahu, Arshan tak mati dalam misi  sebab musuh biasa. Sebenarnya, dia mati kerana... kerana saya."

Arfana tergamam, wajahnya yang sebelum ini kosong kini berubah menjadi kebingungan. "Apa maksud awak, Farras?" suaranya serak, hampir berbisik.

Aariz menundukkan kepala, merasa berat untuk meneruskan, tetapi dia tahu dia tidak boleh lagi berbohong. "Pada hari misi itu, Arshan dan saya ditugaskan untuk satu operasi rahsia. Tapi keadaan menjadi tidak terkawal, dan kami terperangkap dalam situasi yang sangat bahaya. Musuh menyerang dari semua arah, dan kami terpaksa berpecah untuk menyelamatkan diri."

"Arshan berjaya sampai ke satu titik selamat, tetapi abang... abang tak sempat. Abang dalam bahaya dan Arshan cuba selamatkan abang. Tapi dalam kekalutan itu... abang tersalah langkah. Abang tersalah sasaran ketika cuba tembak musuh, dan peluru abang terkena Arshan."

Aariz berhenti sejenak, membiarkan kata-kata itu meresap ke dalam fikiran Arfana. "Abang tak pernah maksudkan untuk membunuh Arshan. Abang... abang hanya cuba melindungi kami berdua. Tapi abang tak cukup cepat, tak cukup berhati-hati. Dan... dan Arshan terkorban."

" Ya Allah!" Jerit Arfana bersama tekupan pada mulutnya.

Air mata Arfana mula mengalir deras di pipinya. Dia merasakan dunianya seolah-olah runtuh seketika. "Kenapa... kenapa awak tak pernah beritahu saya sebelum ni?" tanyanya dengan suara yang terputus-putus.

"Abang tak tahu bagaimana nak beritahu awak, Sayang. Abang terlalu takut awak akan benci saya, awak akan tinggalkan saya jika awak tahu yang saya bertanggungjawab atas kematian abang awak. Saya rasa... kalau saya simpan rahsia ini, mungkin awak tak akan rasa sakit yang saya rasa setiap hari sejak kejadian itu berlaku."

Arfana menggelengkan kepala, cuba memahami apa yang baru sahaja didengarnya. "Tapi awak buat saya hidup dalam kebohongan, Farras. Awak buat saya percaya yang Arshan mati sebagai seorang wira, bukan kerana kesilapan..."

"Abang tahu," Aariz memotong, dengan penuh rasa bersalah. "Saya tahu saya patut beritahu awak dari awal, tetapi saya terlalu pengecut untuk mengakuinya. Saya fikir, kalau saya boleh lupakan kejadian itu, mungkin ia tidak akan menghantui kita berdua. Tapi, saya salah. Setiap hari, saya teringatkan Arshan, dan setiap hari saya dihantui oleh rasa bersalah ini."

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now