BAB 20

572 28 5
                                    

SELESAI menunaikan solat isyak bersama dengan isterinya. Elhan terus berpusing ke arah belakang. Huluran tangan yang isterinya hulur dia sambut dengan senyuman. Tangan miliknya dikucup isterinya sebaik saja dia menyambut huluran dari isterinya. Kepala isterinya yang dilitupi dengan telekung dia usap lembut.

"Kalau Humra ada buat salah dekat abang hari ni secara sengaja ataupun tak, abang maafkan tau," ujar Humra sebaik saja mengucup tangan suaminya.

"Abang sentiasa maafkan awak." Elhan usap kepala isterinya sebaik saja isterinya mengucup tangannya. Kasih dan cintanya semakin bertambah untuk wanita itu.

Humra panggung wajah, tangannya menggengam tangan suaminya erat.

"Terima kasih abang, sebab dah jadi menantu bertanggungjawab untuk mama. Terima kasih sebab dah uruskan pengebumian mama dan uruskan majlis tahlil mama. Tanpa abang dengan keluarga abang, mungkin Humra tak akan sekuat seperti hari ni. Terima kasih jadi kekuatan Humra." Humra tunduk. Air matanya tumpah sebaik saja selesai berkata.

Tanpa Elhan, mungkin dia masih meratapi dan menyalahkan takdir. Lelaki itu banyak sedarkan dirinya. Tuhan hantar lelaki itu disaat dia perlukan bahu untuk bersandar.

"Tak payah berterima kasih, itu memang tanggungjawab abang sebagai menantu mama. Sebaik saja abang lafazkan akad, awak dengan mama adalah tanggungjawab abang."

Elhan raih tubuh isterinya kedalam dakapannya. Sisi kepala isterinya dikucup lama.

"Abang pun nak ucap terima kasih dekat awak," ujar Elhan.

Humra kehairanan.

"Terima kasih untuk apa?" soal Humra hairan. Dia leraikan pelukan mereka. Wajah suaminya dipadang hairan.

Elhan senyum lalu kedua pipi isterinya ditekup lembut. "Terima kasih sebab awak kuat dan tak salahkan takdir bila mama pergi."

Humra tergamam. Dia kuat? Tak, dia tak kuat. Kepala digeleng laju.

"Humra tak kuat tapi abang yang kuatkan Humra. Abang yang bagi Humra kekuatan. Humra yang patut ucap terima kasih dekat abang. Kalau bukan sebab abang mungkin Humra masih tolak Qada dan Qadar yang Allah tetapkan."

"Jadi, kita sama-sama kena berterima kasih untuk diri kita sendiri lah ya?" Elhan tersengih. Tidak mahu isterinya dirundung kesedihan.

Humra angguk mendengar kata-kata suaminya.

Elhan pandang isterinya lama.

"Kalau abang nak tanya Humra, Humra okay tak?" soal Elhan dengan wajah serba salah.

"Tanya pasal apa?"

Nak tanya ke tak? Tanya ke tak? Aduh... Patut ke dia tanya sekarang ni? Dia ada benda nak bagitahu dan bertanya dekat isterinya tapi dia rasa masa ini mungkin tak sesuai. Elhan berbelah bahagi mahu bertanya.

Humra yang perasan akan riak wajah suaminya seperti mahu bertanya sesuatu. Lama dia tunggu Elhan bertanya tetapi lelaki itu termenung jauh.

"Abang nak tanya pasal apa?" tanya Humra sekali lagi. Mahu tahu apa yang suaminya tanyakan.

"Huh?" Elhan tersentak saat ditanya.

"Abang tanya je, Humra okay." Bahu Elhan dia usap lembut. Mahu meyakinkan Elhan yang dia okay.

Elhan capai tangan isterinya lalu digenggam lembut.

"Pasal rumah ni, mama dengan awak sewa ataupun beli?" tanyanya ingin tahu.

"Rumah ni mama sewa. Kenapa abang tanya?" soal Humra bingung.

"Abang cuma nak tahu. Tanggungjawab mama dan jadi tanggungjawab abang. Jadi abang nak tahu tentang status rumah ni. Kalau rumah ni sewa biar abang yang sambung bayar tak pun abang nak beli terus senang sikit," terang Elhan kepada isterinya.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now