37' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

318 18 4
                                    

Mata bertentang mata. Namun tidak lagi garang. Kedua-dua insan yang saling merenung dengan sayu.

" Baba, Aariz rasa Aariz nak resign. Aariz menyesal tinggalkan Ana sorang-sorang dulu. Aariz taknak pisang berbuah dua kali. Aariz menyesal."

Aariz memulakan bicara kepada bapa mertuanya dengan nada kesalan. Dia menunduk memandang lantai. Dia benar-benar menyesal dengan semuanya. Saat itu juga dia melihat anak mata baba yang berubah kecewa dengan ucapan Aariz. Namun dia tidak peduli, dia hanya mahu menjadi yang terbaik dan selalu ada buat Arfana.

" Kalau baba cakap baba tak setuju, macam mana?"

Mata naik menikam anak mata Baba. Mata tua itu seakan sedang memujuknya supaya tidak melakukan apa yang sedang dia bicarakan saat ini.

" Baba akan sokong Aariz kan?" Soalnya kembali. Nada juga sudah berubah garang seperti sedang memaksa Baba untuk menyokongnya.

" Baba...Baba..." lelaki tua itu menggeleng tidak mampu menjawab soalan menantu. Melihat Aariz yang sudah terkedu, dia mengeluh lalu menyambung bicara.

" Aariz...Itu Impian Aariz kan? Kalau ya pun Aariz nak korbankan impian Aariz, macam mana dengan Umi dan Ayah Aariz? Tak kecewa ke mereka nanti? Dia sanggup tepis semua permintaan adik Aariz untuk Aariz. Berbaloikah pengorbanan Aariz jika mereka kecewa? Aariz akan gembira ke kalau mereka kecewa?" Soalan bertalu-talu dari baba membuatkan Syed Aariz kemam bibir.

" Aariz tak minta. Aariz tak minta untuk berada dalam keadaan begini. Aariz sayangkan Ana. Terlalu sayangkan dia sampaikan Aariz sanggup hilang segalanya hanya untuk Arfana Faiqa. Hancurnya hati Aariz bila lihat keadaan isteri Aariz macam tu. Dia mungkin degil tapi sejak peristiwa tu, Aariz dah tak Nampak senyuman manis isteri Aariz. Hati Aariz sakit. Jiwa Aariz terseksa bila senyuman yang Aariz dambakan dah hilang dari radar."

" Untuk apa Aariz ada duit berjuta-juta, pekerjaan yang dibangga-bangga kalau pada akhirnya Aariz akan kehilangan isteri Aariz lagi. Aariz lebih rela kerja di luar bidang Aariz asalkan dekat dengan Isteri Aariz. Aariz tak sanggup hilang dia. Aariz tak rela."

" Biarlah semua orang mahu kecewa sekalipun, Aariz tak peduli. Mereka tak berada di tempat Aariz. Mereka tak rasa ketakutan yang setiap hari menghantui hidup Aariz. Kerana Arfana Faiqa boleh buat Syed Aariz Al-Farras gila. Aariz taknak jauh dari Ana lagi." Matanya merenung Baba agar lelaki itu faham akan keadaannya.

Baba tetap menggeleng tidak bersetuju. Walau apa pun alasannya, Syed Aariz tidak boleh membuat keputusan melulu begini.

Tiba-tiba, Aariz turun melutut di hadapan Baba. Tangannya memegang lutut Baba. Mata diangkat menikam anak mata Baba. Jelas dalam anak matanya bahawa dia sedang terluka dan perlukan sokongan.

" Baba, Aariz gagal. Aariz gagal jadi anak, suami, menantu, abang, kawan. Aariz gagal. Terlalu gagal sampaikan Aariz rasa tak layak berada di tempat yang sedang Aariz berada sekarang. Aariz dah gagal jadi pelindung anak Baba. Aariz tak jaga dia elok-elok, Aariz buat dia hilang diri dia. Aariz menyesal sangat-sangat. Jadi kali ini, tolonglah, tolong sokong Aariz untuk rawat isteri Aariz sebaik mungkin. Aariz nak dia kembali seperti dulu. Kalau Aariz ada impian, Arfana juga ada impian. Disebabkan berkahwin dengan Aariz, dia hilang kemampuan, dia tak mampu nak capai impian dia—" Baba memegang bahu menantunya yang sudah menangis di lututnya. Baba mendongak menahan air mata dari keluar.

" Sebab Aariz, hidup dia jadi macam ni. Semua salah Aariz. Aariz dah gagal jadi suami. Aariz nak yang terbaik untuk isteri Aariz. Jadi tolong, tolong Aariz, Baba. Aariz tak kuat... Aariz lemah..." Rayunya bersama air mata yang sudah membasahi seluar mertuanya.

Baba menarik bahu Aariz lalu memeluknya erat. Dia tahu yang Aariz mahu bekorban tapi dia tidak mahu Aariz menyesal di kemudian hari. Kerana dia tahu bahawa Aariz terlalu sayangkan TUDM.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now