46' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

248 13 1
                                    

Pagi di Kuala Lumpur masih lagi tenang ketika Syed Aariz dan D'ylan serta pasukan mereka mula mendekati bangunan yang mereka syaki sebagai sarang penjahat tersebut. Suasana yang sunyi di sekitar bangunan tersebut hanya menambah ketegangan dalam hati mereka. Walaupun ini bukan kali pertama Aariz terlibat dalam misi berisiko tinggi, kali ini terasa berbeza. Dia bersama pasukan polis, bukannya unit tentera udara yang biasa bersamanya. Ini adalah dunia yang berbeza, dan dia tahu bahawa dia perlu menyesuaikan diri dengan cepat.

Setibanya mereka di pintu belakang bangunan, D'ylan memberi isyarat kepada Aariz untuk berhenti sejenak. Mereka menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi, tanpa mengeluarkan sepatah kata pun. D'ylan memberi arahan kepada Sarah yang berada di lokasi yang berbeza untuk terus memantau keadaan dari jauh.

Di tengah ketenangan itu, tiba-tiba alat komunikasi mereka berbunyi dengan suara yang agak jelas dan pantas.

"Team, we've got company. Local police units are approaching," suara Chris kedengaran melalui alat komunikasi.

Aariz dan D'ylan saling berpandangan. Kedatangan pasukan polis Malaysia ini adalah sesuatu yang mereka sudah jangka, tetapi mereka tidak menyangka ia akan berlaku secepat ini.

"Alright, stay calm. We knew this was coming," kata D'ylan dengan tenang.

"Aariz, we need to coordinate with them, or this mission is going to turn into a mess."

Aariz mengangguk. Sebagai seorang anggota tentera udara yang biasa dengan operasi bersama pelbagai unit, dia faham betapa pentingnya kerjasama dalam situasi seperti ini.

"D'ylan, you handle the ground team. I'll go meet with the local police and brief them on our situation," kata Aariz sambil mula bergerak ke arah titik pertemuan yang telah ditetapkan.

D'ylan memerhati Aariz sejenak sebelum memberi isyarat kepada yang lain untuk mengambil posisi masing-masing.

"Stay sharp, everyone. We're not alone anymore."

Aariz bergegas ke lokasi yang telah ditetapkan, sebuah kawasan yang tidak jauh dari bangunan sasaran. Di sana, dia mendapati beberapa kereta peronda polis sudah tiba, dengan pegawai-pegawai polis Malaysia berdiri dalam keadaan siap sedia.

Seorang pegawai berpangkat tinggi, Inspektor Razali, melangkah ke hadapan sebaik sahaja melihat Aariz mendekat.

"Tuan Syed Aariz?" tanya Inspektor Razali sambil menjabat tangannya dengan tegas.

"Ya, saya. Inspektor Razali?" jawab Aariz dengan penuh hormat. Inspektor Razali mengangguk. Syed Aariz melihat nama pada card holder lelaki itu.

"Kami telah diberitahu tentang operasi ini melalui saluran rasmi. Kami bersedia untuk membantu, tetapi kami juga perlu memastikan keselamatan awam di sekitar kawasan ini. Apa plan seterusnya?"

Aariz menerangkan situasi kepada Inspektor Razali, menjelaskan lokasi sasaran mereka dan kedudukan anggota pasukan D'ylan yang sedang menunggu isyarat untuk bergerak.

"Pasukan kami sudah bersedia di beberapa tempat strategik untuk kepung kawasan ni. Kita akan bergerak seiring, tetapi saya nak pastikan yang kita takkan membahayakan nyawa orang awam," kata Aariz dengan nada serius.

"Setuju," jawab Inspektor Razali.

"Kami akan memastikan laluan keluar ditutup. Kami juga akan memantau sebarang pergerakan mencurigakan di luar bangunan."

Sambil mereka berbincang, suasana di sekeliling mula dipenuhi dengan suara anggota polis yang memberikan arahan dan mengambil posisi mereka. Aariz merasakan keprofesionalan dan kecekapan pasukan polis Malaysia ini, dan ia memberinya keyakinan bahawa misi ini akan berjalan dengan lancar.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now