Bunga, saya nak tanya satu soal boleh?" Tanya Qash sambli mendongak ke atas.
"Nak tanya apa tu?" Jawab Bunga seraya kening dijongket ke atas.
"Duduk la dulu." Bunga hanya berjalan dua langkah saja lalu duduk bersebelahan dengan Eider.
"Okey cepat la nak tanya apa, saya ada kerja lagi ni."
"Saya nak tanya awak, memang rambut awak keriting erk?"
"Haah, sejak saya lahir memang rambut saya keriting, kenapa?."
Bunga memang dilahirkan dengan rambut keriting natural kerana Bunga mengikut keturutan dari si mama nya yang memiliki rambut keriting yang cantik dan tebal. Kalau orang yang tengok pun boleh jeles tau. Namun Bunga lebih selesa mengikat rambut apabila dia sedang bekerja dan hanya menbebaskan rambut nya apabila di rumah sahaja.
"Ouhh, Qash ingatkan Bunga buat rambut keriting ni."
"Tak la ni memang rambut asli Bunga."
Qash mengangguk sekali.
"Itu je ke soal kau?" Ujar Harzan selari menoleh ke tepi dan pandang muka Qash itu.
"Haah, what? ada masalah ke." Balas Qash.
Harzan geleng kepala.
"Eider, awak dipecat dari cafe ini." Kata Bunga secara tiba-tiba.
Terus menbesar mata Eider. Apabila mendengar bicara Bunga sebentar tadi. Dia dipecat. Qash dan Harzan hanya mengemam bibir mereka cuba untuk tahan ketawa. Kena pecat depan kawan kot siapa tak malu!
"Kenapa pula?" Balas Eider dengan riak terkejut.
"Mesti awak penat kan..buat dua kerja dalam satu hari, so awak dipecat tapi sebagai ganti awak carikan pekerja baru untuk saya, boleh?" Jelas Bunga kepada Eider.
Eider mengangguk mengeyakan. Memang penat pun kalau buat dua kerja dalam satu masa, siapa saja yang tak penat kalau buat dua kerja dalam satu hari. Tapi sebabkan ada Bunga dia sanggup bekerja tak kisah lah dua kerja pun yang dia perlu buat dalam satu hari.
"Boleh tu boleh, Bunga nak lelaki ke atau perempuan?"
"Bunga nak dua pekerja baru..tak kisah lah perempuan ke lelaki ke janji ada pekerja, sebab Aurora nanti dah tak kerja kat sini dah."
"Kenapa?"
"Sebab Aurora kena handle syarikat ayah dia, yang dekat mana entah Aurora bagitahu tadi.. nak suruh abang-abang dia tapi semuanya dah berkeluarga jadi susah sikit la." Cerita Bunga.
Aurora merupakan anak bongsu dalam keluarga dia dan Aurora juga menpunyai dua abang yang lebih tua dari dia. Masing-masing sudahpun berkahwin dan ada anak cuma dia sahaja yang belum, jadi ayah Aurora menyuruh anaknya untuk menuruskan syarikat yang lagi satu yang berada di Beijing.
Mereka bertiga meng"oh"kan saja.
"Okey nanti saya carikan.. tapi ambli masa sikit tau." Ujar Eider dengan suara garau nya.
Lepas ni saya dah tak boleh lah nak tengok awak Bunga. Eider berkata dalam hati. Sayu saja.
"Tak apa Bunga boleh tunggu." Balas Bunga tersenyum.
Hensemnya suara dia, untung la siapa dapat awak nanti Eider. Jerit Bunga dalam hati.
"Sebab tu ke Aurora panggli Qhalis?" Soal Eider.
"Haah.. eh, macam mana awak tahu..
jangan kata awak tahu?" Jawab Bunga terkejut. Sebab dia tak tahu bagitahu pun siapa yang panggli Qhalis tadi."Qhalis suka Aurora." Jujur Eider berkata. Bunga terus meletakkan tangan di bibir, dengan riaksi omo ottoke.
![](https://img.wattpad.com/cover/364945507-288-k178390.jpg)
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN | ©️
Roman d'amour✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidup saya bila a...